Konsep persekitaran hutan@forest floor - TASKA di Finland mengubah lalu membina ketahanan sistem imun anak-anak secara semulajadi.
Mungkin inilah yang dihuraikan dalam artikel ini.
Bila saya baca artikel ini, yerr.....saya lalu teringat dan saya pernah terbaca satu artikel tempatan lain yang ada menyebut bahawa kanak-kanak yang biasa dari awal usia telah diberi peluang meneroka pelbagai aktiviti messy@kotor seperti main pasir, pijak lecah, kutip batu-batuan, main air, main masak-masak daun dan apa sahaja yang berkaitan akan mampu membina imumnya sendiri dari kuman dan penyakit kerana main aktiviti yang kotor@messy tersebut.
Jadi, nak risau apa?
Cikgu, tolong jangan bagi anak saya kena panas matahari.
Cikgu, tolong jangan bagi anak saya pijak rumput.
Cikgu, jangan bagi anak saya join aktiviti-aktiviti yang boleh kotorkan tangan dan baju dia.
Ohhh...no,!!
kesian anak-anak kini , tidak dapat merasai keseronokan bermain dengan alam secara semulajadi.
Ibu bapa sangat alergik dengan aktiviti-aktiviti yang messy@kotor , katanya.
Membaca keseluruhan artikel ini, bukan sekadar telah membuktikan tentang keajaiban sistem imum kanak-kanak terhadap aktiviti messy@kotor bahkan.....saya mengakui negara Finland adalah antara negara yang benar-benar memahami dan mengaplikasi dunia pendidikan awal kanak-kanak dari akar umbi secara dengan tepat dan berkesan.
Kita di sini, yang dikatakan pendidikan awal kanak-kanak, adakah kita benar telah faham dan menghargai maknanya dengan sepenuh hati. Atau mungkin kita masih lagi dibelenggu dengan minda masyarakat dan ibu bapa yang kurang faham......yang semua serba nak cepat lihat anak jadi ahli cerdik pandai.
Lalu bila lagi nak ubah minda ke arah yang lebih bernas lagi faham.
Tepuk dada, lihat institusi pendidikan awal kanak-kanak masing-masing.
Kesian kanak kanak di premis yang berorientasikan akademik melebihi dari keperluan main bagi seorang kanak-kanak.
Ok, jomm kita fikir-fikirkan bersama, kita mampu mengubahnya.
Remember...
They are just a kid.
Catatan,
#norazura
No comments:
Post a Comment