Monday, 23 November 2015

Anak kreatif aktif VS anak pandai baca

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com


Anak kreatif VS anak pandai baca. Anak saya antara yang saya sendiri masukkan dia dalam kumpulan anak yang kreatif. Adakah anak anda seorang yang kreatif atau anak anda anak yang pandai baca di awal usia mereka?

Anak bongsu saya Aqil,  berusia 6 tahun. Seorang yang sangat aktif meneroka persekitaran dan penuh dengan pelbagai idea aktiviti. Ada saja aktiviti yang ingin dilakukannya bila rumah. Antaranya dia pantang jumpa gunting, gam dan kertas. Hobinya memang suka menggunting dan menggam. Habis semua benda dia nak gam atas kertas. Dia memang penuh dengan imiginasi dan kreativiti. Ada saja bahan yang akan diciptanya sendiri samada menggunakan plastik, kertas, kotak atau botol.
Kalau dapat bercerita dan berbual, ,memang tak terlayan berbual dengan dia. Ada sahaja cerita dan asyik tanya itu ini.

Aqil dan abangnya


Aqil dan rakan TASKA nya


Aqil juga pandai mengaji sebab hari hari ikut abangnya pergi mengaji. Begitu juga di Tadika dia hafal macam-macam surah yang di ajar oleh cikgu Tadika. Kalau setakat memegang pensil dan menggunakan gunting, sejak dari umur 4 tahun lagi, Aqil dah boleh pegang pensil dan gunting dengan betul.
Tapi satu jer yang Aqil belum dapat iaitu dia belum boleh membaca  lagi. Aqil bukan tak bijak untuk diajar membaca tapi memang saya tak 'expose' pun dia kepada kaedah bacaan samada mengeja atau guna kaedah fonik. Saya memang tak pernah adakan latihan tubi membaca kepada Aqil. Dia ada belajar membaca di Tadika, itupun cikgu tak ada masa nak ajar sehingga dapat membaca. Tapi, saya tak kisah. Saya tak marah atau komplen pun pada cikgu. Sebaliknya cikgu pula yang risau sebab dah nak habis sesi Tadika, Aqil belum boleh membaca lagi. Aqil cuma kenal hurul dan boleh membunyikan sukukata tetapi belum begitu mahir untuk mengabungkan sukukata tersebut menjadi perkataan. Hakikatnya saya sendiri memang tak paksa Aqil belajar membaca seperti abang-abangnya dulu. Kenapa?

Sejak saya mula memahami pendidikan awal kanak-kanak dan sejak saya tahu kanak-kanak perlu belajar dari bermain bukan melalui latih tubi atau paksaan, saya mempunyai persepsi sendiri terhadap kaedah memaksa kanak-kanak belajar membaca di usia seawal 3 - 6 tahun.
Pada saya biarkan anak-anak lebih banyak bermain jangan dipaksa belajar. Minat belajar akan datang kemudian nanti dengan sendirinya bila anak-anak ini memang telah bersedia.Kalau beri latih tubi atau paksaan dia mungkin akan dapat tapi bukan dari hati malah mungkinmemberi kesan emosi pula pada anak. Anak memang mempunyai daya hafalan yang tinggi. Kalau disuruh menghafal bacaan tertentu, anak akan dapat tapi ada kalanya anak menghafal tanpa memahami apa yang dibaca.

Jadi, ceritanya Aqil memang belum boleh membaca. Terfikir pula saya tentang sistem pendidikan kita, dimana masuk tahun satu nanti,  dah ada ujian linus dan dah kena pandai  membaca. Sesekali risau, bukan kerana apa tapi risau bila anak tidak boleh membaca memasuki tahun 1, mereka akan kurang diberi perhatian oleh cikgu. Malah akan dikategori pula sebagai kanak-kanak yang perlu menduduki kelas pemulihan khas.

Teringat saya satu artikel yang saya baca mengenai kanak-kanak di Jepun, mereka tidak ditekankan dengan pembelajaran akademik di bawah umur 10 tahun,' no exam and no homework' sebaliknya ditekankan dengan pendidikan sikap dan peribadi terlebih dahulu.
'
Baru ni suami saya ke majlis anugerah Tadika Aqil, melihat tajuk majlis pun dah mengerunkan saya. ' "Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar" Aduh, tinggi betul bunyinya. Anugerah diberi pada anak-anak yang dapat no 1,2 dan 3 dalam kelas.

Yang dapat tempat 1,2 dan 3 dinobat sebagai cemerlang . Di peringkat Tadika lagi anak-anak telah mula dinilai dan dikategorikan tahap akdemik mereka. Adil kah untuk anak-anak yang jiwanya masih penuh dengan keinginan untuk bermain ini?

Sebelum tu, sebelum majlis anugerah, Tadika Aqil mengadakan peperiksaan akhir tahun. Sibuklah ibubapa membantu anak-anak menelaah di rumah. Itu pun selalu dipesan dan diingatkan oleh cikgu di Tadika tersebut . Untuk apa? Saya lihat cikgu-cikgu sendiri kurang memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak. Saya lihat cara cikgu Tadika memngajar persis cikgu di sekolah rendah.
Adakah kita nak membezakan tahap pencapaian anak-anak seusia 4, 5 dan 6 tahun ini?

Inilah hakikat bentuk pendidikan yang harus diterima oleh anak-anak meskipun mereka masih di awal usia. malah tak keterlaluan saya katakan ada ibubapa teruja untuk anak seusia 3 tahun belajar membaca buku.

Berbalik pada Aqil,  kebetulan saya akan menghantar Aqil ke sekolah rendah luar bandar, jadi, mungkin persaingan anak-anak ketika di tahun 1 di sekolah tersebut tidaklah terlalu hebat seperti sekolah di bandar. Akan tetapi ada lah juga sedikit kerisauan di hati saya takut nanti Aqil akan ketinggalan pula di sekolah ini. Justeru tu saya mungkin akan gunakan masa cuti sekolah yang panjang ini sekadar untuk mendedahkan Aqil kepada sukukata awal dan gabungan sukukata secara santai santai, Sesalunya Aqil sendiri akan datang kepada saya tanpa paksaan dan teruja untuk belajar mengeja perkataan mudah. Nampaknya minat dia telah mula datang sendiri tanpa saya paksa. Namun, Aqil masih aktif dan kreatif dengan pelbagai aktivitinya sendiri.



Apapun, definisi pendidikan awal kanak-kanak yang sebenarnay perlu dikongsikan kepada semua ibubapa dan guru@penggendali TASKA TADIKA . Biar semua faham bentuk pendidikan awal sebenar yang perlu ditekankan dalam diri anak-anak di awal usia mereka.

Jangan terkejut, yang nampak kurang pandai di awal usia ini tapi sangat aktif dan kreatif dan petah berbicara serta selalu menunjukkan sikap yakin diri @ kendiri positif,  insyallah mereka akan membesar menjadi individu yang bijak dan cerdik nanti. Kalau tidak dalam bidang akademik, saya yakin mereka boleh berjaya dalam bidang tertentu nanti. Insyallah. Lihat sahaja para jutawan di dunia, kebanyakannya kurang cerdik dari segi pencapaian akademik mereka tetapi mereka mempunyai keyakinan diri dan potensi diri yang positif dalam mencapai sesuatu kejayaan dalam kehidupan mereka.

Justeru itu, tolong, jangan memaksa anak-anak. Jangan merosakkan emosi mereka. Jangan dinafikan masa dan hak bermain mereka. Kasihan pada anak-anak , santuni lah anak-anak anda. Biarlah mereka belajar dan meneroka melalui persekitaran yang menyeronokkan.

Anak kreatif VS anak pandai baca. Mana satu saya akan anda utamakan dulu dalam pendidikan awal kanak-kanak. Untuk andak anda sendiri, tepuk dada buat pilihan jawapan yang tepat demi perkembangan positif anak-anak dalam semua aspek perkembangannya.

Sekian.

       Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com




No comments:

Post a Comment