pnnorazuraismail@gmail.com
Keputusan UPSR akan diumumkan tidak lama lagi. Rata-rata ramai ibubapa mula berangan dan sangat mengharap agar anak mereka yang cemerlang dalam UPSR dapat ditawarkan ke mana-mana sekolah berasrama penuh di seluruh negara. Sekolah yang baik tentu akan melahirkan generasi yang cemerlang, cerdik dan pandai.
Akan tetapi ada juga beberapa ibubapa yang saya temui memberitahu saya, mereka berasa sedikit kerisauan dan kasihan untuk benarkan anak tingal di asrama. Sebabnya bukan kerana apa, cuma kerana bimbang anak akan dibuli.
Benarkah kes buli merupakan seolah 'trend' utama yang harus dihadapi oleh anak-anak yang baru menjejaki kaki ke sekolah berasrama. Entahlah, mana-mana pihak yang terlibat boleh cuba menjawabnya. Siapa yang pernah ada pengalaman dibuli di sekolah berasrama penuh?
Teringat saya ketika anak saya mula belajar dalam Tingkatan 1 di salah sebuah sekolah integrasi berasrama penuh (SBP) di negeri Selangor. Anak saya ni walaupun lelaki tetapi orangnya kecil saja. Sebaik dapat tawaran belajar di SBP, saya tidak memaksa dia untuk menerima, tetapi dia sendiri yang begitu teruja untuk belajar di sekolah berasrama penuh.
Hakikatnya saya dan sesisi keluarga sangat bersyukur kerana bukan senang nak diterima belajar di SBP apatah lagi anak saya ditawarkan bukan memohon masuk pun.
Bermulalah kehidupan anak saya sebagai pelajar di sekolah yang dipandang berprestasi tinggi. Kebetulan anak saya adalah seorang yang pendiam dan tak banyak bercerita mengenai hal-hal yang berlaku di sekolah. Sebagai ibu dan bapa, saya dan suami senantiasa bertanya status perkembangan anak di asrama . Maklumlah kalau diikutkan dia baru saja berumur 13 tahun ketika itu, baru menginjak usia awal remaja dan masih sangat memerlukan perhatian dari ibu bapa.
Suatu hari ketika saya dan suami datang melawat anak di sekolah, sedang kami sekeluarga duduk berkumpul di bawah sebatang pokok di kawasan padang asrama, tiba-tiba terdengar seseorang memanggil anak saya dengan satu gelaran yang tidak baik.
Bila ternampak kami, pelajar tu terus lari. Anak saya tiba-tiba bergegas meminta izin untuk berjumpa dengan orang yang memanggil. Bila ditanya pada anak saya, katanya senior minta tolong buat kerja. Korek punya korek , anak saya memberitahu bahawa senior selalu minta anak saya tolong basuh dan gosok baju mereka Mendengarkan itu, pada ketika itu saya berfikiran rasional, Pada saya mungkin tak salah anak saya membantu. Selagi ada had dan tak terlalu melampau, saya rasa bolehlah diterima perkara itu.
Pada suatu hari yang lain, waktu itu anak saya sedang bercuti di rumah. Secara kebetulan, dia secara tidak sengaja dia memberitahu bahawa sebelum baik bercuti dia mendapat sakit perut yang teruk. Bila didesak apa yang berlaku, akhirnya anak saya cerita yang dia terminum air sabun menyebabkan dia sakit perut.
Menurut anak saya, dia dan beberapa kawannya yang lain telah disiram sebaldi air yang berisi sabun sehingga dia telah terminum air sabun tersebut. Yang menyiram tentu sekali beberapa senior di sekolahnya. Bila dia sakit perut teruk, pihak sekolah telah menghantarnya ke hospital berdekatan. lalu di hospital lah doktor yang merawat telah mendapat tahu perkara ini. Doktor tersebut telah menghubung pihak sekolah untuk memaklumkan kes ini.
Kata anak saya lagi, akhirnya setelah disiasat , pihak sekolah telah memberi amaran dan membuang dari sekolah pelajar yang terlibat. Akan tetapi, bukan itu yang penting, masalahnya pihak sekolah tidak pun memaklumkan perkara itu kepada saya dan suami. Mendengar penjelasan dari anak saya, terasa sangat untuk melaporkan hal itu kepada pihak pendidikan tapi akhirnya kami pendamkan saja. Kesal dengan tindakan pelajar tersebut dan kesal juga dengan cara sekolah menanggani kes tersebut.
Sekarang ni, anak saya telah menjadi 'senior' di sebuah sekolah berasrama penuh yang lain. Selalu saya pesan pada anak supaya tidak mencontohi perkara yang sama yang dilakukan oleh senior tadi kepada pelajar 'junior' yang lain. Cukuplah dia yang pernah dibuli di sekolah berasrama penuh.
Kesimpulan dan rumusan yang ingin saya utarakan ialah bagaimana gejala buli di kalangan pelajar sekolah ini dapat dibenteras sepenuhnya. Sedih mendengar bebarapa kes yang pernah menjadi berita utama di akhbar sehingga ada yang melibatkan kematian.
Apakah peranan pihak sekolah dalam mengatasi gejala buli ini? Atau adakah salah ibubapa yang mendidik anak-anak.?
Sekolah berasrama penuh umpamanya ,sepatutnya adalah sebuah institusi yang dapat melahirkan bukan sahaja pelajar yang cerdik pandai bahkan beraklak mulia dan bersahsiah tinggi. Siapakah sebenarnya yang bersalah? Peranan siapakah yang penting dan utama dalam menanggani gejala buli ini? Sudah tiba masanya pihak sekolah memastikan tiada pelajar baru yang dibuli di sekolah berasrama penuh atau di sekolah harian biasa.
Untuk saya, walaupun anak saya pernah dibuli di sekolah, saya masih memandang tinggi kepada sekolah berasrama penuh ini. Bukan sekolah yang bersalah tapi cara pengurusan sekolah yang perlu diperbaiki lagi.
Pada ibubapa yang anak yang cemerlang dalam UPSR nanti , sentiasa jadilah ibubapa yang peka,
Yang penting , pendidikan anak-anak bukanlah sekadar pendidikan akademik semata bahkan lebih menyeluruh dari itu dari setiap aspek kehidupannya.
Mudah-mudahan anak-anak kita berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat hendaknya.
Pendidikan anak-anak bermula di peringkat awal lagi.
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA
Nak jemput saya memberi ceramah/bengkel keibubapaan @sebarang Training/bengkel untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;
TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com
mangsa buli ni jika tidak di intervensi pada peringkat awal akan menjadi satu trauma dan mangsa akan develop borderline personality disorder(BPDdBPD) childhood PTSD. dan kemungkinan diperingkat mangsa sudah dewasa..mangsa kemungkinan besar juga lambat matang kerana mereka terperangkap dalam childhood mereka kerana dendam dan sebagainya..sekiranya perkara ini tidak diatasi dengan resolve antara mangsa dan pemangsa..mangsa akan berhadapan dengan dendam kesumat yang akhirnya memakan diri mangsa sendiri.
ReplyDelete