Monday, 13 March 2017

Anak-anak suka meniru









Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com 


Antara sifat semulajadi dan tabiat anak-anak ialah suka meniru. Anak-anak suka meniru dan akan ikut apa sahaja yang dilihat atau diperhatikannya tanpa memahami samada sesuatu itu perkara baik atau sebaliknya. Kerana sifat anak-anak suka meniru ini lah, maka kanak-kanak harus dibesarkan dalam persekitaran yang sihat, baik dan positif. Maka, sangatlah juga penting peranan orang dewasa dalam menunjukkan contoh yang baik dan dalam menyediakan persekitaran yang dapat menyuburkan jiwa anak-anak ini.

Anak-anak tentunya merupakan anugerah terindah yang tidak ternilai buat mereka pasangan yang bergelar ibu dan ayah. Kerana anak-anak adalah amanah besar dalam kehidupan, maka peranan kedua ibu bapa juga sangat besar bagi memastikan kesejahteraan kehidupan anak-anak di dunia maupun di akhirat kelak.

Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Semua ibu bapa ingin anak menjadi anak yang soleh, berilmu dan beramal.

Hakikatnya, anak-anak suka meniru.
Saya merasa terkesan seketika apabila melihat sekeping gambar seorang kanak-kanak berumur dalam umur 3 ke 4 tahun sedang mngikuti datuknya solat. Sejuk sekali mata memandang melihat si anak begitiu khusyuk mengikut gerak geri dalam solat tersebut apatah lagi ketika di TASKA, anak tersebut telah mula di dedahkan dengan praktikal solat. Alhamdullillah, yang baik sangat mudah diikuti oleh si anak. Kerana jiwanya yang suci dan bersih, bersungguh-sugguh sekali si anak solat walau belum  memahami keperluan kewajipan bersolat tersebut. Menunjukkan tingkah  dan perkatra yang baik buat anak, adalah satu langkah awal membentuk iman dalam diri anak-anak.

Terkedu sekali, bila saya sedar, ketika di rumah, anak tersebut jarang sekali melihat si ibu maupun si ayah mendirikan solat. Si anak mungkin ingin tahu kenapa, tetapi si anak sendiri tidak jelas untuk bertanya.  Lalu, bila bersama ibu bapa, si anak jarang dapat mengikut gerakan solat dan tidak dapat lagi menanam sesuatu yang baik dalam jiwa kecilnya. Amat jarang sekali dia dapat memerhatikan kedua ibu bapa melakukan gerakan solat.

Sebaliknya, Ibu dan ayah tersebut sanggatlah bangga melihat anak solat di belakang datuknya tanpa mereka sendiri sedar bahawa merekalah sepatutnya  guru dan contoh teladan paling dekat buat anak-anak sendiri.

Mungkin si ibu dan si bapa merasakan telah memberikan segalanya kepada anak-anak. Apa lagi yang anak inginkan, kesenangan hidup, pendidikan awal terbaik, melancong ke sana ke mari, permainan dan pakaian yang mahal-mahal, semua telah dirasai. Hanya satu si anak dambakah, bila kah dapat melihat ibu dan ayahnya mendirikan solat

Lalu, pesan pada diri sendiri, pesanan kepada yang bergelar ibu bapa, jangan biarkan masa kecil anak-anak ini berlalu begitu sahaja tanpa ditaburkan dengan titipan iman. Anak-anak suka meniru, ajar mereka meniru anda soalat sebelum ajar mereka perkara-perkara baik yang lain.

Wahai yang bergelar ibu dan bapa. Belajarlah.
Dan ajarlah anak-anak tentang kewajipan kita kepada Tuhan.
Kerana anak-anak itulah juga harta yang bakal membantu kita kelak atau mungkin mereka sebaliknya . Tika itu, jangan salahkan anak-anak kerana salah kita juga, tidak menunjukkan contoh terbaik buat mereka.

Segalanya Milik ALLAH, termasuklah anak-anak. Berikan hak mereka.




Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:


RM 20                                          RM30



RM40


NOR AZURA
016 7235080 / 019  2115642



No comments:

Post a Comment