Wednesday 11 September 2019

Sikap pekerja TASKA masakini

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Dah lama tak berbicara tentang 'attitute staff' masakini di tempat kerja.

Entahlah......


Di mana-mana pun sama terutama yang muda-muda ni. Yakni yang fresh dan masih muda dalam melangkah ke alam pekerjaan. Mungkin mereka tidak pernah melalui cabaran merasa susah.


Baru-baru ini, ada dikisahkan tentang seorang adik yang baru tamat pengajian ijazahnya, kerja di TASKA, sehari dua jer datang kerja. Selepas itu terus senyap tak datang kerja lagi dah. Alasannya stress sebab asyik nak basuh punggung budak jer.
😜.


Aduhaii.....yang ada atitute gini, tolong jangan duduk dalam industri pendidikan awal kanak-kanak yer.
Hmmm, dia tak cakna kut, ramai jer pengusaha -pengusaha TASKA otai yang berjaya tu, semuanya bermula dari bawah, hingga kini kekadang kelam kabut kena juga turun tangan jaga baby apabila tetiba staff buat hal tak datang kerja.


Ada juga kenalan maklumkan ramai majikan pening dengan staff-staff muda yang fresh bekerja ni lebih-lebih lagi yang fresh graduate. Mereka selalu rasa mereka cukup bijak dan ada kemahiran yang perlu justeru kekadang kena tegur sikit pun dah naik angin. Walhal hasil kerjanya pun tak seberapa.
Tanpa pengalaman sekadar berbekal ilmu pengetahuan sahaja sepatutnya mereka sedia bersungguh untuk belajar membina kemahiran dalam dunia pekerjaan yang sebenar.


Ni tak....! kerjanya lemau, pantang kena tegur dah melenting.
Siap menggugut majikan..
Camner...??


Ada juga kisah lain, staff yang dah bekerja beberapa tahun, tapi masih takat itu juga tahapnya. Kurang kesungguhan, yang dia tahu hujung bulan mesti dapat gaji. Bila diberi tugasan siapkan dokumen, asal boleh jer dia siapkan. Banyak sangat elemen tidak peka, kurang prihatin, kurang fokus dan cincai-cincai.
Banyak alasan, yang penting siap.!


Asal tanya jer..,
"Dah siap puan."
"Beres puan.."
"Faham puan."


Namun, bila mak tiri dah start menyemak, beberapa kali jugalah terkeluar dari mulut ni, 
Ya Allah...!
Apa ni...?
Poning....!
What is this??!!
Ehh.. dorang ni faham ker tak faham....??
Gini ker dokumen hasil kerja yang terbaik?!!!


Maka, berpinar lah jap otak bersama sedikit rasa sesalan di hati. Teringat perkongsian dari big boss sebelum ini, katanya.


"Sebelum kita mudahkan kerja orang lain, mudahkan dulu kerja-kerja kita sendiri."
Terkesima jap, sebab memang itulah antata rutin saya di peringkat pengurusan ni.
Asyik nak siapkan kerja staff lain yang melalut sana sini tu.


Allah......
Sedih sebenarnya....
Bilalah anak bangsa kita nak berubah?


****Pekerja yang terbaik sentiasa berusaha untuk berikan hasil yang terhebat dan boleh bekerja dalam pengawalan yang minima kerana dia tahu kerjanya itu suatu ibadat.


Catatan,

Nor Azura
Trainer dan Fasilitator Kemahiran

No comments:

Post a Comment