Monday 11 May 2020

ETIKA PENGASUH TASKA

h : Nor Azura Ismail
pnnorazuraisamail@gmail.com




ETIKA PENGASUH TASKA
-   Etika merupakan peraturan dan panduan yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak TASKA.
-       Ia merupakan suatu garis panduan yang memberi penekanan kepada pekerja terhadap aspek menyeluruh tugas dan tanggungjawab seharian di TASKA.
-     Penetapan etika di TASKA dapat memastikan seorang pekerja memelihara nilai moral, imej dan keperinadiaan dirinya sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak.

Merujuk kepada panduan dalam kurikulum PERMATA NEGARA, berikut adalah etika pendidik/pengasuh di TASKA:
-         Menjalankan tugas dengan amanah dan penuh iltizam
-         Menggalakkan perhubungan yang sihat di TASKA
-    Proaktif dan bermotivasi tinggi bagi kemajuan diri untuk meningkatkan   pengetahuan dan profesionalisma dalam bidang pendidikan awal aknak-kanak.
-        Menyokong segala dasar , standard dan amalan di TASKA.
-        Bekerjasama dengan semua pihak semasa menjalankan tugasan.
-        Memberi maklumat yang tepat kepada ibu bapa dan pihak pengurusan.
-        Peka kepada setiap dasar berkaitan kanak-kanak dan ibu bapa

Mengikut Akta Taman Asuhan kanak-Kanak 1984 (pindaan 2007) dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan kanak-Kanak 2012 Bahagian VI perkara 15 (1) (a-i) menyatakan bahawa :
15 (1) Seorang pengasuh kanak-kanak berdaftar hendaklah mempunya kewajipan berikut :
a)    Untuk menjaga kanak-kanak mengikut tugas yang diberikan oleh pengusaha, pengurus atau penyelia;
b)   Untuk memberi makan kepada kanak-kanak mengikut skala diet yang dinyatakan dalam Jadual keempat dan kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam Jadual kelima;
c)    Untuk menjalankan aktiviti dalam dan luar bagi taman asuhan kanak-kanak sebagaimana yang dirancang oleh penyelia;
d)    Untuk memastikan bahawa keselamatan kanak-kanak sentiasa dilindungi semasa menjalankan aktiviti;
e)    Untuk memaklumkan pengusaha, pengurus @ penyelia denga segera mengikut mana-mana yang berkenaan atau penjaga kanak-kanak jika kanak-kanak itu memerlukan rawatan perubatan
f)     Untuk memaklumkan pengusaha, pengurus @ penyelia dengan segera mengikut man-mana yang berkenaan atau jika pengusaha, pengurus @ penyelia tiada untuk merujuk kanak-kanak dengan segera jika pengasuh kanak-kanak itu mempercayai bahawa terdapat wabak atau penyakit berjangkit yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak itu;
g)    Untuk menyediakan laporan mengenai perkembangan kanak-kanak bagi tiap-tiap tiga bulan kepada penyelia dan memberikan sesalinan laporan itu kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut;
h)   Untuk mendapatkan suntikan pelalian yang berkaitan sebagaimana yang disyorkan oleh Jabatan kesihatan;
i)     Untuk menjalani pemeriksaan perubatan dalam amsa satu bulan selepas bekerja atau dilantik sebagai pengasuh/pendidik berdaftar di taman asuhan kanak-kanak tersebut.


** Masukkan semua syarat, peranan, tugas dan tanggungjawab pengasuh/penyelia di dalam dokumen surat lantikan mereka.


Anda boleh hubungi saya:



Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
https://www.facebook.com/nor.azura.39794

*******************************************


Produk EBOOK, Buku & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy@ Words softcopy)


1. Ebook 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak





2. Ebook Panduan Perniagaan TASKA





3. Ebook Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA)

RM60


Koleksi Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang wajb disediakan oleh semua pengasuh@pendidik di TASKA.  TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai pelbagai  tema sebagai asas bagi pelaksanaan aktiviti kanak-kanak di TASKA.



4. PERKHIDMATAN 

 i. Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA 
ii. Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan TASKA TADIKA


5. Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA


6. Bimbingan Persijilan Kemahiran Malaysia

Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 



** Gambar : Hanya sebagai contoh sahaja


7. EBOOK Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA 

Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian ( sebelum, semasa, selepas) kanak-kanak di TASKA

RM 20


8. BUKU ASIHAN KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK



DAN

Anda boleh terus tempah EBOOK, BUKU dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com


No comments:

Post a Comment