Thursday, 22 November 2018

Tahniah anak- anak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Ucapkan  Alhamdullillah.
Setiap hari anak-anak ke sekolah mengendong beg yang berat, menyusuri sepanjang siang hari dengan pelbagai program pembelajaran.
Lalu, apabila keputusan sesuatu peperiksaan diumumkan.....
Ringankan lidah, ucapkan tahniah, berikan penghargaan.
Semua anak telah berjaya. Hakikatnya, tiada yang gagal kerana biar apa pun  yang tertera di atas sekeping kertas itu, mereka sebenarnya  ingin membuktikan sesuatu. Cuma, kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tidak nampak apa yang tersirat di sebalik satu-satu keputusan peperiksaan. Anak-anak telah cuba memaklumkan kita sesuatu.
Belajarlah menjadi ibu bapa yang peka.

Ucapkan tahniah kepada setiap anak yang menerima kertas tersebut. Tak kira walau apa pun keputusan yang mereka perolehi walau tiada A sekali pun , hargailah setiap anak sama rata sama adil.

Ketahuilah,  sekadar yang tertera di atas sekeping kertas  hanyalah gambaran pencapaian akademik sahaja. Ia bukan sama sekali ukuran kejayaan menyeluruh anak-anak. Hakikatnya setiap anak adalah berbeza.
Setiap anak adalah individu unik  yang berjaya dari pelbagai perspektif yang berbeza. Setiap anak adalah hebat dan kehebatan itu ada di dalam diri mereka sendiri. 

Sekiranya memang disedari anak-anak tidak mampu cemerlang dalam akademik, cubalah intai-intai sesuatu yang unik yang hanya tunggu masa untuk digilap dengan sokongan dan galakan dari ibu bapa. Sedarilah.
Oleh itu, sekali lagi, ucapkan tahniah dan hargai setiap anak.

Pengalaman lalu menunjukkan  keputusan peperiksaan bukanlah bukti utama kecemerlangan anak di masa akan datang.
Anak yang bakal berjaya ialah anak  yang kreatif, tekun, berdikari dan rajin berusaha serta memiliki suatu potensi yang perlu digilap sedari kecil lagi.
Ubahlah minda dan persepsi kita.  InsyAllah, doa kan yang terbaik untuk mereka.

No comments:

Post a Comment