Sunday 17 July 2016

Anak-anak, kuantiti atau kualiti yang penting?


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak-anak, kuatiti atau kualiti yang penting?
Anak-anak adalah anugerah yang tidak terhingga dari Tuhan. Semua pasangan yang berkahwin mengimpikan untuk mempunyai anak dari zuriat masing-masing. Hatta ada juga pasangan berkahwin tidak dikurniakan anak.

Bersyukurlah kepada pasangan yang mempunyai anak. Lalu anak-anak yang lahir merupakan amanah serta tanggungjawab terbesar dari ibu bapa nya. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak, bukan sekadar membesarkan bahkan memberi didikan dan asuhan yang baik serta berkualiti kepada mereka.

Pelbagai pandangan pernah didengari mengenai berapa bilangan anak yang ingin dimiliki oleh kebanyakan pasangan. Rata-rata sekadar inginkan anak-anak seramai 2 atau 3 orang sahaja. Itu sudah memadai bagi mereka memandangkan kata mereka, kos hidup yang semakin tinggi, sukar menjalani kehidupan dengan sempurna dari aspek kos sara hidup sekiranya mempunyai anak-anak yang ramai.

Namun, tidaklah dinafikan bahawa anak-anak itu merupakan pintu rezeki keluarga. Setiap anak yang lahir telah ditentukan rezekinya oleh Tuhan. Yang berbeza samada sedikit atau banyak rezeki tesebut.

Jadi, anak-anak, kuatiti atau kualiti yang penting?

Jom, berbicara sedikiti mengenai diri saya dan anak-anak.
Sekali lagi, nak tekankan di sini, cuba fikir dulu, anak-anak, kuantii atau kualiti, mana yang penting?

Bila berbual mengenai bilangan anak, .ramai tak percaya saya mempunyai 8 orang cahaya mata. Namun itulah hakikatnya dan usia saya tidaklah muda seperti yang disangkakan. Alhamdullillah dan bertuahnya mempunyai anak-anak  yang kian  meningkat dewasa. Hakikatnya juga tidaklah mudah membesarkan mereka, pelbagai cabaran dalam.pelbagai aspek.kehidupan telah saya lalui dalam membesarkn mereka. Hakikatnya lagi saya bekerja keras membanting keringat untuk mereka supaya mereka membesar dalam kesempurnaan dan menjadi anak2 soleh solehah. Selalu saya berdoa agar mereka juga akan mendoakan saya ketika saya telah tua dan ketika saya telah tiada di dunia ini kelak.

Apapun...mempunyai anak ramai atau cuma seorg, dua atau tiga, jika tidak terdidik dengan baik,, apalah ertinya dalam.kehidupan kita kelak.
Kalau ramai anak, bila sudah besar, masing2 lupa tanggungjawab kepada ibubapa, apalah nikmatnya beranak ramai.
Kalau ramai anak, bila sudah besar, bergaduh sesama adik beradik, apalah maknanya berkeluarga besar.

Lalu, paling penting didiklah anak-anak dengan didikan dan asuhan yg baik , dengan iman yg sempurna, kerana bukan kuantiti anak menjadi ukuran tetapi sejauhmana kualiti pendidikan yang diterapkan kepada anak-anak.
Itu yg lebih penting, supaya anak-anak  juga menjadi anak-anak yang berkualiti bukan sekadar di dunia bahkan di akhirat nanti.


Untuk mengasuh dan mendidik anak-anak sebaik mungkin, anda sebagai ibu bapa perlu lah meningkatkan kemahiran keibubapaan anda. Antara caranya;

Jom sertai Kursus Asuhan dan Penjagaan Bayi di TASKA


TIADA TARIKH TERKINI. Saya menerima jemputan untuk mengadakan bengkel seperti ini.

Dapatkan juga EBook PANDUAN MENDIDIKAN ANAK di bawah.



RM 30

Klik untuk isi kandungan dan tempahan EBOOK PANDUAN MENDIDIK ANAK

Tip dan info bermanfaat memahami, mengendali dan mendidik anak-anak dengan cara yang betul dan berkesan


2 ebook percuma untuk setiap order ebook Panduan Mendidik Anak :




**********************************

DAN


RM 27
Klik untuk isi kandungan dan tempahan EBOOK ANAK PINTAR CERDAS

Tip, petua  dan rahsia bagaimana anak anda boleh  belajar membaca seawal usia 3 tahun.

3 Ebook percuma untuk setiap order ebook Anak Pintar Cerdas







No comments:

Post a Comment