Thursday, 13 July 2017

Anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya

Oleh: Nor  Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Image : carian google



Pada cuti hari raya baru-baru ini, saya telah berkunjung ke beberapa rumah sedara mara yang mempunyai anak-anak awal usia antara bayi hingga ke peringkat sekolah rendah. Macam-macam lah kerenah anak-anak yang terlihat sepanjang semua bercuti hari raya bersama keluarga masing-masing. Saya sendiri pun tidak mempunyai anak kecil lagi kecuali anak bongsu saya yang berumur 8 tahun dan abangnya yang berumur 10 tahun.  Itulah yang paling kecil dan sangatlah aktif dengan pelbagai aktiviti menyeluruh ketika di rumah.   Melihat kerenah anak-anak sedara mara ni, lalu memang benarlah, anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya.


Al kisah saya telah melihat beberapa senario apabila ibu bapa berhadapan dengan kerenah anak-anak. Kalau anak masih di bawah umur 4 tahun atau masih di awal usia, mungkin banyak perkara kita boleh beri perhatian atau bagi muka.  Tetapi, kalau anak-anak yang sudah besar, yang sudah berumur 5, 6, 7, 8 hatta 12 tahun sekalipun,  bagaimana? Adakah  kita patut melayan setiap kerenah@permintaan anak. Adakah setiap apa yang anak ingini kita akan bagi?  Atau ibu bapa terima sahaja apa yang anak-anak ingin katakan.
Jika di usia anak sudah agak besar, akan tetapi apa yang anak ingini kita kotakan, maknanya kita sedang mendidik anak untuk tidak pandai merasa susah atau tidak tahu erti sabar atau kepayahan dalam mendapatkan sesuatu. Lalu benarlah, anak-anak, ibu bapa mencorakkannya.


Saya terlihat suatu situasi apabila seorang anak merengek-rengek sesuatu dengan ibunya. Ibunya berkata dengan lembut beberapa kali, sambil memeluk si anak: "nantilah dulu, mama tengah cakap dengan auntie, nanti mama belikan"   Anak itu seperti tidak faham, tetapi  terus merenggek persis mengada-ngada.  Si ibu sebenarnya sedang berbual-bual bersama saya. Secara tiba-tiba anak yang merenggek itu memukul-mukul paha ibunya lalu menghantuk kepalanya ke dinding sambil  berkata;

"Ibu tak faham, ibu saja tak nak dengar"  Anak itu berusia lingkungan 8 tahun. Memang terperanjat saya melihat situasi tersebut. Si ibu terus spontan  memeluk si anak sambil mengelak si anak dari terus menghantuk kepalanya ke dinding. Si ibu juga berjanji akan bagi apa yang anak minta.  Aduhai, kenapa jadi begitu, si anak seperti sedang protes atau sedang menggugut si ibu untuk segera memenuhi permintaannya.


Satu lagi situasi yang saya lihat.  Si anak juga berumur dalam 7 atau 8 tahun.   Si ibu telah tertumpahkan air dan mengenai baju gaun si anak. Si anak terus secara spontan berkata,

"Apa ni, adik nak makan pun tak senang lah. habis baju adik"   Si ibu cepat-cepat minta maaf pada si anak.  Hmmm, apa kata kalau situasi itu dibuat oleh anak dewasa kepada si ibu yang telah tua.  Di usia anak  yang masih muda, mungkin si ibu tidak rasa hati atau rasa apa- apa. Tetapi, jika berterusan bercakap begitu, bagaimanakah akhlak anak apabila dewasa kelak.  Si ibu itu tidak marah atau tidak menegur pun tingkah anak itu. Adakah si ibu sedang mendidik anak menjadi kurang ajar.  Benarlah, anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya.


Ada lagi situasi yang saya lihat bila si ibu sentiasa menangkan anaknya walaupun anak berbuat salah yang terang nyata.   Marahnya dan tegurannya sikit sangat tetapi memanjakan anak begitulah melimpah ruahnya. ( Jika ayat inilah yang boleh saya gunakan)


Baru semalam saya dengar di radio IKIM , mengatakan bahawa kajian dibuat terhadap anak-anak zaman it yang terdedah kepada gadget sejak awal usia lagi. Antaranya,  anak-anak ini tidak fokus ketika bercakap dengan ibu bapa  apatah lagi jika mereka sejak main game di telefon bimbit.  Kekadang anak bercakap dengan ibu bapa,  tetapi matanya asyik memandang skrin telefon bimbit.  Dan jangan terkejut bila ada ibu bapa yang memberikan anak-anak seawal umur 10 hingga 12 tahun  dengan telefon bimbit yang penuh dengan data internet.  Tidak terfikirkah apa yang anak-anak boleh search di alam maya?
Macam-macam yang saya fikirkan.. Menurut apa yang saya dengar dari pendapat bijak pandai, gadget sangat mendidik anak menjadi generasi yang tidak menghormati orang tua dan yang tidak pandai berkomunikasi dengan berkesan.

anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya. Corakkan ia dengan corak terindah dan terbaik.  Corakkan ia dengan ungkapan dan warna-warna akhlak yang mulia.
Anak-anak ibarat kain putih di mana yang mencorakkannya tentulah ibu dan bapanya. Justeru itu, bagaimanana acuan yang digunakan, begitulah corak yang bakal terhasil.


Wahai ibu, wahai bapa, penting sangat untuk didik anak-anak dengan akhlak,  adap dan perilaku yang baik apatah lagi bila berurusan dengan ibu bapa atau orang tua.  Siapa dan apa sikap anak bila dewasa kelak, kitalah jua para ibu bapa yang memulakannya.  Jom, bersama kita fikirkan.


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          






HUBUNGI SAYA DI 0167235080





No comments:

Post a Comment