Thursday 17 December 2020

RPA TEMA PEMAKANAN

 

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 2

'PEMAKANAN"

Nama Pendidik

 

Minggu :

 

Hari / Tarikh :

 

Masa :

 

Umur Kanak-Kanak /

Bil :

2/3 Tahun / 5 orang

Bidang Perkembangan/

Pembelajaran :

 

Perkembangan  Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (PBKLA))

Pengetahuan Sedia Ada :

Kanak-Kanak sudah boleh faham dan sebut bahawa sayur elok untuk dimakan. (PBKLA)

Objektif

1.     Kanak-kanak boleh bercerita tentang kebaikan makan sayur bayam iaitu baik untuk dapatkan mata yang sihat. (PBKLA)

2.     Kanak-kanak boleh  bekerjasama membuat aktiviti dalam kumpulan (PSSKR)

3.     Kanak-kanak meleraikan daun dan batang sayur bayam (PF)

Tema :

PEMAKANAN

Tajuk :

Sedapnya  sayur bayam in!

Tempat  / ruang aktiviti

Ruang aktiviti  TASKA                                                                                      

Bahan :

 

1.     Satu ikat sayur bayam – bayam hijau atau bayam merah

2.     Besen @ Tapis

3.     Lukisan gambar mata besar yang cantik ( lukis atas kertas lukisan @ A4 )

4.     Kertas A 4 kosong

5.     Pen Marker - hitam                                                                                                            

 

Langkah-langkah Pelaksanaan

1.     Minta kanak-kanak ke ruang aktiviti dan ucapkan salam pengenalan kepada kanak-kanak

2.     Kanak-kanak diminta cuci tangan terlebih dahulu dan dibahagi dalam 2 kumpulan kecil.

3.     Aktiviti dimulakan dengan kanak-kanak ditanyakan soalan,

 

“ Siapa suka makan sayur?”

“ Siapa tahu sayur memang elok untuk dimakan?”

4.     Kanak-kanak dirangsang dan dipastikan boleh sebut bahawa sayur baik untuk dimakan.

5.     Seterusnya kanak-kanak mendengar cerita daripada pendidik tentang sayur bayam dan antara khasiat sayur bayam iaitu untuk menjadikan mata kanak-kanak cantik dan bersinar.

6.     Minta kanak-kanak bulatkan matanya menandakan matanya sihat dan kuat sambal kanak-kanak memegang gambar sepasang mata yang besar dan bersinar.

7.     Pastikan kanak-kanak faham dan tahu kebaikan makan sayur bayam dan minta kanak-kanak bercerita semula tentang kebaikan makan sayur bayam tersebut.

8.     Galakkan kanak-kanak terus bercerita dan rangsang perbualan antara mereka.

9.     Ucapkan tahniah jika kanak-kanak menampakkan kefahaman tentang khasiat sayur bayam tersebut.

10.  Sekiranya didapati ada kanak-kanak yang masih kurang jelas lagi, ceritakan dengan cara yang lebih mudah.

11.  Seikat sayur bayam diletakkan di hadapan kanak-kanak dan galak kanak-kanak ikut demo pendidik leraikan daun sayur bayam satu persatu dan patahkan batangnya lebih kecil.

12.  Galak dan rangsang serta bantu kanak-kanak buat aktiviti ini sambil buat bersamanya.

13.  Kanak-kanak diminta masukkan daun dan batang sayur bayam ke dalam besen@tapis.

14.  Kanak-kanak diberitahu bahawa sayur bayam ini akan dibasuh dan dimasak serta boleh makan bersama nanti.

15.  Galak lagi kanak-kanak lukis gambar mata sihat yang diingininya di atas kertas yang diberi.

16.  Selesai aktiviti, pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak dan ajak kemas bersama-sama

17.  Jangan lupa, cuci tangan.

 

Pemerhatian:

 

1.     Keselamatan

-        Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan peralatan yang merbahaya.

-        Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak merbahaya

-        Pastikan kanak-kanak diajar memakai apron

 

2.     Kebersihan

-        Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.

-        Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.

 

3.     Kesihatan

-        Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.

 

                                                                                                                                                                                  

 

 

Refleksi

 

1.     Kanak-kanak

 

 

 

 

 

 

 

2.     Pengasuh

 

                                                                    

 

 

 

 

                                                                            

 

Cadangan

 

1.     Kanak-kanak

 

 

 

 

 

 

 

2.     Pengasuh

 

                                                         

 

 

 

 

                                                                               

 

 



No comments:

Post a Comment