Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
TADIKA dan Peperiksaan
Akhir Tahun
Bulan
September dan bulan Oktober ialan bulan di mana sesi persekolahan sibuk dengan
peperiksaan akhir tahun. Anak-anak sekolah tentunya sedang gigih belajar untuk memastikan
dapat pencapaian yang memuaskan dalam peperiksaan. Ibu bapa juga tentunya sibuk
juga membantu pembelajaran anak-anak. Ini adalah rutin dan amalan biasa di
sekolah-sekolah bagi menguji pencapaian AKADEMIK anak-anak.
Selain dari sekolah,
tidak ketinggalan juga berlumba menyediakan soalan-soalan penilaian dan membuat
persiapan peperiksaan akhir tahun ialah pihak TADIKA.
TADIKA dan
Peperiksaan Akhir Tahun bagai tidak boleh dipisahkan lagi. Waktu inilah masa
untuk menilai pencapaian anak-anak selama belajar di TADIKA. Lalu, sibuklah cikgu-cikgu di TADIKA mengendalikan sesi peperiksaan akhir kepada kanak-kanak yang
rata-ratanya berumur 4, 5 dan 6 tahun sama persis seperti peperiksaan di
sekolah.
Sibuklah juga
cikgu-cikgu TADIKA memberi pesanan kepada ibu bapa supaya ambil perhatian
terhadap pembelajaran AKADEMIK anak-anak
memandangan anak-anak akan dinilai pencapaian akdemiknya dalam subjek-subjek
yang pelbagai di TADIKA.
Maka, tak
tentu arahlah para ibu bapa. TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun membuatkan ada
ibu bapa yang turut tak senang duduk kerana memikirkan untuk membantu anak-anak
menduduki peperiksaan. Pada ibu bapa, inilah masanya anak-anak perlu tunjukkan
hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui di TADIKA sepanjang tahun.
Beberapa kali ibu bapa asyik membelek jadual peperiksaan yang disediakan oleh
pihak TADIKA sambil berfikir-fikir pula
untuk sediakan jadual belajar di rumah.
Untuk siapa?
Untuk anak-anak TADIKA ini.
TADIKA dan Peperiksaan
Akhir Tahun.
Sejak ibu
bapa mendapat makluman peperiksaan akhir
tahun ini, anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun yang berkenaan, tidak dibenarkan lagi menonton rancangan TV
kegemaran apatah lagi bermain. Mereka
perlu belajar, buat latihan dan buat banyak latih tubi. Mesti menelaah sama
persis seperti pelajar di sekolah.
Mengapa?
TADIKA dan
Peperiksaan Akhir tahun.
Kerana untuk
memastikan dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir nanti. , Tentulah
sebaik habis sesi peperiksaan nanti, akan keluarlah keputusan peperiksaan akhir
untuk anak-anak 4, 5 dan 6 tahun ini. Justeru itu, mana ada ibu bapa yang tidak berbesar hati jika anak-anak
mendapat kedudukan no 1, no 2 atau no 3 dalam peperiksaan kelas TADIKA.
Oleh kerana
keasyikan ibu bapa untuk turut menilai pencapaian akademik anak-anak, maka
cikgu TADIKA tidak perasan yang mereka sedang sibuk juga melabel pencapaian
akademik anak-anak 4, 5 dan 6 tahun ini.
Bagaimana cikgu
mula melabel pencapaian anak-anak? Jawapan telah dinyatakan tadi, iaitu apabila
ada anak yang dapat kedudukan no 1, no 2
n, no 3 dan setersusnya di dalam peperiksaan akhir tahun di TADIKA.
Ucapan tahniah
akan dicatatkan dalam rekod prestasi anak-anak yang mendapat label kedudukan
yang baik dalam peperiksaan akhir tahun kelas TADIKA. Cikgu seolah seperti
berkata,
“TAHNIAH dari
cikgu. Awak memang pandai. Cikgu suka anak-anak yang pandai belajar. Nanti cikgu
tentu akan anugerahkan pencapaian dan beri hadiah.” Ibu bapa juga turut sangat berbangga, Anak
juga turut dapat pujian dan hadiah dari ibu bapa.
Anak-anak
awal usia terus dinilai akademiknya.
Anak-anak ini
terus dilabel. Pandai dan tidak pandai dinilai dalam peperiksaan akhir tahun.
TADIKA dan
Peperiksaan Akhir Tahun semakin sinonim berterusan dengan prinsipnya. Mengenalpasti
dan menilai pencapain akademik anak-anak TADIKA.
Berterusan begitu
kerana inilah sistem pendidikan yang ingin diikuti, pencapaian berasaskan peperiksaan (exam oriented)
TADIKA dan
Peperiksaan Akhir Tahun.
Tidaklah saya
kata salah sama sekali. Tetapi, jom renungkan seketika.
Bagaimana dengan
anak-anak yang mendapat label kedudukan yang corot dalam peperiksaan di TADIKA?
Bagaimana jika kanak-kanak sendiri rasa terpaksa untuk menjawah kertas-kertas
soalan peperiksaan?
Bagaimana
jika anak-anak masih belum dapat membaca atau menulis dengan betul di peringkat
TADIKA ini?
Bagaimana anak-anak
yang gagal tunjukkan prestasi akademik semasi dinilai pencapaian akademiknya? Bagaimana
kedudukan anak-anak ini?
Tidak pandaikah
anak-anak ini? Tiada potensi lainkah dalam diri anak-anak ini?
Tanpa
disedari, Guru TADIKA awal lagi telah melabel pencapaian akdemik mereka.
Dalam rekod
prestasi, guru menulis,
Pencapaian
yang kurang memuaskan. Perlu usaha lagi.
Pastikan anak berusaha lagi di masa hadapan.
Mungkin
terdetik di hati cikgu, kanak-kanak ini kurang pandai, susah nak belajar dan
susah pula diajar.
Ibu bapa
pula, mungkin ada yang kata,
“Itulah mama
, papa kan suruh belajar, asyik main
sahaja”
Kasihannya
anak-anak ini, dalam diam, dalam tidak sedar, telah dilabel tidak pandai.
Aduhai cikgu
TADIKA
Aduhai
pengurusan TADIKA
Tolong fahami
konsep pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar. Pendidik perlu mendidik dan
membimbing tahap perkembangan anak-anak mengikut kebolehannya BUKAN mengajar
dan memaksa anak-anak belajar hingga perlu menonjolkan serba serbi kebolehan
akademik sekadar di usia 4, 5, dan 6 tahun.
Aduhai ibu
bapa.
Tolong tahu,
tugas utama anak-anak 4, 5, 6 tahun ini bukanlah belajar dan wajib tunjukkan
serta serlahkan pencapaian akademik di
awal usia. Mereka bukan tidak pandai. Anak-anak mungkin belum mahu menonjolkan
pencapaian mereka. Anak-anak sebenarnya belajar macam-macam perkara di
persekitaran mereka di awal usia lagi. Anak-anak adalah individu yang sangat
unik. Mereka mempunyai pelbagai potensi awal yang perlu dikenalpasti dan diberi
perhatian serta galakan sedari awal usia lagi.
Jangan
menilai anak sekadar dari sudut akademik sahaja. Lihatlah, terokailah dan carilah
potensi potensi tertentu dalam diri anak.Tolong tahu, kerja hakiki kanak-kanak
di bawah 7 tahun adalah bermain, bermain dan terus bermain, lalu biarkan mereka
puas bermain dengan seronok. Usia kanak-kanak adalah hak kanak-kanak untuk
bermain.
Peranan cikgu
TASKA, cikgu TADIKA, peranan ibu bapa, rancangkan waktu bermain mereka sebaiknya
agar anak-anak dapat mempelajari sesuatu melalui bermain, bukan melalui paksaan
dan latih tubi yang tentunya mengganggu
emosi anak-anak awal usia ini.
Kita yang industri
ini, kita tentu boleh mengubahnya, demi untuk ANAK-ANAK juga.
TADIKA dan
Peperiksaan Akhir Tahun, sudah tiba waktunya, pelaksanaannya, ada yang perlukan
perubahan dan pembaharuan sesuai dan seiring dengan tahap perkembangan dan
tabiat semulajadi kanak-kanak.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
No comments:
Post a Comment