Tuesday 26 March 2019

KESELAMATAN KANAK-KANAK TASKA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Anak-anak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah  harapan dan cita-cita negara di masa akan depan. Bakal kepada corak kepimpinan dan lakaran kejayaan negara di masa depan boleh dilihat melalui generasi kanak-kanak masakini.  Malangnya telah sering didengari dan dilaporkan kini, kanak-kanak kerap terdedah kepada pelbagai bahaya kerana kecuaian penjaga, menjadi mangsa penganiayaan dan turut diabaikan oleh ibu bapa sendiri. Hal ini juga turut dilihat berlaku di premis TASKA dimana kanak-kanak sepatutnya diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang dalam aspek persekitaran yang kondusif. Akta berkaitan kanak-kanak iaitu  Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 adalah suatu akta yang menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan berkenaan dengannya.  Dengan kata lain, akta ini diwujudkan bagi memberi perlindungan dan menjaga keselamatan kanak-kanak. Berdasarkan akta  tersebut juga menunjukkan mereka yang mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak perlu memastikan kanak-kanak selamat dari pelbagai aspek seperti kecuaian, penderaan dan juga pengabaian. keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama semua yang berada di persekitaran kanak-kanak diasuh atau dijaga. 


Kecuaian boleh berlaku samada di TASKA maupun di rumah apabila persekitaran yang disediakan untuk kanak-kanak tidak kondusif dari pelbagai aspek.  Maksudnya tempat di mana kanak-kanak bermain dan diasuh tidak selesa, tidak sesuai dan tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk kanak-kanak. Akibat kecuaian tersebut, kemalangan yang  mengakibatkan kecederaan boleh  berlaku terhadap kanak-kanak.   Selain dari itu, penderaan juga   boleh berlaku samada disedari atau tanpa disedari.  Penderaan yang berlaku dari rumah mungkin disebabkan pelbagai masalah yang wujud dalam keluarga kanak-kanak tersebut. 


Manakala penderaan turut berlaku secara fizikal maupun emosi di TASKA akibat kekurangan kesedaran di kalangan personel dalam TASKA. Hakikatnya,  penderaan berbentuk emosilah yang didapati banyak berlaku di TASKA tanpa disedari. Dari aspek pengabaian pula, jika dikaitkan di TASKA, berlaku apabila pihak TASKA tidak menyediakan keperluan yang mencukupi serta sesuai kepada semua kanak-kanak yang  mendapat perkhidmatan di TASKA.  Pemeriksaan fizikal yang dijalankan setiap hari di TASKA boleh mengesan sebarang kecederaan, kesan penderaan atau unsur pengabaian pada diri kanak-kanak yang mungkin dibawa dari rumah ibu bapa @ penjaga. 


Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawan bersama, kita semua yang diamanahkan menjaga kanak-kanak.  Isu keselamatan kanak-kanak bukan hanya dirujuk kepada aspek persekitaran bahkan juga kepada aspek penderaan dan pengabaian yang berlaku secara tidak disedari pada diri kanak-kanak. Jika di TASKA, didapati, dari aspek keselamatan persekitaran, masih terdapat kurang kesedaran dan kepekaan dikalangan pengasuh TASKA dalam memastikan langkah keselamatan diaplikasi sepenuhnya setiap masa.  Pengasuh yang leka dan cuai menyebabkan berlakunya kemalangan kecil yang boleh dielakkan jika pengasuh lebih berhati-hati.  

Umum mengetahui isu semasa di mana didapati pelbagai kemalangan berlaku di TASKA akibat kecuaian pengendali di TASKA.Wujudnya kemalangan kerana kecuaian pengasuh dalam memastikan semua langkah keselamatan di TASKA dipatuhi dan diikuti sewajarnya.


 Antara faktor  lain yang boleh menyebabkan berlakunya kecuaian adalah kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian aspek keselamatan di TASKA.  Didapati pengasuh  TASKA tidak mengaplikasi secara bersungguh peraturan yang ditetapkan dalam usaha mengelakkan kemalangan di TASKA.  Sesetengah pengasuh mempunyai pengetahuan berkaitan langkah kecemasan seperti rawatan kecemasan tetapi masih terlalu rendah kemahiran mengendalikannya.  Begitu juga dari aspek keselamatan lain seperti latihan kebakaran, keselamatan ruang tertentu dan keselamatan penggunaan bahan dalam sesuatu aktiviti.  Ada pengasuh sering bersikap acuh tidak acuh terhadap keperluan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak setiap kali kanak-kanak datang ke TASKA.  Ini bagi memastikan atau mengesan langkah awal jika terdapat kecederaan atau sebarang unsur pengabaian dan juga penderaan terhadap diri kanak-kanak.   

Di TASKA sendiri ada masanya wujud pengabaian dari segi memastikan keperluan asas kanak-kanak dipenuhi samada dipenuhi oleh ibu bapa maupun pihak TASKA.  Keperluan asas kanak-kanak seperti makanan yang berkhasiat dan keperluan diri kanak-kanak perlu dipastikan mencukupi dan memenuhi keperluan kanak-kanak. Penderaan secara tidak langsung juga boleh dikatakan berlaku jika tidak wujud sikap dan nilai yang positif dalam diri pengasuh ketika mengendalikan kanak-kanak.


 Keselamatan kanak-kanak sememangnya tanggungjawab bersama. Kanak-kanak akan sentiasa berada di dalam persekitaran yang selamat sekiranya wujud kerjasama diantara pengasuh TASKA dan juga ibu bapa.  Namun di dapati kerana kesibukan mengejar masa, ada kalanya ibu bapa cuai dengan keperluan kanak-kanak. Pihak TASKA sukar mencari ruang bagi berbincang dengan ibu bapa dalam bersama memastikan semua aspek keselamatan kanak-kanak dipenuhi.



 Kesimpulannya, Keselamatan kanak-kanak samada dari aspek penyediaan persekitaran kondusif, jaminan keselamatan dari unsur penderaan dan pengabaian adalah tanggungjawab semua pihak dari ibu bapa, TASKA, komuniti dan juga negara. Anak-anak perlu dipastikan sihat dan selamat dalam persekitaran yang sihat serta kondusif.  Justeru itu setiap pihak dinyatakan perlu mempunyai kesedaran berkaitan dan perlu melaksanakan peranan masing-masing dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.

Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema.


HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA



** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 


Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

No comments:

Post a Comment