Monday 25 April 2016

Sembilan keinginan asas kanak-kanak



Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Salah satu sifat semulajadi kanak-kanak ialah  meneroka dan mencuba sesuatu. Ada sahaja yang akan dilakukan oleh seorang kanak-kanak bila berasa di sesuatu persekitaran.
Kenapa?  Jawapannya ialah kerana kanak-kanak adalah individu yang mempunyai minat, keinginan dan kecenderungan untuk melakukan apa sahaja yang diingini tanpa mengetahui baik buruk, selamat atau sebaliknya.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, pengasuh atau pendidik kepada kanak-kanak kitalah yang   harus memberi bimbingan @ galakan serta dorongan kepada kanak-kanak dalam apa jua minat serta kecenderungan atau aktiviti yang ingin dilakukannya.

Kita juga harus sentiasa memberi kanak-kanak pelbagai peluang di samping memastikan apa yang kanak-kanak lakukan adalah di persekitaran yang selamat serta sesuai dengan kanak-kanak.


Seorang rakan seperjuangan saya dalam industri pendidikan awal kanak-kanak, Pn,Nor Hanam Sulong, seorang pengusaha TASKA dan juga jurulatih pendidikan awal kanak-kanak,  telah berkongsi  tip ini;

'Sembilan keinginan asas kanak-kanak'  dalam bengkel kendali kami bersama baru-baru ini
 - Bengkel Seni dan Pergerakan Kreatif Kanak-Kanak.

Apakah keinginan asas kanak-kanak atau dengan kata lain apakah yang ingin kanak-kanak perolehi dalam dunia kehidupan mereka sebagai seorang kanak-kanak.



1. Diterima  oleh kelompok - kanak-kanak ingin menjadi perhatian dan paling diterima di dalam sesuatu kelompok misalnya di kalangan rakan sebaya di TASKA atau di kalangan keluarga.

2. Bergerak - Ingin dapat bebas bergerak dalam sesuatu persekitaran

3. Berjaya dan diperkenankan - Kanak-kanak ingin boleh dan berjaya melakukan sesuatu. Dia akan mencuba dan berusaha untuk berjaya dalam melakukan sesuatu aktiviti

4. Mengetahui - Ingin ambil tahu atau sentiasa ingin mengetahui sesuatu- sebab, apa @ mengapa

5. Kepuasan Kreativiti - Kanak-kanak ingin bebas berkreativiti mengikut imiginasi mereka sendiri misalnya mereka ingin menconteng, melakar, membuat garisan dan sebagainya

6.Ingin bersaing - sentiasa ingin menang dan berada di hadapan bila di kalangan rakan sebaya dan adik beradik

7. Memperoleh kecergasan fizikal - ingin sentiasa cergas dan boleh melakukan pelbagai aktiviti motor kasar.

8. Memperoleh daya penarik - ingin menjadi perhatian orang lain

9. Mengembara  - ingin dan suka pergi barjalan luar dari persekitaran biasanya.



Justeru, kerana kanak-kanak mempunyai keinginan asas seperti di atas, maka pastikan kita orang dewasa belajar memahami keinginan asas anak-anak ini dan menyediakan persekitaran dan aktiviti yang sesuai  supaya 9 keinginan asas anak-anak ini dapat dipenuhi dan direalisasikan.




Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25





No comments:

Post a Comment