Friday 13 October 2017

Masalah pemakanan kanak-kanak di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Pemasalahan besar berkaitan pemakanan di kalangan kanak-kanak menunjukkan  secara umumnya kanak-kanak sangat suka dan sangat menggemari makanan segera dan lebih teruk lagi apabila sesetengah ibu bapa tidak menghiraukan apa sahaja hidangan  pemakanan  anak mereka. Contoh makanan yang kanak-kanak gemari ialah makanan ringan, berlemak, manis dan minuman berkarbonat. Makanan tersebut ialah salah satu makanan yang tidak baik untuk diamalkan kerana boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.  Memandangkan pengambilan makanan tidak berkhasiat yang tinggi di kalangan kank-kanak menyebabkan kanak-kanak sering tidak mendapat keseimbangan nutrisi penting dalam pemakanan mereka.  Seringkali nutrisi tertentu yang diperlukan dalam tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak diambil dalam kuantiti yang tidak mencukupi.  Contohnya seperti pengambilan protin dari sumber makanan yang pelbagai.

Gaya hidup yang moden juga  merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kanak-kanak turut dihidangkan dengan makanan  yang lebih cepat dan mudah di sediakan . Samada di rumah maupun di TASKA, mereka yang menyediakan makanan kepada kanak-kanak sering mengambil mudah cara penyediaan pemakanan kepada kanak-kanak tanpa memikirkan sumber nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.  Dengan kata lain, kesimbangan nutrisi dalam setiap hidangan menu kanak-kanak sering tidak menepati dan mencukupi bagi keperluan tumbesaran kanak-kanak. Misalnya, kebanyakan kanak-kanak kurang gemar kepada sumber makanan yang mengandungi vitamin mineral seperti sayuran.  Begitu juga dalam pengambilan protin, kanak-kanak hanya suka kepada sumber protin tertentu tetapi tidak menyeluruh seperti suka makan ayam sahaja. 


Sumber protin seperti yang terdapat dalam ikan kurang digemari dan dipilih oleh kanak-kanak.  Ini mungkin disebabkan faktor kanak-kanak tidak diperkenalkan kepada sumber protin ikan sedari awal lagi.   Antara faktor lain kekurangan sumber protin dalam menu makan kanak-kanak ialah kerana harga ikan yang mahal.  Jika di TASKA tentunya pihak TASKA tidak mampu menyediakan pelbagai hidangan yang berasaskan ikan.  Apatah lagi, kanak-kanak yang hadir di TASKA memang kurang menggemari ikan.


Pihak TASKA sendiri lebih suka mengambil sumber protin dalam ayam dan menjadikan menu ayam sebagai protin utama di dalam jadual Menu di TASKA. Jika dirujuk kepada Jadual menu sediada di TASKA, kebanyakan jadual menu memasukkan sumber protin yang datangnya daripada ayam.  Jarang atau mungkin tiada terdapat langsung menu berasaskan ikan dalam jadual menu kanak-kanak di TASKA.  Selain dari itu,  turut mempengaruhi menu ini ialah berkaitan dengan tabiat kanak-kanak  yang memang tidak suka makan ikan.


Pemasalahan di atas perlulah di atasi . Justeru itu, menjadi tanggungjawab semua pihak berkaitan untuk bersama memikirkannya.  Samada ibu bapa, pengusaha atau pengasuh di TASKA perlu memastikan kanak-kanak sentiasa mendapat keseimbangan protin yang pelbagai dalam menu harian mereka.

Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          








RM 40     / RM 30



DAPATKAN PENGIKTIRAFAN PENGALAMAN ANDA MELALUI SKM







No comments:

Post a Comment