Wednesday 20 December 2017

Buku Log Harian Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian Google


Buku Log Harian kanak-Kanak adalah antara dokumen wajib yang perlu ada di TASKA.  Kebiasaannya Buku  Log Harian kanak-kanak ini disediakan oleh pihak TASKA dalam bentuk jilid buku untuk kegunaan catatan pihak TASKA dan juga ibu bapa.


Log Harian Kanak-kanak akan mencatatkan rutin harian kanak-kanak dari waktu dia sampai ke TASKA sehinggalah waktu balik. Antara catatan dalam buku log harian kanak-kanak ini ialah;


Di catatkan oleh ibu bapa
1. Kedatangan kanak-kanak
2. Keadaan kesihatan dan fizikal  kanak-kanak ketika tiba di TASKA
3. Barangan peribadi kanak-kanak yang di bawa ke TASKA
4. Sebarang komen@cadangan


Dicatatkan oleh pendidik di TASKA
1. Refleksi atau maklumbalas kanak-kanak terhadap aktiviti yang dijalankan di TASKA
2. Maklumbalas kepada rutin harian kanak-kanak di TASKA seperti persiapan diri, waktu makan dan juga waktu tidur
3. Tingkahlaku kanak-kanak
4. Catatan pemberian ubatan
4. Catatan sebarang kemalangan@kecederaan kecil
5. Catatan pendidik untuk maluman ibu bapa


Buku Log harian ini sepatutnya akan di simpan oleh ibu bapa dan di bawa ke TASKA setiap kali anak datang ke TASKA pada awal pagi.


Antara kesalahan@ ketidakpekaan dalam catatan buku log harian ini;

Ibu bapa
1. Tidak nampak kepentingan buku log dan jarang mengisi buku log
2. Mungkin juga tidak membaca catatan di dalam buku log tersebut.
3. Mengisi secara tidak lengkap
4. Tidak bawa buku lohg harian kanak-kanak ke TASKA


Pendidik TASKA
1. Tidak meluangkan masa untuk mengisi buku log harian kanak-kanak secara tepat lagi telus.
2. Tidak tahu cara yang betul mengisi buku log.
3. Tidak telus dalam catatan.

Misalnya di bahagian aktiviti kanak-kanak, bukan dicatat apa aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak tetapi pendidik perlu catatkan maklumbalas atau refleksi kanak-kanak terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

3. Ada TASKA yang tidak menyediakan buku log sama sekali.



Log Harian Kanak-kanak memang sangat penting dan sangat diperlukan oleh sesebuah TASKA yang dianggap professional.  Buku log harian kanak-kanak ini akhirnya akan dimiliki oleh kanak-kanak dan menjadi kenangan anak selama berada di sesebuah TASKA.
Oleh kerana buku log harian adalah kepunyaan kanak-kanak/ibu bapa, maka pihak TASKA sendiri perlu memastikan setiap catatan di dalam buku log harian kanak-kanak itu perlu ada salinan catatan yang dimasukkan ke dalam rekod TASKA.

Sehubungan itu, pihak TASKA perlu emwujudkan rekod-rekod berkaitan.


Saya teringat  buku log harian anak saya sendiri ketika dia mendapat khidmat didikan di salah sebuah Pusat Anak PERMATA NEGARA(PAPN).  berbeza dengan TASKA swasta, buku log harian kanak-kanak di PAPN perlu disediakan sendiri oleh ibu bapa mengikuti kreativiti masing-masing. Jadinya , wujudlah berbagai-bagaui fesyen atau jenais buku log harian. Paling best, ibu bapa pasti emnjadi tsangat teruja setiap kali membawa balik buka log harian anak ke rumah.

Satu idea yang sangat kreatif sebab ibu bapa juga boleh menghias buku log tersebut mengikut kretivitinya misalnya ibu bapa boleh sahaja melekatkan banyak gamabar anaknya di dalam buku log harian tersebut.
Secara tidak langsung boleh mengaitkan dengan penglibatan ibu bapa.

Mungkin, TASKA Swasta boleh fikir-fikirkan idea ini.


CONTOH



No comments:

Post a Comment