Sunday 4 April 2021

Dunia asuhan kanak-kanak

Story 1

Nama saya Nor Azura binti Ismail.  Antara kerjaya saya kini ialah sebagai Jurulatih, presenter, fasilitator dan panel penilai program kemahiran pendidikan awal kanak-kanak.

Nak dengar cerita saya?

Saya dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Kebetulan tadi, saya selesai mengendalikan  sesi penilaian ke atas calon-calon persijilan kemahiran Malaysia bagi bidang Pendidikan Prasekolah.

Sambil-sambil tu, sempatlah juga  saya berkongsi pengalaman tentang pendidikan bermakna di prasekolah@TADIKA.

Ada seorang calon lalu bertanya,

Puan buka TADIKA di mana?

Selamba jer saya jawab, TADIKA saya kini tinggal kenangan jer.

Saya pernah buka dan mengusahakan TADIKA pertama saya, suatu ketika dulu pada tahun 1999. Saya jadi teruja nak usahakan bisnes TADIKA antara sebabnya ialah ketika itu saya rasakan bisnes inilah yang paling sinonim dengan keadaan  saya yang mempunyai anak kecil berderet-deret waktu itu.

Yelah, dengan keadaan anak-anak yang kecil sangatlah sukar buat saya untuk mencari kerja yang sesuai walhal background pendidikan saya ialah Banking dan saya adalah pengalaman kerja berkaitan akaun.

Jadi.... 
Tekad saya ialah untuk memulakan bisnes perkhidmatan TADIKA. Saya benar-benar  tekad dan bersungguh-sungguh ketika itu. Berbekalkan duit rm3k yang saya pinjam dari suami saya, maka saya mulalah  mengorak langkah awal. 
Tahun 1999, dengan modal kecil, insyAllah boleh jer lah mula bisnes TADIKA tersebut.

Excited giler..

Lalu.... saya tidak pandang belakang lagi, 
Tanpa pengalaman mantap,  tanpa ilmu mendalam tentang perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak, saya redah jer.

Seperkara lagi, saya seolah  alpa dengan cabaran demi cabaran yang bakal saya lalui kelak.
Saya ingat saya dah cukup power😅🤣

Nak tahu, apa kesannya.?
Hampir 10 tahun mengendalikan bisnes perkhidmatan TADIKA, saya dalam keadaan stress, dengan pelbagai tekanan antaranya  dari ibu bapa, dengan pelbagai kerenah pekerja dan sebagainya lalu akhirnya saya stop dulu perkhidmatan tersebut bersama selautan rasa kecewa.
Tutup TADIKA. 😢

Anda nak tahu, mengapa saya jatuh terduduk ketika itu?

Sebab utamanya ialah saya tak cekal mengharungi rintangan dan dugaan bisnes. Saya kurang ilmu yang betul, tiada bekalan yang padu dan mantap tentang dunia pendidikan awal kanak-kanak dan persekitarannya. Saya kurang  faham tentang perkembangan kanak-kanak dari akar umbi yang betul. Dok asyik nak fikir apa yang ibu bapa nak. Lupa akan semua cabaran berkaitan.

Akhirnya saya tenggelam sendiri  dalam mitos dan angan-angan yang saya cipta selama hampir 10 tahun tersebut.

Lebih 20 tahun berlalu, sejak kisah TADIKA pertama saya itu.

Sampai hari ini saya sedar... 
Pengajarannya.... 

Nak pandai, nak faham, nak mahir tentang dunia sebenar  pendidikan awal Kanak-kanak, mestilah kena belajar, cari ilmu, kena gali kemahiran, kena cipta pengalaman sepenuhnya. Kena bersusah dan berkorban mengaut pelbagai ilmu berkaitan.


Catatan, 
Norazura 

No comments:

Post a Comment