Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com
Bagaimanakah antara cara bagi memastikan pihak TASKA dapat memberikan kualiti perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada masyarakat sekitar yang mmerlukan perkhidmatannya.
Antara perkara penting
Daripada kajian terhadap personel di TASKA dan
individu-individu yang berkaitan dengan bidang, menunjukkan semua pihak sangat memastikan bakal pengusaha, pengusaha sedia ada, pengasuh@pendidik
di TASKA mendapatkan latihan kemahiran
yang berterusan. Kelemahan penyediaan latihan dan kekurangan latihan
berkemungkinan menyumbang kepada berlakunya beberapa insiden di TASKA akibat
dari kecuaian dan kurangnya latihan yang diperolei oleh pengasuh@pendidik di
TASKA. Pihak pengurusan TASKA lebih-lebih
lagi, perlu menyedati hakikat ini dan berusaha memastikan pekerja mereka
mendapat latihan yang diperlukan sebagai seorang personnel TASKA yang
professional. Terdapat juga pengasuh@pendidik TASKA kurang berminat dengan
pekerjaan mereka menyebabkan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk meningkatkan
kemahiran diri melalui latihan tertentu. Bagi individu yang merancang memulakan
perniagaan TASKA ini juga perlu membuat perancangan dan persediaan asas yang
awal dari segi pengetahuan dan kemahiran mereka. Mereka tidak boleh sama sekali menganggap
bahawa perniagaan TASKA adalah satu perniagaan yang mudah dan semudah itu boleh
dimulakan pada bila-bila masa tanpa asas pengetahuan dan kemahiran yang jitu
dan kukuh. Dari segi pemantauan operasi
TASKA, pihak yang berkuasa perlu kerapkali turun ke TASKA bagi memastikan semua
personnel TASKA mematuhi peraturan TASKA yang telah di tetapkan. Dengan ini, sangatlah di harapkan industri
TASKA dapat menyumnang kualiti perkhidmatan pengasuhan yang baik sejajatr
dengan peningkatan pertumbuhan perniagaan TASKA dewasa ini. Mudahan industri pengasuhan di pandang tinggi
oleh semua pihak yang berkaitan.
Jom hadiri bengkel terdekat saya, bagi meningkatkan kemahiran dan keterampilan anda sebagai pendidik di TASKA.
BENGKEL PENDIDIK KREATIF DAN BERKETERAMPILAN.
Tarikh : Mei 2017
Tempat : Melawati, Kuala-Lumpur.
Kepada pengusaha dan pendidik TASKA, saya sediakan ebook2 di bawah ini untuk anda.
Jom hadiri bengkel terdekat saya, bagi meningkatkan kemahiran dan keterampilan anda sebagai pendidik di TASKA.
BENGKEL PENDIDIK KREATIF DAN BERKETERAMPILAN.
Tarikh : Mei 2017
Tempat : Melawati, Kuala-Lumpur.
Kepada pengusaha dan pendidik TASKA, saya sediakan ebook2 di bawah ini untuk anda.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
No comments:
Post a Comment