Thursday 29 December 2016

TASKA berkualiti

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Pengusaha TASKA adalah tonggak utama pengurusan sesebuah perniagaan TASKA  berkualiti.  Manakala  pengasuh@pendidik di TASKA  adalah diibaratkan sebagai tulang belakang sesebuah TASKA dimana peranan pekerja sangat besar dan penting bagi memastikan keseluruhan operasi rutin dan harian di TASKA berjalan dengan lancar dan teratur.  Perkhidmatan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang ditawarkan di TASKA sangat memerlukan tenaga pengurusan dan pekerja yang berkualiti serta berpotensi bagi mencapai objektif menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.  Bagaimana kualiti perkhidmatan pengurusan dan  pengasuhan yang ditunjukkan oleh setiap individu berkaitan, bakal menaikkan atau menjatuhkan imej perniagaan sesebuah TASKA.  Bagaimana antara kriteria untuk melahirkan sebuah TASKA berkualiti?

Antaranya, kriteria sebagai seorang  pengusaha TASKA  yang professional sangat penting bagi memastikan pengurusan perniagaan berjalan dengan lancar.  Kriteria professional juga diperlukan oleh seorang pengasuh@pendidik, memandangkan mereka  juga mempunyai peranan kritikal dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ini.  Personnel di TASKA perlu memahami tanggungjawab dan kewajipan mereka terhadap keberkesanan perjalanan keseluruhan operasi rutin di TASKA yang perlu dilaksanakan mengikut garis panduan serta peraturan yang telah ditetapkan.  Mereka perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencerminkan kecekapan dan kebolehannya menjalankan semua tugas-tugas di TASKA.  Hakikatnya profession sebagai personnel di TASKA ini adalah satu profession yang patut dipandang tinggi oleh semua pihak yang terlibat dengan operasi TASKA khasnya dan seluruh masyarakat amnya.


            Merujuk syarat yang ditetapkan dalam Akta Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) 1984, pengasuh mesti berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Selain itu, pengasuh mesti mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajibkan menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP)  yang ditetapkan dalam akta berkenaan.  Mempunyai Persijilan Kemahiran Malaysia, Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak merupakan suatu kelebihan kepada para pengasuh memandangkan mereka merupakan pekerja mahir yang telah terampil untuk melaksanakan tugasan harian di TASKA.  Terbaru, kenyataan yang dipetik dari laporan BERNAMA bertarikh 11 Oktober 2016 daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletak syarat pengasuh bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak. Mungkinkah syarat baru ini ditetapkan bagi melahirkan TASKA berkualiti?

Sehubungan itu, keperluan bagi setiap personnel TASKA memiliki sekurang-kurangnya Diploma telah menjadi wajib dan secara langsung menunjukkan bahawa setiap personnel berkaitan wajib mengikuti latihan atau program bagi tujuan tersebut.


Profesionalisma seseorang personnel TASKA itu diukur berdasarkan minat masing-masing dalam mengendalikan kanak-kanak, mempunyai sahsiah yang baik, boleh berkomunikasi dan memahami keperluan kanak-kanak terlebih dulu berbanding kehendak ibu bapa serta menggalakkan pembelajaran kanak-kanak dengan baik.  Justeru itu, untuk menepati kriteria yang dinyatakan tadi dan seterusnya bagi meningkatkan lagi kemahiran pengasuhan dan pendidikan yang sedia, sangatlah penting setiap individu berkaitan memastikan yang mereka senantiasa berusaha meningkatkan professionalism diri antaranya melalui pelbagai program atau kursus dan bengkel pengasuhan yang berkaitan.  Apabila setiap personnel TASKA benar-benar berketerampilan, kualiti perkhidmatan TASKA dengan sendirinya akan meningkat dan kanak-kanak sendiri dapat menerima asuhan dan didikan yang terbaik sepanjang peninggalan  mereka di TASKA. Di sini lah TASKA dapat beroperasi sebagai sebuah TASKA berkualiti yang diharapkan oleh semua ibu bapa yang mendapatkan perkhidmatan TASKA ini. 

Mudahan industri TASKA dapat berkembang dengan baik sebagai satu industri yang professional dan dipandang tinggi oleh setiap individu maupun masyarakat.

Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25









No comments:

Post a Comment