Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Dihalau keluar rumah?
Suatu hari anak remaja itu baru bangun dari tidur. Dia terpinga-pinga menggosok-gosok kedua belah mata sambil berjalan keluar dari biliknya.
Lalu tetiba dia disapa oleh bapanya.
"Kau dah solat asar?
Dia diam..
Kau dah solat ker.?"
Dia diam..
Kau dah solat ker.?"
Dia diam termanggu lagi..
Entah mengapa, petang itu.. mood si bapa kurang baik lalu dia tanya lagi soalan yang sama.
Anak remaja itu diam terkebil mata.
"Ehh.. kenapa tanya tak jawab ni!
Kerr.. bapak dah tak boleh nak tanya lagi kau dah solat ker belum..."
Kerr.. bapak dah tak boleh nak tanya lagi kau dah solat ker belum..."
Entah.. Tetiba spontan si anak menggelengkan kepala dan terlantun dari bibirnya perkataan 'tak'
Ooo.. Tak boleh tanyalah lagi selepas ni...? dengus si bapa.
Hmm.... apalagi, lalu anginlah satu badan si bapa.
Seakan membara marahnya.
Tanpa beri lagi peluang anak berkata-kata..
"Ooo, Jadi.., memang bapak tak boleh tanya lah yer lepas ni ', diulang lagi pertanyaan itu.
" Kau dah besar sangat ker..
Hmmm... kalau kau rasa dah besar, sampai bapak pun tak boleh lagi nak tegur..,
Hah... Pi ambik kain baju kau semua, keluar dari rumah ini... pi cari rumah lain.'
" Pasni bapak tak payah tegur-tegur lagi."
Aduhaiii... dah macam cerita dramalah pulak.
Aduhaii.. orang lelaki, kaum bapa ni, kekadang marah sampai terover lah pulak.
Lupa kut.. anak itu kian meningkat usia remajanya.
Anak remaja itu terkedu terkebil mendengar kata-kata bapanya. Namun.., sepatah haram pun dia tidak menjawab kejengilan si bapa.
Sebenarnya, dia dalam keaadan macam mamai.. tulahh....tidur di hujung-hujung waktu asar.
Sedang si bapa, teguran bercampur sedikit marah asalnya sebab solat asar yang kian menipis waktunya.
Si ibu yang kebetulan melihat situasi anak dan bapa itu ada rasa sedikit khuatir.
Ehh.. Sat lagi..., betul-betul pulak anak remaja itu lari dari rumah.
Sedap jer mulut si bapa menghalau anak yang kian remaja itu.
Aduh., bimbanglah pula..
Ehh.. Sat lagi..., betul-betul pulak anak remaja itu lari dari rumah.
Sedap jer mulut si bapa menghalau anak yang kian remaja itu.
Aduh., bimbanglah pula..
Akan tetapi.. tidak begitu rupanya.
Si anak sangat tahu perangai bapanya.
Walau dah besar pun, kalau buat salah.., memang bapanya akan marah terutama bab solat dan adap.
Si anak sangat tahu perangai bapanya.
Walau dah besar pun, kalau buat salah.., memang bapanya akan marah terutama bab solat dan adap.
Dia tahu dia salah. Bahkan memang dari kecil kalau kena marah, anak tidak akan melawan. Dia akur sahaja dimarahi walau kekadang dia patutnya tak salah pun. Dia tidak akan menjawab sebab dia tahu marah si bapa kerana sayang dan prihatin..
Sebentar kemudian, sebaik sahaja anak selesai solat asar...., terlihat anak dan bapa itu berbual mesra seperti biasa seperti tiada apa-apa berlaku tadi.
Alhamdullillah... si ibu menarik nafas lega.
Marah kerana sayang...
Sayang pula kerana Allah...
Sayang pula kerana Allah...
Inilah secebis kisah anak remaja, anak saya dan bapanya yang tegas tapi penyayang dan mesra alam dengan anak-anaknya.
Aduhaii...
Si anak remaja itu kian dewasa kini..
Si anak remaja itu kian dewasa kini..
Alhamdullillah.
Catatan;
#Norazura
#Norazura
Trainer Pendidikan Awal kanak-kanak
No comments:
Post a Comment