Wednesday, 11 September 2019

Untung beranak ramai!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Untung beranak ramai!

Berderet-deret anaknya... macam susun paku. Mesti tak jauh beza umur setiap anak, ehh.., tak merancangkah?


Hissshh, yang melihat pun rasa rimas. Sana nangis, sini mengada-ngada, yang sorang lain tak boleh duduk diam, sorang lagi menyakat adiknya jer..., mananya ada ketenteraman.
Hah.... tulah!, beranak ramai-ramai lagi.


Amboii, sedap jer mulut mengata depan - depan orang yang beranak ramai
ni yer. He...he.., saya dah rasa begitu, dah lali dengar kata-kata begitu dulu.


Ketika itu, anak saya berderet-deret kecil, masa tu lah saya baru nak menapak dalam industri TADIKA.
Tapi, ada orang tengok saya tak profesional, sebab pergi mana-mana untuk urusan TADIKA, mesti terkondang kanding bawak anak. Masa tu pulak, ilmu tak banyak lagi, nak komen atau nak bela diri sendiri pun tak reti.

Orang@parents dok fikir, TADIKA mesti profesional sebab ia tempat nak lahirkan anak-anak yang genius membaca.  Kalau pengusaha nya dok berulit dengan anak-anaknya sendiri, camner nak fokus tumpu perhatian nak pandaikan anak orang lain pulak. 


Aduhh... bila dikenang dulu,  ramailah yang mengata saya kerana kerenah anak yang ramai itu😁
Maka...pernahlah saya tenggelam dalam persepsi yang salah itu.
Itu dulu, sekarang, insyAllah saya mampu membidas segala pandangan yang terpesong tentang pendidikan awal kanak-kanak.


Tentang anak ramai?

This is our choice...!

Jangan pertikaikan pilihan masing-masing.  Tentang anak ramai ni juga.., hakikatnya hanya yang beranak ramai jer yang tahu. Memang penat jaga anak ramai, tapi dalam hati sukar nak diungkapkan perasaan ini tatkala dikelilingi oleh anak-anak comel yang berderet itu. Wajah-wajah syurga darah daging sendiri ketika itu, merekalah sumber pengerak kejayaan saya seterusnya.


Kini,  semuanya sudah dewasa.  Kelibat mereka sering mendamaikan tatkala bersama kami yang tentunya juga semakin digamit usia ini.

Rumah pun kian sunyi,  Tulah yang tinggal si berdua ini bersama kakaknya. Pun....Kekadang masih mampu menggegarkan seisi rumah.


Anak ramai ker, sorang dua ker hatta tiada anak pun,  bersyukurlah atas apa yang Allah tentukan.
Pasti ada hikmahnya.

Untung beranak ramai!
8 orang pinjaman dari Allah jua.


Catatan,
Norazura
Trainer dan fasilitator

No comments:

Post a Comment