Thursday 15 December 2016

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI TASKA (RPA)

Oleh : Nor Azura Ismail

EBOOK RANCANGAN PELAKSANAAN TASKA (RPA)  ini telah lama saya rancang untuk dihasilkan dalam bentuk ebook softcopy ini. Alhamdullillah, dengan izin ALLAH, berkat ketekunan dan kesungguhan saya sendiri walaupun terpaksa merintangi hari demi hari yang sibuk dengan pelbagai cabaran, akhirnya ebook ini dapat disiapkan juga. Saya dedikasikan ebook Rancangan Pelaksanaan TASKA (RPA)  ini untuk semua pendidik di TASKA. Ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa yang berminat untuk mengetahui tahap-tahap perkembangan anak-anak dan aktiviti yang sesuai dijalankan untuk mereka.

Apakah itu Perkembangan Pembelajaran Kanak-kanak?

Tahukah anda bahawa potensi perkembangan pembelajaran seseorang kanak-kanak bermula sejak awal kanak-kanak dilahirkan lagi, malah ketika di dalam kandungan lagi. Proses pembelajaran seseorang kanak-kanak bukanlah juga hanya menjurus kepada sesuatu yang berbentuk akademik sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan aspek dalam perkembangan kanak-kanak. Dengan kata lain, sepanjang menyusuri hari-hari awal usianya, kanak-kanak belajar pelbagai perkara dan benda baru. Uniknya, kebanyakan yang dipelajari oleh kanak-kanak diperolehi hanya melalui bermain. Bermain merupakan kerja hakiki dan sebahagian dari kehidupan normal seseorang kanak-kanak.
Pada peringkat awal, kanak-kanak mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan inteleknya. Pada ketika ini. sangat penting kanak-kanak mendapat pendedahan pembelajaran mengenai kehidupan  secara holistik atau menyeluruh.
Personaliti dan sahsiah kanak-kanak terbentuk sejak dari dalam kandungan ibunya lagi. Personaliti dan sahsiah diri kanak-kanak dapat dikembangkan dan menjadi lebih positif lagi sekiranya kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang betul daripada orang dewasa dan juga persekitarannya.

Perkembangan awal kanak-kanak bukanlah bermaksud pendidikan awal yang berbentuk akademik semata iaitu memastikan anak-kanak cepat pandai membaca , menulis dan mengira di awal usia. Sebaliknya pendidikan awal kanak-kanak adalah satu bentuk pendidikan yang menekankan aktiviti yang antaranya bagi mencapai perkara-perkara berikut :

1.    Membina emosi dan sahsiah diri yang sihat dan stabil serta positif dalam diri kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti yang berkait dengan tahap Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian kanak-kanak.

2.   Menjadikan kanak-kanak pandai bersosial dan bergaul dengan baik serta positif bersama rakan-rakan sebayanya.

3. Membimbing kanak-kanak agar boleh menggunakan bahasa percakapan yang baik, mempunyai keyakinan diri ketika berbual dan berkomunikasi dengan rakan sebaya atau dengan  orang dewasa melalui Perkembangan Bahasa, Kominikasi dan Literasi Awal.

4.    Menanamkan pengetahuan dan memberi bimbingan terhadap cara pemakanan yang sihat di kalangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti perkembangan yang dapat membimbing kanak-kanak memilih menu makan yang baik lagi berkhasiat.

5.    Membina hubungan positif dengan  sesiapa sahaja di persekitaran kanak-kanak.

6. Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka, mencuba dan merasai pelbagai pengalaman dengan dunia persekitarannya melalui pebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan bagi menggalakkan  Perkembanagan deria dan Pemahamana Dunia Persekitaran kanak-Kanak.

7.    Mendidik kanak-kanak supaya boleh  berdikari seawal usia 3 – 4 tahun lagi dengan memberi peluang kepada kanak-kanak menguruskan keperluan biasa  diri sendiri seperti mandi sendiri, pakai baju dan kasut sendiri serta mengemas barang permainan selepas bermain.

8. Menjadikan kanak-kanak seorang yang aktif, cergas dan sihat serta menguatkan perkembanagan moto kasar dan moto halus kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti berkaitan Perkembangan Fizikal kanak-kanak.

9. Membantu kanak-kanak berfikir mengenai sebab dan akibat kepada sesuatu dan meningkatkan  keupayaan kanak-kanak mnenumpukan perhatian bagi merangsang Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik kanak-kanak.

   Memberi peluang kanak-kanak menghayati, menikmati dan menyusuri dunia awal kanak-kanak mereka melalui pelbagai aktiviti yang kreatif, ceria dan menarik.


Pada dasarnya. perkara-perkara  di atas menunjukkan bahawa pada peringkat awal kehidupan kanak-kanak apa yang penting ialah menggalakkan tahap-tahap perkembangan menyeluruh kanak-kanak dalam pelbagai aspek perkembangan pembelajaran yang dapat membantu mereka melalui kehidupan dengan mudah dan lebih bermakna di hari seterusnya mereka menempuh pengalaman kehidupan sebagai seorang kanak-kanak.

Perlu diingat bahawa sememangnya  kanak-kanak sentiasa ingin belajar mengenai sesuatu yang baru dalam kehidupannya. Dan hakikatnya kanak-kanak belajar melalui bermain. Kanak-Kanak main apa sahaja yang disukainya tanpa mengetahui sebab dan akibat. Maka peranan pendidik ialah untuk merancang dan mengendalikan  aktiviti yang menyeronojkkan (persis seperti bermain) untuk kanak-kanak. Seorang pendidik perlu memahami setiap tahap perkembangan dan tingkahlaku semulajadi kanak-kanak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di TASKA khasnya  secara tidak langsung dapat membantu merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan tidak hanya pada aspek-aspek tertentu sahaja.

JOM, dapatkan Ebook Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA) supaya anda sebagai pendidik di TASKA boleh menulis perancangan aktiviti yang baik untuk anak-anak di TASKA anda.


RPA TASKA ini adalah dalam bentuk ebook.
Setiap tempahan, perlu dibuat bayaran terlebih dhulu melalui acc

Nor Azura Ismail
MAYBANK 155126919215
CIMB 7612806903

HARGA EBOOK : RM40.00
Nyatakan nama, alamat dan emel anda.


Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




1 comment: