Monday 29 May 2017

SKM Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Apakah itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?
Pernahkah anda mendengar berkaitan persijilan SKM ini.

Bidang saya ialah Pendidikan Awal Kanak-Kanak.  Saya mempunyai SKM Tahap 3, 4 dan 5 dalam bidang Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-kanak.

Apakah kelebihan memiliki SKM dalam bidang saya ini? Ramai.orang industri di luar sana memiliki pendidikan akademik dalam bidang ini. Tetapi, saya sendiri memilih pendidikan berbentuk kemahiran.

Dianugerahkan Persijilan Kemahiran Malaysia;

Sijil Kemahiran Malaysia
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

dalam bidang Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-kanak menunjukkan bahawa saya adalah individu yang berketerampilan dan berkemahiran serta berpengalaman dalam bidang ini.

SKM telah mengiktiraf kemahiran saya secara rasminya.

Bagaimana saya memperolehi SKM, DKM dan DLKM ini? Perlukah saya mengikuti kelas.

Jawapannya tidak perlu. Saya memperolehi SKM, DKM dan DLKM hanya melalui pengiktirafan pengalaman.
Bagaimana?
Kemukakan sahaja bukti-bukti pengalaman lalu.

Adakah anda juga seperti saya, memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini?. Ya, pengalaman anda juga boleh diiktiraf.

Persijilan Kemahiran Malaysia adalah persijilan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Jadi, adakan anda ingin dapatkan pengiktirafan ini?

Senang sahaja. Hubungi saya untuk info lanjut.
016 7235080.

1 comment:

  1. salam,boleh x tunjuk contoh cara buat bukti bukti keterampilan..

    ReplyDelete