Sunday 20 June 2021

CIRI=CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

 Oleh : Nor Azura ismail

pnnorazuraismail@gmail.com


1.   CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

i.        Kanak-kanak jenis visual

Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;

Mereka suka menggambarkan sesuatu yang mereka fahami. Kanak-kanak ini akan menggambarkan sesuatu imej jika dia ingat pada sesuatu perkara. Sukakan gambar yang besar dan cepat merasa bosan jika tiada perancangan. Sebaliknya kanak-kanak visual cepat belajar sesuatu yang baru kerana mereka cepat fokus dan memahami gambaran yang diberikan serta mempunyai banyak idea. Kelemahan kanak-kanak jenis visual ialah mereka cepat rimas dengan perubahan masa, kurang minat membaca sesuatu perincian dan kurang minat mendengar taklimat atau arahan secara terperinci.

 

Cara mengendalikannya :

v  Elakkan dari memberi banyak maklumat serentak.

v  Beritahu dia tempoh masa untuk menyiapkan sesuatu.

v  Ajak berbincang.

v  Menggunakan banyak warna dan bahan bergambar dalam mengendalikan aktiviti bersamanya.

v  Beri barangan atau permainan yang berwarna-warni

v  Berikan banyak buku bergambar

 

ii.       Kanak-kanak jenis Auditori

Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;

Kanak-kanak ini akan cepat ingat apa yang didengari satu persatu. Mereka banyak belajar melalui mendengar. Kanak-kanak ini suka bercerita dan bercakap sendiri. Mereka juga mempunyai banyak idea, boleh diajak berbincang dan suka menulis@menconteng serta menghasilkan tulisan kreatif. Kelemahan kanak-kanak jenis Auditori ini ialah mereka suka mengulangi ayat yang sama dan suka mendengar suaranya sendiri serta mudah marah jika ideanya tidak didengari. Mereka juga suka melompat dari satu idea kepada idea yang lain.

Cara mengendalikannya :

v  Berikannya langkah demi langkah dalam menyiapkan sesuatu aktiviti.

v  Tanya samada dia dengar atau tidak apa yang diperkatakan kepadanya.

v  Tanya pendapat dia tentang bagaimana dia harus membuat aktivitinya.

v  Jangan beri arahan yang panajng lebar kerana boleh membuatkannya hilang fokus.

v  Banyakkan pujian dan dorongan.

v  Banyakkan aktiviti berasaskan bunyian @ muzik

 

iii.      Kanak-kanak jenis Kinestetik

Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;

Kanak-kanak jenis ini biasanya suka bercakap dengan perlahan dan memerlukan banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Kanak-kanak ini juga sukakan aktiviti luar yang mencabar dalam keadaan yang selesa.  Mereka banyak belajar melalui pengalaman. Mereka mempunyai kelebihan sukakan kerja berpasukan, pandai menjaga hati dan perasaan orang lain serta pandai menghiburkan dan menyenangkan orang di persekitarannya. Kelemahan kanak-kanank jenis Kinestatik ini pula ialah mereka sangat mudah terasa jika dipinggirkan dan suka mengelak. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjaga hati orang lain dan gemar menarik perhatian orang. Kanak-kanak ini juga sukakan keadaan yang berselerak.

 

Cara Menggendalikannya :

v  Elakkan daripada memberi terlalu banyak pilihan kepadanya.

v  Berikan sesuatu aktiviti dengan cara tersendiri dan menyeronokkan.Tanyakan samada dia selesa dengan cadangan aktiviti yang dinyatakan.

v  Tanyakan jika dia perlukan bantuan atau pertolongan.

v  Banyakkan pelukan dan sentuhan dan berikan dia kejutan

v  Banyakkan aktiviti fizikal

v  Buat aktiviti dalam kumpulan

 

 

iv.      Kanak-kanak jenis Digital

Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;

Kanak-kanak jenis ini sukakan butiran secara terperinci tentang sesuatu dan mereka suka berfikir secara mendalam serta menghafal. Kanak-kanak ini suka merasa bermakna bagi orang disekelilinginya. Mereka juga perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu maklumat baru. Kelemahannya pula ialah sukar memberi kepercayaan kepada orang yang baru dikenali dan juga perlukan lebih masa untuk membuat keputusan. Mereka perlu diberi ulasan logik supaya mereka lebih faham.

 

Cara Mengendalikannya:

v  Tanya apa yang dia akan buat, bukannya memberi arahan.

v  Bila memintanya melakukan sesuatu, terangkan kenapa.

v  Tunjukkan yang pengasuh mempercayainya

v  Bagi dia masa yang secukupnya ketika membuat sesuatu aktiviti bersama.

v  Tanyakan samada dia faham apa yang diperkatakan oleh pengasuh.

v  Berikan penghargaan selalu

No comments:

Post a Comment