Monday 7 November 2016

Anak-anak belajar melalui pengalaman

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kanak-kanak lebih belajar sesuatu perkara melalui pengalaman yang dilaluinya sendiri sepanjang tempoh pembesarannya.  Oleh kerana anak-anak belajar melalui pengalaman maka orang dewasa perlu menjadikan setiap pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak sebagai satu proses pembelajaran yang menyeronokkan.

Fakta :
Kajian sains neuro menunjukkan bahawa kebanyakan daripada hubungan sinaps yang akan kekal sepanjang hidup ialah yang dibina semasa tiga tahun pertama umur kanak-kanak. Dalam 3 tahun pertama ini, kanak-kanak belajar atau gagal belajar bergaul, cara melerai konflik, cara berinteraksi, cara memujuk dan cara meneroka dunia persekitarannya. (Bredekamp & Copple 1997). Oleh itu, adalah penting kanak-kanak sejak lahir lagi diberikan pengalaman pembelajaran dan rangsangan positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal.

Sumber dari : Buku Modul Kursus Asuhan PERMATA


Merujuk kepada fakta di atas, sebaik sahaja anak-anak lahir ke dunia, adalah penting untuk anak-anak ini  didedahkan kepada pengalaman dan aktiviti yang pelbagai yang dapat membantu merangsang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dengan yang lebih pesat.

Dengan kata lain, samada anak-anak diasuh  di rumah oleh ibu bapa sendiri atau oleh pengasuh di rumah atau mendapat asuhan di TASKA, sangatlah penting anak-anak diberi pelbagai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan lebih-lebih lagi antara umur lahir sehingga 3 tahun.

Berdasarkan fakta tadi, pada ketika ini sipnaps sedang terbentuk dan mula berkembang pesat. kanak-kanak mudah menyerap apa sahaja pengalaman yang diperolehi pada waktu umut ini. Pada ketika ini juga pembentukan kecerdasan bermula. Pengalaman awal memberi pelbagai kesan samada positif atau negatif kepada anak-anak.

Oleh itu, peranan kita sebagai ibu bapa atau pengasuh, sediakan persekitaran dan aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Anak-anak yang dibeasarkan dalam persekitaran yang ceria dan menyeronnokkan serta penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan kreatif akan membesar dengan perkembangan yang baik dan sempurna.  Hakikat anak-anak belajar pelbagai perkara dalam kehidupan hanya melalui pengalaman sebenar yang dilaluinya setiap hari.


Oleh itu, samada kita adalah ibu bapa yang mengasuh anak sendiri, pengasuh atau pendidik di TASKA atau pengasuh rumah, perlu sentiasa kreatif dan mempunyai kepelbagaian idea dalam merancang aktiviti dan program menarik untuk kanak-kanak. Jangan lupa juga sediakan persekitran yang kondusif iaitu yang sesuai, selesa dan selamat untuk anak-anak terus meneroka, mencuba dan memperolehi pelbagai pengalaman menyeronokkan.



Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25













No comments:

Post a Comment