Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Tidak semua manusia yang dilahirkan di dunia ini sempurna segala-galanya. Kekadang, kita lebih yang ini tetapi kurang yang itu. Kekadang kita hebat dalam sesuatu perkara namun kita lemah pula di sudut yang lain. Kita hanyalah manusia biasa, lalu bersyukurlah dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.
Bagaimana pula dengan mereka yang ditakdirkan mempunyai kekurangan samada dari segi keperluan fizikal, keperluan mental dan pelbagai masalah keperluan yang lain. Mereka adalah anak-anak yang dikategorikan sebagai anak-anak berkeperluan khas. Pernahkah kita cuba menyelami dunia mereka?
Terima kasih atas kesungguhan semua pelajar saya menjayakan projek lawatan kita ke PDK tadi. Sungguh di sebalik riuh rendah para pelajar mengendalikan aktiviti bersama anak-anak keperluan khas ini, ada sesuatu yang bermakna yang harus kita renungi serta insafi bersama.
Betapa.anak-anak keperluan khas ini perlukan sokongan, bimbingan , tunjukajar serta kasih sayang dan keprihatinan dari kita agar mereka boleh berdikari meneruskan kesinambungan kehidupan mereka sehingga dewasa kelak.
Dengan pelbagai masalah keperluan dan kerenah berbeza yang tentunya tidak sama.seperti kanak-kanak normal, besar sungguh peranan pendidik yang bertugas di PDK tersebut.
Dengan pelbagai masalah keperluan dan kerenah berbeza yang tentunya tidak sama.seperti kanak-kanak normal, besar sungguh peranan pendidik yang bertugas di PDK tersebut.
Nun di suatu sudut sana, kelihatan seorang remaja lelaki sedang duduk bersendirian.
Tidak disangka dia seorang anak yang didiagnos mempunyai multiple masalah keperluan dalam satu masa.
Tidak disangka dia seorang anak yang didiagnos mempunyai multiple masalah keperluan dalam satu masa.
Saya pandang gelagat anak ini, lalu saya cukuo tersentuh dengan anak ini.
Usianya 14 tahun namun ia seakan anak kecil berumur 3 tahun. Dia bukan sahaja tidak dikurniakan anak mata untuk melihat dunia ini bahkan dia juga lemah dari segi pergerakan fizikal dan mempunyai masalah pertuturan dan keperluan mental.
Memandang dia tersenyum dan sesekali tertawa dalam nada bahasanya sendiri seolah dia sedang berada di dalam dunianya sendiri. Dia benar-benar mengundang simpati mereka yang melihatnya. Acapkali dia tergelak seorang diri seolah-olah dia merasa bahagia dalam dunia gelapnya itu.
Aduhai anak, apalah nasib mu bila telah dewasa kelak. Siapakan yang akan setia bersama menjagamu nanti.
Satu pengajaran lain yang saya bawa hari ini iaitu ibu bapa sendiri perlu peka kepada setiap prestasi perkembangan dan kebolehan kanak -kanak.sedari awal usia lagi. Jika anak-anak menunjukkan sintom yang luar biasa berbanding anak normal, cepatlah bawa anak berjumpa pakar. Kekadang kita tidak perasan anak mungkin mempunyai masalah keperluan tertentu. InsyAllah mereka masih boleh dibimbing dan dibentuk dengan ilmu asas dalam kehidupan ini bagi meneruskan kehidupannya kelak.
Paling penting, ajar anak-anak ini kemahiran urus diri sendiri.
Paling penting, ajar anak-anak ini kemahiran urus diri sendiri.
Semoga anak-anak syurga ini sentiasa dalam rahmat Allah.
Celebral palsy
Autism
ADHD
Down sindrom
Masalah pembelajaran
Autism
ADHD
Down sindrom
Masalah pembelajaran
Catatanku,
Norazura
Norazura
SIAPA SAYA?
Nama : Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************
Produk EBOOK & perkhidmatan
yang saya tawarkan :
Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)
Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30
PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan
TASKA TADIKA
Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA
Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan
** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di TASKA **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA
RM 20
Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya
Terus hubungi saya 016 7235080 / 019 2115642
No comments:
Post a Comment