Monday 8 May 2017

Aktivit bertema kanak-kanak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Aktiviti bertema kanak-kanak adalah suatu aktiviti yang fokus kepada idea tentang sesuatu subjek@perkara yang dijalankan dalam tempoh tertentu. Subjek atau perkara yang dijadikan tajuk aktiviti biasanya diambil dari subjek@perkara yang diketahui oleh kanak-kanak atau yang biasa dilalui oleh kanak-kanak dengan pengalaman sebenar. Kebiasaanya aktiviti bertema kanak-kanak adalah sesuai untuk kanak-kanak TASKA yang berumur 3 - 4 tahun ataupun kanak-kanak di TADIKA.

Tajuk aktiviti bertema kanak-kanak mesti menepati prinsip berikut :

i. Apa yang kanak-kanak minat.
ii. Apa budaya dan kehidupan kanak-kanak
iii. Masa dan tempat untuk melaksanakan aktiviti bertema tersebut


Contoh tajuk dalam Aktiviti Bertema kanak-kanak

Diri Saya
Keluarga Saya
Kenderaan
Bentuk dan saiz
Haiwan
Perayaan
Badan saya
TASKA saya
TADIKA saya


Tajuk Aktiviti bertema kanak-kanak perlu dijalankan mengikut waktu yang sesuai dengan idea yang dijadikan tema.

Dalam pengajaran di  TASKA maupun TADIKA, sebaiknya Aktiviti bertema kanak-kanak perlu merangkumi keseluruhan atau sebahagiaan aspek perkembangan kanak-kanak.

Contoh untuk TASKA;

TEMA : HAIWAN

SUB TEMA : Haiwan ternakan

Perkembanagan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran - Aktiviti mengenal haiwan yang dijadikan haiwan ternakan.

Perkembangan Awal matematik dan Pemikiran Logik - Mengira bilangan haiwan yang ada.

Perkembanagan Fizikal - membuat pergerakan seperti haiwan tertentu.

Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian - menyayangi dan memberi makan kepada haiwan ternakan.

Perkembangan kreativiti dan Estetika - Membuat kolaj haiwan

Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Berbual mengenai haiwan ternakan.


Kebiasaannya Aktiviti bertema kanak-kanak boleh dirancang pada awal tahun bagi mengenalpasti apakah tajuk tema dan sub tema yang sesuai dan bagi memudahkan perancangan aktiviti.

Perancangan Aktiviti bertema kanak-kanak perlu difikirkan dan disediakan oleh mereka yang bergelar pendidik di TASKA dan juga di TADIKA. Pendidik perlu cakna dan kreatif dalam menyediakan aktiviti-aktiviti bertema yang menarik.


KHAS untuk pendidik di TASKA, jika anda inginkan idea menyediakan Rancangan Pelaksanaan  aktiviti (RPA)  bertema kanak-kanak yang boleh dilaksanakan pada bulan  ini, saya sediakan untuk memudahkan anda.

EBOOK AKTIVITI BERTEMA KANAK-KANAK - LAMPIRAN  1



UNTUK TEMPAHAN, BOLEH TERUS WHATAPP SAYA 0167235080

HARGA PROMOSI AWAL BULAN : 
RM20 SAHAJA

BUAT BAYARAN KE;

MAYBANK 155126919215 / CIMB 7612806903

Inilah buku dalam bentuk EBOOK PDF SOFTCOPY. 
Sila sertakan EMEL anda bersama bukti bayaran.




EBOOK AKTIVITI BERTEMA INI MENGANDUNGI TEMA BERIKUT dan digunakan untuk tempoh tertentu sahaja mengikut perancangan pihak TASKA. 
Tunggu siri EBOOK bertema bagi tempoh yang lain pula.

TEMA :
1. HARI GURU
2. HARI IBU
3. PEKERJAAN
4. PAKAIAN
5. CUACA




Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

dapatkan harga promosi untuk belian ebook lebih dari satu.


RM40


RM 20                                          RM30









No comments:

Post a Comment