Sunday 7 January 2018

9 tahun, usia kematangan kebolehan membaca kanak-kanak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak telah merumuskan bahawa;
Dijangka apabila seorang kanak-kanak telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia 9 tahun, boleh membaca dengan lancar sekiranya di beri bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Sehubungan itu, saya juga ingin menulis pandangan saya.


Tidaklah perlu  terlalu awal dan tidak sabar-sabar  memaksa kanak-kanak dan  meletakkan target yang tinggi supaya anak boleh membaca apatah lagi seawal usia 3 tahun.
Jika benar anak telah boleh membaca seawal itu ( setelah ibu bapa berusaha ke arah itu),  saya rasa ada sesuatu yang telah menganggu emosinya sepanjang memperolehi kebolehan membaca awal yang tentunya bukanlah tahap kebolehan semulajadi bagi seorang  kanak-kanak seusia 3 dan 4 tahun.




Jika boleh juga membaca awal, perhatikan adakah mereka faham apa yang dibaca atau sebenarnya anak itu hanya menghafal kerana sememangnya di usia awal, kebolehan menghafal memang sangat tinggi.


Apapun, saya sangat bersetuju bahawa kanak-kanak usah dipaksa membaca  kerana mereka akan mendapat sintom stress tanpa ibu bapa menyedarinya.
Usah meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat anak boleh membaca dengan lancar sebelum usia 7 tahun.
Jika rasanya perlu anak awal usia diajar membaca, gunakanlah pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan sesuai dengan tahap kebolehan usianya.




Benar sekali, di tahap kematangan usia anak  pada 9 tahun itu, apabila dia sepenuhnya telah boleh membaca dengan lancar, dia bukan sekadar boleh baca tetapi faham akan apa yang di baca.
Akan tetapi, mungkinkah pada setengah ibu bapa merasakan agak terlambat jika usia 9 tahun baru boleh membaca lancar?


Hakikatnya, kerana persekitaran dan keadaan yang memaksa begitu.
Sedangkan zaman saya kecil dulu, bukan pada usia 3,4 5 atau 6 tahun saya boleh baca buku, tetapi tanpa disedari,  bila sahaja saya  masuk sekolah rendah , kebolehan membaca datang dengan sendirinya. Sedang sebelum itu, dunia awal kanak-kanak saya penuh dengan bermain.
Dan jangan kata, saya tidak menjadi insan berjaya kerana lambat lancar baca buku.


Apapun, sebagai pengamal pendidikan awal kanak-kanak, saya tetap dengan pendirian saya.
Anak perlu banyak bermain dari banyak belajar secara formal.
Pendidikan awal kanak-kanak ialah untuk  memahami dan menggalakkan potensi tahap perkembangan kanak-kanak mengikut usianya dan bukanlah sama sekali untuk membentuk pencapaian akademik yang tinggi.


Jangan jadikan anak-anak seperti robot. Anak-anak juga ada kemahuan, emosi  dan perasaan sebagai seorang kanak-kanak.


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak






No comments:

Post a Comment