Wednesday 4 December 2019

Tak der TV di rumah, ok jer..

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Dulu masa di sekolah, cikgu suka suruh murid tulis karangan tajuknya,

Kebaikan dan keburukan televisyen.

Kann...

Kita pun.. mencurah-curah lah idea tulis karangan tu berdasarkan pengalaman ada tv di rumah. 

Zaman sekarang, banyak lagi perkara baru yang lebih hebat dari tv ni.

Apapun, televisyen atau TV masih merupakan suatu keutamaan  di setiap rumah. Kalau tak der tv mesti tak sempurna, tak umpp suasana di sesebuah rumah tu.

He.. He..
Tak dapatlah kut nak tonton drama bersiri atau macam-macam program realiti di tv tu.

Betul ker?

Lain orang lain minat dan lain pandanganya.

Saya pula kurang suka tengok drama-drama di TV apatah lagi program-program realiti hiburan itu. Sangatlah jauh dari minat kesukaan saya.

Kalau dapat tengok tv pun, saya sekadar suka tonton English movie jer, itupun bila ada masa kelapangan sahaja.

Bila difikir-fikir, memang saya tak der keluangan masa pun nak menghadap tv. 

Makanya saya tak kisah tidak ada tv di rumah. Nampaknya seisi rumah saya pun begitu juga.
Baik si bapaknya maupun semua anak-anak, belum ada lagi  yang meroyan bila  tidak ada tv  di rumah ni 😁

Tahu... tahu.. sebenarnya, 
dah hampir setahun tidak ada siaran televisyen di rumah kami. TV nya ada cuma sejak mtv tu buat hal dan tiada dapat siaran, malas nak fikir...
Jadinya semua tak perlu tengok TV.

Impaknya?

Paling bagus, time maghrib tidak akan ada seorang pun  yang termanggu melekat kat depan tv tu berbanding jika ada TV.

Dan part satu lagi yang bagus, tak der siapa pun di rumah ini yang terpedaya dan gian melekat tunggu macam-macam siaran drama bersiri.

He.. He, itulah kelebihannya yang nampak terserlah di sebalik tiada siaran TV ni. 

Keburukan tidak ada tv pula...
Tidak ada sama sekali.

Sebab.., kut nak kata untuk dapat info perkembangan dunia semasa, ada jer..., mudah dapat di mana-mana saluran lain. 😁

Bila keluarga kami tengok TV.? 

Ada ler sesekali, bila si anak bujang  balik bercuti, dia akan link you tube english movie ke TV.

Tu pun sebab dia tahu ibu dan bapaknya sesekali meroyan juga nak tengok movie.

Tengok wayang?
Hmm... macam jarang pula menjadi habit sekeluarga.

Kesimpulannya, menonton televisyen ini tidaklah salah selagimana ia boleh dikawal apatah jika  kita ramai anak yang sedang membesar di rumah.

Kita yang dewasa ni pun..., kena kawal diri juga😉😁

Untuk saya, tak der TV, ok jer pun.
But...
Sesekali teringin juga nak tengok TV ni. 😁



Catatan,
Nor Azura Ismail
Jurulatih dan Fasilitator
Pendidikan Awal kanak-Kanak


Nak jemput saya untuk apa sahaja berkaitan modul TASKA @ pendidikan awal kanak-kanak? Sila hubungi saya yer!

Atau...
Nak kan RPA / SOP TASKA!

JOM dapatkan dari saya !







Jom, nak dapatkan koleksi aktiviti RPA dan SOP di TASKA, sila hubungi saya.


Perlukah RPA - Rancangan Pelaksanaan Aktiviti ini?
Ya, sangat perlu bagi anda jika anda merupakan seorang pendidik di TASKA. Dengan mempunyai RPA yang terancang, aktiviti bersama kanak-kanak tentunya dalam dilaksanakan dengan teratur lagi mudah, sebab semuanya telah dirancang dengan baik. kan..


Norazura
0167235080 / 0192115642



No comments:

Post a Comment