Wednesday, 4 September 2019

JANGAN RISAU, ANAK BELUM BOLEH BACA MASUK TAHUN 1.

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraizmail@gmail.com



MAAF...!
Saya kurang suka kalau ada orang cakap, anak nak masuk tahun 1 WAJIB mesti boleh membaca.
Pernyataan  ini boleh disalah erti oleh mereka yang tidak memahami akar umbi pendidikan awal kanak-kanak.
Saya lebih suka orang cakap begini;  kalau boleh baca di Tahun satu sangatlah bagus, tapi kalau belum dapat baca,
its ok...
Bagi anak peluang...
Dia belum cepat nak tunjukkan lagi skill membacanya.
Pelan-pelan..., sabar.., boleh tak? wahai orang dewasa....
Kenapa awal sangat nak menilai prestasi anak, pastu stress sorang-sorang.
Anak tu ok jerr... 
Kenapa nak takut-takutkan parents...!
Silibus makin susah...!
Persaingan makin hebat...!
Kalau anak tuan puan tidak pandai membaca seawal Tahun 1 tu, pasti dia akan ketinggalan....
Siapa yang ketinggalan?
Kita dan sistem pendidikan. kita yang sebenarnya ketinggalan jauh.
Sistem exam..
Sistem homework..
Sistem memaksa...
Sedangkan...
Negara-negara maju di luar sana, tak menekan pun pendidikan akademik di awal usia hatta di sekolah rendah.  Sistem pembelajaran dan minda 'parents' nya santai dan bersahaja,
More to focus on self serve skillz and what good to do, what no need to do.
Sebab tu lah kekadang mereka lebih beradap dan lebih pandai berdikari jauh beza daripada kita di sini.
Allahu.....
Anak wajib dipastikan boleh baca seawal usia!
Ini antara persepsi yang saya sukar terima.
Kajian mana yang sebut begitu?
Maka... dek kerana orang-orang dalam industri pendidikan awal juga yang berkata@promo begitu, huru haralah jiwa dan emosi parents..
Kelam kelibut tak bertempat.
Mana nak pastikan anak boleh baca?
Mana nak pastikan anak lebih hebat, power membacanya berbanding anak orang lain.
Macamana nanti nak jawab,
Anak awak dah boleh baca ker?
Malu....
Tenggelam dalam persaingan emosi sendiri diganggu-gugat oleh persepsi  persekitaran yang negatif.
Pastu...,salurkan stress bersama ke anak-anak pula.
Yang tidak boleh baca tu anak, kenapa parents pulak yang stress terlebih dahulu.
Salah siapa hingga berleluasa pernyataan begini?
Sebetulnya bolehlah juga kata begini...
Disebabkan cabaran dalam pembelajaran masa kini, sebaiknya anak boleh membaca ketika masuk Tahun 1.
Kalau tak boleh juga, anggaplah umur kematangan anak itu belum bersedia.
Sebaliknya, mungkin parents atau mana-mana institusi pendidikan awal boleh bantu anak baca dengan sediakan kepelbagaian kaedah yang menarik serta kreatif ke arah itu.
Yang sesuai dengan jiwa seorang kanak-kanak.!
Bukan dengan paksaan, bukan dengan latih tubi, bukan dengan marah-marah.
No need to struggle for this!
Lets it be naturally.....
Sambil kita beri sokongan secara santai dan betul kaedahnya setara dengan jiwa anak kecil itu.
Beritahu dan yakinkan parents sekiranya anak tuan puan masih juga tidak boleh baca seawal 7 atau 8 tahun itu, janganlah risau.
Cuba tengok anak yang belum mampu tonjolkan  penguasaan awal dalam membaca tu..
Adakah dia seorang anak yang yakin, berani, pandai bercerita dan mempunyai self esteem yang tinggi? Kalau begitu dia budak bijak!
Adakah anak yang belum boleh baca itu, seorang anak yang pandai berdikari dan boleh urus diri sendiri dengan rutin harian yang mudah, dengan kata lain tak mengada-ngada?
Tentu dia anak yang cerdas akalnya!
Adakah anak yang belum boleh baca itu, seorang yang aktif bermain, pandai pula  bergaul dengan kawan-kawannya?
Dia anak yang cergas fizikalnya!
Adakah anak yang belum boleh baca itu, anak yang tekun dalam sesuatu aktiviti atau permainan, suka sangat memanupulatif barangan, suka lori-lori mainan besar, suka berkhayal dengan dinasour...
Ya Allah anak ini sungguh kuat fikirannya dan pintar akalnya!
Jika begitulah anak ini,  hakikatnya dia anak yang hebat dari pelbagai aspek perkembangan semulajadi seorang anak.
Cumanya... dia lambat jer nak keluarkan potensi boleh membaca itu, saya rasa tidak usah risau.
Normal jer bagi perkembangan seorang anak bahkan sebenarnya anak itu sedang  memgumpul tahun- tahun perkembangan asasnya  yang lebih lama supaya dia boleh puas  meneroka dunia keseronokan awal usia sehingga dia lambat pula menyerlah dalam aspek  membaca.
Aduhaii...
Jika begitu
Ok jer anak ini...
Tolonglah beri dia masa secara semulajadi.
Again...
Jangan stress, usah risau..!
Jangan bagi anak pula yang turut  stress dengan expectation parents yang tinggi kekadang melampau.
Insan-insan dalam. Pendidikan awal kanak-kanak pun.., mohon lah jangan buat promo yang menakutkan parents.
Its not just about your bussiness!!
Tapi lebih kepada nilai nurani jiwa seorang kanak-kanak, potensi apakah yang mereka patut serlahkan lebih awal.
Apa kata kita beri penekanan lebih kepada setiap aspek perkembangan dan potensi anak terlebih dulu.
Yang ini yang kita patut  explain dan takutkan pada parents.
Pastikan perkembangan menyeluruh anak dari aspek fizikal, bahasa, sosioemosi dan kognitif  telah dikuasai oleh anak dengan baik,
then.....
Barulah kita mulakan dengan program membaca dan menulis secara total.
Dan... Dan...
Nak ajar juga anak membaca awal?
Tolong pastikan guna pendekatan main sebab ini jer yang kanak-kanak  tahu dan kuasai.
Dan.. jangan....
Jangan sekali memaksa dan marahi anak yang tetap jua belum boleh baca.
Ehh.. Kalau lambat boleh baca, tak semestinya anak itu tak pandailah.....
Jangan melabel anak..
Hakikatnya juga..
Pandai itu pun luaslah perspektifnya, tidaklah hanya semestinya pandai dari aspek akademik sahaja.
Cer teropong - teropong antara insan berjaya masakini, siapakah orangnya?
Pilihan di tangan kita.
Pilih yang betul dari hatimu..
InsyAllah, setiap sesuatu itu tetap dari Allah.



Catatan,
#Norazura
Trainer dan fasilitator
ECCE

No comments:

Post a Comment