Saturday 13 March 2021

Menjadi pendidik TASKA yang hebat

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com 

Bagaimana menjadi pendidik@pengasuh TASKA yang hebat? 

Berikut adalah ciri yang perlu ada pada setiap pengasuh@pendidik di TASKA.

1. Anda mesti menjadi individu yang kreatif dan mempunyai kepelbagaian idea yang menarik dalam mengendalikan aktiviti rutin dan perkembangan kanak-kanak.

2. Anda mesti mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ini. Tanpa minat yang mendalam, anda pasti akan kecundang dan stress. 

3. Sabar mesti ada di tahap yang paling maksima. Kalau tak reti sabar, jangan cuba-cuba berada dalam industri ini. Sabar kerana kanak-kanak sudah pasti mempunyai pelbagai kerenah dan ragam.

4. Memiliki impian. 
Untuk menjadi pendidik yang hebat, tanamkan impian di hati anda untuk berusaha menambah dan memperbaiki ilmu dan kemahiran dalam pengasuhan. Anda boleh mengimpikan untuk menjadi insan hebat dalam industri ini. Impian akan akan menggerakkan segala usaha anda ke arah itu.

5. Sikap bertanggungjawab dan saling menghormati mesti diterapkan dan diamalkan selanjang anda mengasuh kanak-kanak. Anda perlu nenzahirkan tanggugjawab anda sebagai pengasuh. Anda perlu menghormati kanak-kanak, sesama pengasuh yang lain dan juga ibu bapa.

6. Peka dan berkasing sayang.
Sila peka kepada apa jua yang berlaku di persekitaran kanak-kanak. Bila anda peka, anda akan cepat membuat tindakan.
Anda perlu juga menunjukkan kasih sayang kepada kanak-kanak seadanya.

7. Tunjukkan wajah yang ceria dan berfikiran positif selalu.  Emosi kanak - kanak akan turut menjadi positif dan ceria setiap kali diasuh oleh pendidik yang ceria. Walau aoa pun yang berlaku, anggap ia sebagai cabaran dan fikirkan yang positif di sebaliknya.

8. Boleh bekerja dalam kumpulan yakni sesama rakan sekerja di TASKA. Bersamalah memastikan kualiti perkhidmatan pengasuhan ya g terbaik.

9. Akhir sekali, anda perlu menjadi seorang yang profesional. 
Orang professional dalam industri TASKA ini memiliki semua sikap dan nilai yang baik sebagai pendidik TASKA. Mereka juga mesti mempunyai ilmu dan kemahiran serta keterampilan yang diperlukan sebagai seorang pengasuh.

Nak baca lebih banyak lagi, dapatkan ia dalam ebook ini. 

Ebook Kemahiran Asuhan Kanak-Kanak. Ia mengandungi maklumat yang siperlukan dalam pengasuhan di TASKA. 

Harga ebook ini RM20. 
Hubungi 0167235080 untuk tempahan. 

No comments:

Post a Comment