Sunday 6 March 2016

Anak-anak cemerlang dan berjaya


OLEH : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




STPM , dapat  3.50 ++
SPM  dapat 7 A, 8 A, 9 A +++
Adakah anak-anak anda antara yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM yang diumumkan baru-baru ini?
Tahniah anak-anak. Anda memang genius, bijak dan cemerlang.

Memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan suatu ganjaran dan kelebihan untuk anak-anak yang bijak, cerdik dan rajin berusaha. Rasa syukur diiringi segunung kegembiraan menjadikan hari kecemerlangan anak-anak sebagai lakaran sejarah indah dalam kehidupan mereka. Tidak sia-sia usaha dan doa sepanjang tahun, inilah hasilnya.

Lalu, semua ibu bapa berkaitan,  pasti akan turut  menzahirkan kesyukuran, kegembiraan, rasa bangga dan teruja dengan kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh anak-anak cemerlang ini. Anak-anak ini akan dipuji, diberi penghargaan dan diberi ganjaran atas kecemerlangan mereka. Hasil usaha dan kerajinan, anak-anak ini berjaya membuktikan kecemerlangan mereka melalui peperiksaan. Itulah hakikat anak-anak yang cemerlang dalam STPM dan SPM yang diumumkan baru-baru ini. Sekali lagi, tahniah buat anak-anak.


Antara yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM baru-baru ini ialah dua daripada lapan orang anak-anak saya.
Si kakak dengan STPM nya dan si adik dengan keputusan SPM nya. Keduanya , alhamdullillah berjaya dengan cemerlang. Dan seperti anak-anak lain yang beroleh kecemerlangan , mereka berdua turut dirai oleh kami sekeluarga. Saya menjadikan mereka berdua contoh kepada adik-adik lain yang masih belajar.

Namun sesekali saya terfikir dan berfikir........
Hakikatnya, kejayaan yang terzahir sekadar kejayaan akademik.
Bagaimana pula dengan anak-anak lain yang kurang berjaya?
Adakah mereka perlu dikategorikan sebagai anak-anak yang malas atau tidak rajin berusaha atau pelbagai kriteria negatif dilabelkan kepada mereka.
Apakah mereka tidak boleh berjaya juga kelak?
Dan adakah cemerlang akademik membuktikan anak-anak ini telah berjaya dididik menjadi  insan sempurna di atas muka bumi ini?

Saya tidak sama sekali berpandangan sedemikian.

Pada saya setiap anak-anak ada kelebihan dan potensi serta kelebihan mereka masing-masing. Semua anak-anak tidak sama. Semua anak-anak mempunyai minat dan kecenderungan yang tentunya tidak  sama dan paling penting kita sedari, tidak semua anak-anak dilahirkan dengan IQ dan kecerdikan yang sangat baik.
Tidak semua yang cerdik itu akhirnya berjaya dalam kehidupannya kelak.

Cerdik dan pandai sahaja tidak cukup untuk anak-anak. Mereka perlu diterapkan juga dengan nilai-nilai kemahiran kehidupan dan pengurusan diri serta pengamalan nilai-nilai ketuhanan  dan kerohanian dalam diri. Mereka juga perlu diterapkan dengan sikap, azam , matlamat untuk berjaya dalam kehidupan walaupun bukan melalui jalan kecemerlangan dalam akademik. Mereka perlu sentiasa bersikap positif dalam kehidupan dan tidak boleh sama sekali merasa selesa sekadar dengan keputusan akademik yang baik.

Saya sendiri mempunyai lapan orang anak yang mempunyai pelbagai kecenderungan dan minat yang berbeza. tak semua pun antara mereka sangat bijak dalam akademiknya. Saya mengikuti , menilai, mencari dan mengenalpasti potensi-potensi yang ada dalam diri mereka, anak-anak saya sendiri.


Lalu kesimplanya, pada anak-anak yang tidak berjaya atau yang kurang cemerlang, usah sesekali berputus asa. Ibu bapa sendiri perlu bersikap terbuka dan jangan sesekali merendahkan kemampuan anak-anak ini.  Ibubapa sekalian, belajar melihat potensi lain dalam diri anak-anak. tentu mereka juga ada keistimewaan dan kelebihan kurniaan Tuhan.

Perlu sangat diketahui bahawa,  akademik cuma satu cabang ilmu. Banyak lagi ilmu lain antaranya melalui bidang kemahiran yang boleh diikuti oleh anak-anak.
Atau mungkin anak-anak ada bakat yang anda sebagai ibu bapa tidak menyedari. Lalu, perhatikan mereka, Beri galakan  dan bimbingan serta sokongan terhadap minat , bakat serta kecenderungan mereka.

Sekali lagi saya sangat yakin, untuk berjaya , tidak  semestinya melalui pencapaian akademik yang cemerlang,  tapi paling penting sikap untuk ingin berjaya itulah yang paling penting.


Buat anak-anak saya..

Nabil, teruskan minat mendalam mu dalam bidang lukisan animasi
Siti Sarah dan Tsaqif,  teruskan kecemerlangan akademikmu dan jadilah insan berguna satu hari nanti.
Naqib,  mudahan menjadi anak yang perlu dengan ilmu dan amalan agama.
Naufal, kemahiran yang diminati bakal membawa dirimu cemerlang jua nanti
Wafiah, anak istimewa saya, mudahan menjadi anak yang solehah dan sejuk mata memandang
Salman dan aqil , mereka sedang belajar melalui bermain kerana bermain masih lagi menjadi kerja hakiki dan rutin utama mereka.


Untuk anak-anak ku, apapun samada bakat, minat, akademik dan kemahiran, jangan lupa satu perkara, jadilah anak-anak cemerlang berjaya yang soleh dan solehah serta jangan lupa untuk  sentiasa mendoakan kedua ibu dan bapa kalian nanti.

Sekian.

******************************************************************


JOM SERTAI.......


Bengkel Seni kreatif  Kanak-Kanak

24 APRIL 2016,  ( 09.30 AM - 04.30 PM) 
di TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642

No comments:

Post a Comment