Thursday 16 February 2017

Pengenalan Perkembangan Fizikal kanak-Kanak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



1. Perkembangan Fizikal  merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran motor fizikal kanak-kanak.
2.    Ia .terbahagi kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
3.  Kemahiran moto fizikal terbahagi kepada pantulan semulajadi, moto kasar, moto halus dan koordinasi mata tangan.
4.    Para pengasuh perlu memahami dan mengetahui setiap tahap perkembangan fizikal kanak-kanak di setiap perngkat umurnya bagi tujuan merancang aktiviti sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran fizikal  kanak-kanak.
5.    Para pengasuh perlu menyediakan persekitaran yang kondusif yang boleh merangsang perkembangan fizikal  kanak-kanak.
6.    Para pengasuh perlu merangcang aktiviti dan menyediakan bahan aktiviti yang boleh merangsang  kemahiran fizikal  kanak-kanak.
7.    Pengasuh juga harus peka dan sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak dan membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan fizikalnya ketika mereka bermain.
8.    Kanak-kanak dapat belajar mengembangkan kemahiran fizikalnya melalui pelbagai aktiviti berkaitan pergerakan kreatif.
9.    Terdapat beberapa pendekatan pembelajran yang boleh digunakan dalam menjalankan aktivit perkembangan fizikal  untuk kanak-kanak.
10. Ruang pembelajaran fizikal memenuhi 40 peratus ruang aktiviti yang perlu disediakan di TASKA
11. Penyediaan sudut @ ruang yang sesuai dan berkaitan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak perlu diwujudkan di TASKA.
12. Rancangan mengajar perkembangan fizikal perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti fizikal  kanak-kanak.
13. Dokumen Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Perkembangan Fizikal  (RPA) adalah format rancangan mengajar yang disediakan sebelum pelaksanaan aktiviti fizikal.
14. Pengasuh akan merujuk kepada RPA perkembangan fizikal  dalam menjalankan aktiviti fizikal  bersama kanak-kanak.
15. Pemerhatian dan penaksiran perkembnagan fizikal  dibuat untuk mengenalpasti tahap perkembangan fizikal kanak-kanak.
16. Terdapat beberapa rekod yang digunakan dalam membuat pemerhatian terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak.
17. Hasil daripada pemerhatian dan penaksiran terhadap perkembangan fizikal  perlu disediakan dalam bentuk pelaporan untuk disimpan sebagai rekod TASKA dan juga diserahkan kepada ibubapa.







Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          







JOM HADIR KE, BENGKEL PENDIDIK KREATIF

TARIKH : 26 MAC 2017
TEMPAT : MELAWATI, KUALA LUMPUR
MASA : 2.00 PM - 6.00 PM
YURAN : RM70

Adakah anda merupakah seorang pendidik di TASKA atau TADIKA?

Mari tingkatkan idea kreativiti anda dengan menghadiri bengkel ini.

TEMPAT SANGAT TERHAD.

TEL : 016 7235080








No comments:

Post a Comment