Wednesday 18 July 2018

Rasa Cinta Manusia

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraisamail@gmail.com

Assalamualaikum.
Pagi ini, sang penulis ingin menulis tentang rasa cinta.
Adakah anda sedang mencari cinta?

Manusia ini memang tidak pernah rasa puas kerana cinta samada mencintai atau ingin dicintai. Sebolehnya manusia ingin memiliki rasa cinta sepenuhnya.  Namun, mengapa selalu sahaja rasa cinta yang kita dambakan atau yang kita beri tidak memadai dan ada sahaja rintangannya.  Sememangnya memiliki rasa cinta adalah suatu pengorbanan perasaan yang sering diuji.
Ingat tak, semasa kita kecil dan sudah boleh memahami perasaan ingin disayangi dan dicintai oleh kedua ibu bapa kita. Namun, ingat tak, seringkali kita merunggut dan rasa tidak puas hati bila kita kena marah atau bila kita lihat ibu bapa kita seperti melebihkan adik beradik lain.  Mulalah kita sangka ibu bapa tidak sayangkan kita.  

Kita pun mula rasa sedih sendiri.
Ingat tak, bila kita mula menginjak usia remaja , perasaan ingin mencintai dan dicintai hadir dengan indahnya dalam jiwa muda kita.  Kata orang, zaman itu, cinta menjadi buta. Sanggup harungi apa sahaja kerana cinta.  Lalu, jadilah zaman itu, zaman cinta.monyet, cinta yang kekadang tiada hala tuju dalam kehidupan. Cinta yang mengusutkan hati dan fikiran. Sering juga, tanpa iman, cinta tersebut boleh jadi memusnahkan kehidupan kita. Sungguh, cinta zaman muda remaja tiada yang pernah rasa puasnya.

Sedetik ke depan, kita mula dianugerahkan rasa cinta suci sepasang insan bergelar suami isteri.  Sepenuhnya, kedua pasangan cuba memberi dan menerima cinta sebaiknya.  Namun, cinta yang halal ini tak kurang juga rintangan, pengorbanan dan ujian  yang harus dilalui bersama.  Ada saja rasa kurang sempurna antara kedua insan ini.  Ada juga cinta yang tidak pandai dihargainya oleh si dia. Sering kedua pihak sangat menginginkan cinta yang sejati antara keduanya. Ada kalanya, sukar meramal apa yang ada dalam.hati pasangan kita. Ada tikanya, cinta yang halal ini juga sering tidak dijaga dengan baik, malah ada juga yang selalu dikhianati.  
Cinta halal ini sepatutnya membawa ke syurga.

Lihat pula, cinta yang dinantikan oleh si ibu bapa dari anak-anak yang telah dewasa.  Bila telah tua, cinta dari anak sangatlah didambakan. Tetapi, andai terlalu mengharap ketulusan cinta dari anak-anak, takut kelak meruntun hati sendiri. Cinta dan.sayang anak-anak terhadap orang tuanya sangatlah sukar dijangka. Sejauh mana rasa ikhlas anak-anak ini, mereka sahaja yang mengetahui.

Lalu, aku sang penulis ini berfikir dan bermuhasabah  sejenak.
Dimanakah cinta yang benar-benar suci dan ikhlas?
Ah, cinta dunia memang begitu.  Kekadang penuh tipu daya. Cinta dunia sering di uji.  Cinta dunia sukar diramal dan ditelek keikhlasannya.

Lalu, perlahan-lahan aku sedar. Ku bukakan minda, akal dan hati ini seluasnya, memohon dan mengharap CINTA yang satu.
Cinta pada DIA , ALLAH tuhan semesta alam di mana DIA jugalah yang telah menzahirkan rasa cinta dalam hati setiap insan. DIA yang Maha mendengar rintihan rasa cinta kita.  Cinta DIA yang pasti setia abadi tak akan pudar selamanya. 
Lalu,  Jadilah hamba yang mencintai dan dicintai oleh DIA.  Itulah hakikat cinta maha agung cinta hakiki dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Realitinya, Cinta manusia akhirya akan pudar dan layu  jua jika tiada dibajai rasa cinta kerana ALLaH.

Alhamdullillah.

Catatan pandangan saya;
#Norazurachildcarepractitioner

No comments:

Post a Comment