Tuesday 18 August 2015

Perkembangan Kognitif kanak-kanak dibawah 4 tahun

1   Teks : Nor Azura Ismail        
      Rujukan : Buku Modul PERMATA NEGARA


      DEFINISI@TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
·   Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau         proses memperolehi ilmu secara  pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman.

·        Secara holistiknya juga, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai;
-       proses peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang dilaluinya.


-    Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.


·        Mengikut kurikulum PERMATA NEGARA Perkembangan Kognitif dikaitkan dengan;
Perkembangan Awal Matematik & ,Pemikiran Logik
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Definisi Awal Matematik 
Awal Matematik bagi kanak-kanak ialah pemahaman tentang bentuk, kuantiti, ruang, dimensi, kedudukan, corak, masa, awal nombor, perwakilan nombor dan operasi nombor. Awal Matematik sangat penting untuk membina asas pemikiran matematik dan logik.

Definisi Pemikiran Logik
Ialah proses berfikir yang berasaskan penaakulan(reasoning) iaitu memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara atau memikirkan kesan atau akibat daripada sesuatu perkara.


Contoh :
Apabila tin kosong diketuk, ia mengeluarkan bunyi..

Maksud Deria
Deria ialah pancaindera yang ada pada seseorang seperti mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Kanak-kanak membina ilmu pengetahuan melalui deria dan sifat ingin tahu yang wujud secara semulajadi dalam diri mereka. Pengalaman diperolehi melalui apa sahaja yang mereka lihat, dengar, sentuh, hidu dan bau serta rasa.

Maksud Dunia Persekitaran
Ialah kesemua keadaan atau situasi yang terdapat di sekeliling kanak-kanak samada  aspek fizikal atau eksternal yang terdiri daripada manusia, haiwan, tumbuhan dan segala bentuk elemen dan kejadian semulajadi yang terdapat di dunia dan atmosfera.



2.    TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK BAWAH 4 TAHUN

0 – 6  bulan
Awal Matematik:
·        Melihat objek mengikut arah objek yang bergerak
·        Menumpu perhatian terhadap objek bergerak
·        Suka warna warna terang
·        Memegang dan menggigit objek.

Awal Sains :
·        Memusing kepala  arah sumber cahaya
·        Merenung arah objek yang terletak lebih kurang 20 – 25 sm daripadanya.
·        Fokus pada objek dekat.
·        Ikutpergerakan objek
·        Merenung gambar pada buku dan cuba sentuh
·        Memindahkan pandangan
·        Tertarik pada bunyi terutama suara orang.

************************************************************************


6 – 12 bulan
Awal Matematik :
·        Memahami konsep
·        Mengenali saiz, warna dan bentuk objek
·        Membelek objek dan menjatuhkan objek ke lantai
·        Faham konsep kedalaman
·        Faham konsep pengekalan objek
·        Memadan bentuk dengan acuan.

Awal Sains :
·        Boleh beza wajah orang yang dikenali atau tidak.
·        Mengikut dengan mata  objek yang bergerak secara melintang atau menegak.
·        Mengesan dan mengutip objek halus
·        Boleh beza warna asas, warna terang
·        Boleh beza objek besar kecil
·        Meneroka objek sekitar
·        Masuk objek dalam mulut


*************************************************************************

1 – 2 Tahun
Awal Matematik :
·        Memahami rutin harian
·        Memahami hubungan antara dua objek.
·        Mengingat perkara yang telah berlaku.
·        Membezakan kuantiti.
·        Menyebut konsep
·        Berfikir pada peringkat pra logik
·        Boleh menyusun ikut urutan
·        Boleh membuat padanan satu ke satu.

Awal Sains:
·        Mengikut dengan mata pergerakan objek  dalam bentuk bulatan besar.
·        Membezakan jarak
·        Kenal perubahan pada objek.
·        Beza warna sekunder
·        Meneliti objek
·        Meneliti, meneroka dan peka pada persekitaran
·        Membezakan tekstur.

 ************************************************************************************


2- 3 tahun
Awal matematik :
·        Selalu bertanya apa, mengapa
·        Selalu minta dicerita perkara yang dia ingin tahu
·        Bertanya berulang kali
·        Cepat membuat aktiviti padanan
·        Sebut 1 hingga 5
·        Faham kuantiti
·        Mengenali bentuk
·        Memahami saiz dan perbezaan bentuk

Awal sains :
·        Memberi sebab kepada kejadian
·        Suka bermain dan bina blok
·        Meneliti, meneroka, peka dan membuat pilihan dari persekitaran.
·        Membezakan jarak dan ruang.
·        Mengenali perubahan yang berlaku pada satu objek.
·        Membezakan pelbagai rasa
·        Bertindakbalas pada ransangan deria
·        Mengesan perbezaan antara bentuk
·        Membina bangunan guna blok

3 – 4 tahun
Awal matematik :
·        Memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik
·        Rasa ingin tahu yang mendalam
·        Mengenali persamaan, perbezaan dan corak.
·        Boleh memahami kuantiti dan membanding bilangan, saiz dan isipadu
·        Boleh buat seriasi
·        Boleh buat representasi nombor yang lebih besar.
·        Boleh membilang 1 – 10.
·        Mengira jari dan objek
·        Kenal angka dan menulis angka.
·        Memahami lebih banyak bentuk dan saiz
·        Faham konsep kuantiti
·        Boleh berfikir secara logik
·        Membuat operasi mudah
·        Memberi sebab dan akibat

Awal Sains
·        Menguasai kemahiran- memperhatikan dengan penggunaan semua deria.
·        Boleh mengenal dan menggunakan gabungan pelbagai pengalaman warna, bentuk, tekstur dan rasa dalam penyelesaian masalah.
·        Suka bertanya mengapa dan bagaimana.
·        Mengambarkan cirri persamaan dan perbezaan objek

·        Membuat pengecaman dan menyenaraikan ciri ciri.



No comments:

Post a Comment