Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Perlukah ajar anak membaca seawal usia 3 ke 4 tahun?
Adakah anda yang mempunyai anak awal usia merasa risau dan bimbang kerana anak anda belum boleh membaca sebeum memasuki sekolah rendah?
Jadi, apakah yang perlu anda lakukan supaya anak cepat pandai membaca?
Jawapan saya, usah risau dan tak perlu lakukan apa-apa. Biarkan sahaja anak-anak dengan dunia mereka, Dunia anak-anak penuh dengan keseronakan dan bermain. Tentang pandai atau tidak mereka membaca di awal usia, letakkan sahaja di tepi. Fikirkan emosi anak-anak anda bukan fikirkan emosi anda semata.
Adakah anda yang mempunyai anak awal usia merasa risau dan bimbang kerana anak anda belum boleh membaca sebeum memasuki sekolah rendah?
Jadi, apakah yang perlu anda lakukan supaya anak cepat pandai membaca?
Jawapan saya, usah risau dan tak perlu lakukan apa-apa. Biarkan sahaja anak-anak dengan dunia mereka, Dunia anak-anak penuh dengan keseronakan dan bermain. Tentang pandai atau tidak mereka membaca di awal usia, letakkan sahaja di tepi. Fikirkan emosi anak-anak anda bukan fikirkan emosi anda semata.
Di saat kebanyakan ibu bapa hari ini ingin anak-anak cepat
pandai membaca seawal usia 3 ke 4 tahun lagi,
anak bongsu saya , Aqil Al Aziz baru boleh membaca buku diusianya 7
tahun, iaitu setelah 4 bulan perlu mengikuti
program Linus@ Literasi di sekolahnya.
Mengapa Aqil belum boleh membaca buku di peringkat TADIKA
nya?
Bukankah kebanyakan ibu bapa maupun guru di TADIKA berpendapat bahawa kanak-kanak mesti boleh dapat membaca sebelum memasuki tahun 1? Patutkah Aqil dikategorikan anak yang tidak pandai?
Bukankah kebanyakan ibu bapa maupun guru di TADIKA berpendapat bahawa kanak-kanak mesti boleh dapat membaca sebelum memasuki tahun 1? Patutkah Aqil dikategorikan anak yang tidak pandai?
Sekali lagi perlu ditanya, perlukah ajar anak membaca seawal usia 3 ke 4 tahun?
Hakikatnya saya sebagai
ibu Aqil, memang tidak begitu bersungguh-sungguh mendedahkan Aqil dengan bacaan
awal ketika dia di bawah usia 7 tahun.
Saya ingat lagi, ketika di TADIKA pada usia 6 tahun, cikgu TADIKA begitu susah hati bila tengok Aqil belum boleh membaca lagi walaupun bakal memasuki tahun satu. Cikgu TADIKA asyik menasihatkan saya supaya melatih Aqil membaca ketika di rumah.
Saya ingat lagi, ketika di TADIKA pada usia 6 tahun, cikgu TADIKA begitu susah hati bila tengok Aqil belum boleh membaca lagi walaupun bakal memasuki tahun satu. Cikgu TADIKA asyik menasihatkan saya supaya melatih Aqil membaca ketika di rumah.
Sedangkan Aqil pula, ketika di rumah, dunianya ialah bermain
dan bermain. Saya pun tidak ambil pusing sangat nasihat cikgu TADIKA dan saya
biarkan sahaja Aqil terus dengan kerja hakikinya iaitu BERMAIN.
Hakikatnya, saya sendiri pun hanya biar Aqil belajar awal
bacaan dengan cikgu TADIKAnya tanpa saya
sendiri sambung ajar membaca di rumah apatah lagi untuk hanyar Aqil ikut kelas tambahan@ tuisyen
membaca.
Tentulah saya ini dianggap ibu yang tidak prihatin tentang
kepentingan membaca di kalangan kanak-kanak TADIKA ketika itu.
Persoalannya,
salahkah saya kerana tidak memastikan Aqil dapat membaca sebelum masuk tahun
satu sekolah rendah?
Saya akui sebenarnya saya risau juga sebab saya lihat ramai
kanak-kanak di TADIKA tersebut sudah boleh membaca hasil setelah dilatih tubi
oleh cikgu TADIKA ditambah lagi dengan kelas tambahan samada di rumah atau dihantar
ibu bapa ke kelas luar Namun, saya tekad mengatakan bahawa Aqil bukan tidak
pandai mambaca tetapi dia memang belum bersedia untuk membaca.
Lalu saya terus biarkan sahaja sebabnya saya yakin bahawa minat
untuk membaca akan datang jua nanti dan
Aqil akan boleh membaca dengan sendirinya bila tiba masanya. Pada saya ketika di peringkat TADIKA, Aqil cuma perlu didedahkan
dengan proses pembelajaran awal bacaan dan bukannya hasil pembelajaraan dari
awal bacaan tersebut seawal yang mungkin. Itu pandangan peribadi saya.
Bila difikirkan saya
sendiri boleh membaca ketika umur 7 ke 8
tahun. Ibu bapa semua bagaimana dulu, tentu kebanyakannya boleh membaca ketika
di sekolah rendah dan bukannya di peringkat TADIKA.
Lalu, di masa kini, perlukah kita ajar anak membaca seawal usia 3 ke 4 tahun?
Perlukah kita risau
sekiranya anak belum boleh membaca sebelum masuk tahun satu di sekolah rendah?
Saya tidak pernah memaksa Aqil untuk belajar membaca sebelum
memasuki sekolah rendah. Saya juga tidak marah Aqil bila dia tidak dapat nombor
yang baik ( dalam peperiksaan) di kelas TADIKANYA. Dalam hati, saya sangat
tidak setujunya mengklasifikasikan anak-anak TADIKA dengan nombor kedudukan dalam
kelas. Kasihan pada anak-anak, kecil lagi tapi telah dinilai prestasi akademiknya oleh orang dewasa. Tapi saya terima sahaja, bila
cikgu TADIKA komen tentang prestasi akademik Aqil di TADIKA.
Saya sendiri sama sekali tidak menilai kebolehan akademik Aqil
ketika itu. Yang saya tengok Aqil seorang kanak-kanak yang sangat kreatif dan
dari segi aspek perkembangan menyeluruhnya memang sangat positif sejak sebelum memasuki 6 tahun lagi.
Di usia 4 ke 6 tahun;
Aqil pandai bercerita, berbual dan berkata-kata dengan
petahnya
Aqil sangat aktif ketika bermain
Aqil sangat kreatif meneroka dan mencuba sesuatu yang baru
Aqil pandai bergaul dan bermain bersama-sama kawan-kawanya
Aqil penuh dengan imiginasi yang kreatif
Aqil terlalu banyak bertanya
Aqil akan berkerut seperti sedang berfikir ketika bercerita atau menjawab soalan
Aqil sentiasa teruja mencuba pelbagai aktiviti
Aqil seorang kanak-kanak yang yakin dan berani
Aqil pandai berdikari urus diri sendiri
Aqil kenal huruf dan nombor dan boleh membatangkan sukukata
mudah
CUMA, KETIKA ITU , DI USIA 6 TAHUN;
AQIL HANYA TIDAK BOLEH MEMBACA
Namun akhirnya, di umur 7 tahun ini , setelah 4 bulan berada
di kelas pemulihan (sebab trend sekolah sekarang, perlu masuk kelas pemulihan jika
tidak boleh membaca) Aqil sangat teruja mengeja dan membaca persis seperti baru
berada di sekolah TADIKA. Dan saya yakin, sedikit masa lagi, Aqil pasti akan
boleh membaca dengan lancar tanpa sebarang tekanan. Kelihatannya dia seronok
membaca dan faham setiap apa yang dibacanya.
Bagaimana jika kanak-kanak boleh membaca seawal 3@4 tahun sepertimana
yang diinginkan oleh ibu bapa? Adakah mereka faham apa yang dibaca,? Tentunya,
kanak-kanak ini boleh membaca setelah dilatih tubi setiap hari kerana anak-anak
memang mudah menyerap apa yang dipelajari. Bagaimana perasaaan anak-anak ini ketika
dipaksa belajar membaca? Bagaimana dengan kerja hakiki mereka untuk merasa seronok bermain dan
belajar sesuatu melalui bermain? Ketika
sibuk hendak bermain, tiba-tiba disuruh ke kelas tambahan untuk belajar
membaca.
Kesimpulannya , bila saya melihat situasi Aqil, sepatutnya
di usia 7 tahun inilah dia baru
benar-benar bersedia untuk diajar membaca dan insyAllah dia akan dapat membaca
dengan lancar dalam keadaan emosi yang menyeronokkan.
Ketahuilah bahawa membaca adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan
tidak semestinya kemahiran ini perlu mula dikuasai diperingkat seawal 3 tahun lagi jika kanak-kanak
belum bersedia.
Jom ubah persepsi kita
terhadap keupayaan anak-anak. Setiap anak mempunyai keupayaan@kebolehan
yang berbeza. Di usia 3 tahun ke atas, belajar memahami tingkahlaku dan keinginan
kanak-kanak serta kenalpasti potensi diri anak2 tersebut. Bantu mereka memperkembangkan
portensi dalam diri mereka dalam pelbagai
aspek perkembangan yang tentunya
bukanlah kebolehan membaca semata.
Alhamdulliilah, Aqil sudah boleh membaca mestipun terpaksa
dilabel sebagai pelajar pemulihan. Semoga Aqil berjaya dalam potensi yang ada
dalam dirinya. InsyAllah.
********************************************
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
No comments:
Post a Comment