pnnorazuraismail.blogspot.com
Dunia Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Memulakan Perniagaan TADIKA, satu permulaan pengalaman.
Bermulanya perjalanan ini.
Memulakan Perniagaan TADIKA, satu permulaan pengalaman.
Bermulanya perjalanan ini.
18 tahun yang lalu, ketika bergelar surirumah yang diulit dengan anak-anak yang masih kecil lagi yang menjadikan faktor utama saya mendapat gelaran ini.
Tetiba, ketika itu, hati meronta-ronta ingin bekerja semula. Tetapi, kerja apa yang boleh dilakukan dengan keadaan anak-anak kecil sekeliling pinggang ini. Puas difikir, akhirnya Allah memberi ilham untuk saya memulakan perniagaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. Tepat sekali label ini, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, satu permulaan pengalaman kehidupan bagi seorang insan bernama saya. Ketika itu, saya berumur 29 tahun dan berkelulusan dalam bidang Perbankan, memang kosong pengetahuan formal berkaitan industri pendidikan awal kanak-kanak ini.
Dengan.penuh tekad, saya mula dengan mengusahakan sebuah TADIKA yang hanya berbekalkan pengalaman mendidik anak sendiri dan dengan usaha mencari sendiri sedikit ilmu asas awal yang diperlukan dalam bisnes ini. Tanpa menoleh ke belakang, saya mula mengorak langkah, memulakan Perniagaan TADIKA , satu permulaan penglaman dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini.
Dengan perasan teruja, penuh semangat, seronok dan berkobar- kobar saya rancang dan atur perjalanan bisnes ini bersama harapan dan cita - cita besar. Paling penting ketika itu, anak- anak kecil saya seramai 4 orang itu, masih tetap bersama saya di mana sahaja saya berada.
Alhamdullillah, Dia Allah, mengizinkan saya meneruskan cabaran demi cabaran awal dalam bisnes ini. Namun, disebalik keterujaan menjadi seorang usahawan TADIKA, saya diuji dengan pelbagai kerenah samada dari badan penguatkuasa, pekerja, ibu bapa dan juga persekitaran. Saya yang ketika itu, hakikatnya agak kurang ilmu berkaitan bisnes dan juga agak cetek ilmu serta kemahiran mengenai pendidikan awal kanak kanak, Lalu, saya sering teruji dan terusik dengan masalah dan cabaran semasa. Saya menjadi kurang tabah, sesekali menjadi lemah dan lemas dengan persekitaran perjalanan awal bisnes ini.
Aduhai bukan mudah sebenarnya mengharungi segalanya. Inilah titik tolak saya mula melangkah masuk ke dunia penuh cabaran, mendidik anak- anak awal usia. Sempatlah saya merasa indahnya menjadi usahawan TADIKA. Panggilan cikgu yang dilantunkan dari mulut anak-anak maupun ibu bapa laksana butiran permata sebuah penghargaan. Bangga sesekali terasa acapkali melihat perkembangan anak-anak didik saya. Segalanya dari ALLAH jua.
Sesungguhnya pengalaman awal ini, biar pun penuh dugaan yang sesekali kelihatan perit dan pahit, namun ia tetap menjadi titik tolak untuk saya terus maju ke depan. Sering dulu, saya rasakan, siapalah saya ketika itu, seorang insan, seorang usahawan baru yang mula berjinak -jinak dalam industri ini.
Kesimpulannya, untuk terjun dalam industri pendidikan awal kanak- kanak ini bukan boleh dibuat mudah semudah menulis abc. Segala persedian awal dari setiap sudut perlu sempurna, lengkap lagi mencukupi.
Allah lah perancang kehidupan yang terbaik. Setiap jalan kehidupan tersirat pelbagai pengalaman dan pengajaran bagi setiap insan yang menyedari dan menghargainya.
Setakat ini dulu cerita 1 saya.
InsyAllah, Tunggu cerita seterusnya.
SIAPA SAYA,
Anda boleh hubungi saya:
Nama : Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************
Produk EBOOK & perkhidmatan
yang saya tawarkan :
Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)
PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan
TASKA TADIKA
Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA
Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan
** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di TASKA **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA
RM 20
Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya di sini - BORANG TEMPAHAN
atau terus hubungi saya 016 7235080 / 019 2115642
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment