Tuesday, 24 December 2024

RPA Bayi

RPA  Bayi

Oleh;

Nor Azura binti Ismail

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) UNTUK BAYI

Nama Pendidik

Minggu

Tarikh:

Hari:

Masa:

Umur

 6 – 12 bulan

Bil. Bayi : 2

Tema

-

Tajuk

Main bola kecil warna merah

Bidang Perkembangan

PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

Pengetahuan sedia ada

Bayi  sudah boleh main di dalam ‘playard’ sendirian

Objektif

  1. Bayi boleh cuba bermain bola kecil di dalam ‘playard’ bersama seorang lagi bayi lain.(PSSEKR)
  2. Bayi boleh cuba mengambil bola kecil (PF)
  3. Bayi boleh mengenalpasti warna merah pada bola (PAMPL)

Tempat/Ruang

Ruang Bilik Bayi – ‘Dalam playard

Bahan

20 biji bola kecil warna merah – letak dalam ‘playard’

Langkah Pelaksanaan

  1. Pendidik bawa bayi ke ruang aktiviti dan masukkan bayi ke dalam playard tanpa bola kecil. (2 orang bayi)
  2. Pendidik mulakan aktiviti dengan bermesra bersama bayi sambil memanggil-manggil nama bayi yang duduk di dalam playard tersebut.
  3. Pendidik masukkan 20 biji bola kecil warna merah ke dalam playard tersebut.
  4. Pendidik galakkan dan beri ransangan bayi untuk main bola kecil masing-masing bersama-sama dalam playard tersebut.
  5. Pendidik puji bayi dengan kata-kata yang mesra sambil memanggil-manggil nama bayi.
  1. Pendidik juga galakkan bayi mengambil bola kecil merah tersebut.
  2. Pendidik juga memastikan yang bayi dapat mengenalpasti bola-bola kecil warna merah tersebut.
  3. Pendidik bawa bayi keluar dari playard bila bayi telah puas bermain.
  4. Pendidik akhiri aktiviti dengan memberi pelukan mesra kepada bayi.

Pelan Kontigensi

Sekiranya bayi boleh cuba untuk bermain bola tersebut dalam keadaan ada bayi lain di dalam playyard tersebut, pendidik akan menunjukkan aksi bertepuk tangan sambil memuji bayi.

Sekiranya bayi tidak mahu bermain bola bersama-sama dengan bayi lain di dalam playyard tersebut, pendidik akan cuba untuk memujuknya. 

Perhatian

  1. Pastikan ruang aktiviti bayi bersih dan selamat.
  2. Pastikan bayi sihat  dan telah bersedia sebelum aktiviti
  3. Pastikan peralatan yang digunakan untuk aktiviti sesuai untuk bayi.
  4. Pastikan keperluan bayi telah dipenuhi sebelum aktiviti.

Mak ayah mesti tengah cari mainan untuk anak-anak, kan?

Saya suggest mainan yang sesuai untuk release emosi anak anak, seperti berikut;

1) Mainan berunsur sensori

Cth seperti main air (kolam mainan), main pasir ( kinetic sand), boleh juga diy pelbagai mainan sensori lain juga sesuai dengan umur anak anda.

2) Mainan release energy
Anak anak biasanya punya energy sangat banyak kan.

Apa kata,belikan;
- trampoline untuk melompat
- kon dan gelung untuk aktiviti baling gelung ke dalam kon

3) Bila dah lama tak menulis,anak anak mula cepat penat,

Apa mainan yang bantu anak improve kekuatan jari dan tangan anak?

- Theraputty (mempunyai pelbagai grading kekerasan mengikut keupayaan anak anda),tidak cepat keras,boleh diguna berulang kali,dengan panduan yang betul

- Playdough ( perlu standby banyak,akan cepat keras jika lupa menyimpan kembali ke dalam bekas

- Geoboard seperti gambar di bawah,untuk latihan jari anak.dengan memasukkan getah dari satu point ke point yang lain.

Sekian tips dari  Puan Yana Ramli
Occupational therapist

#Saya copy paste
JIKA ANAK DEMAM.

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu yg lain…

Saya pernah kaut ilmu dan  dengar dari seorang OT (Child Occupational Therapist) katanya, bahawa kerja hakiki kanak- kanak hanya ada 3 sahaja yaitu...

1. Main

2. Makan

3. Tidur

Ehhh...mana perginya tugas mereka (kanak-kanak) untuk belajar.

Tidak ada ker....??

Dan memang tidak ada yer..

Anak- anak ni, itu sahaja yang mereka akan suka dan seronok serta rasa bahagia. Tapi jangan ingat anak- anak tak dapat apa- apa ilmu dan kemahiran jika mereka asyik main sahaja. Anak-anak sebenarnya akan pasti dapat belajar sesuatu ketika mereka sedang bermain. 

Anak- anak bermain dan asyik main tu, sambil main sambil secara tidak langsung mereka dapat pengalaman meneroka dan menyelesaikan sesuatu masalah.  Hah kemudiañnya,  mereka akan dapatlah faham lalu mempelajari sesuatu secara santai, tanpa rasa stress dan dipaksa- paksa. 

Anak- anak makan  untuk sihat dan cergas selalu. Makanan yang baik membantu meningkatkan perkembangan otak kanak- kanak.

Mereka tidur pun supaya mereka cergas selalu dan untuk membantu tumbesaran mereka. Hanya itulah dunia kanak- kanak yang difikirannya sepatutnya 0 masalah dari memenuhi permintaan dan pengharapan tinggi dari  I\ibu bapanya😅 yang tersasar dari tahap Pencapaian kebolehan anak yang sepatutnya diawal usia ini.

Hakikatnya,  sabarlah duhai orang dewasa....

Yang penting adalah PROSES bukan HASIL.

Bila sudah tiba masanya nanti, usai semua tahap perkembangan menyeluruh seorang kanak- kanak tu sudah boleh dicapainya, maka tatkala itu...., Insyallah anak- anak akan mula- berlapang dada untuk mula- belajar secara lebih formal.

Bila tu?

Yupp, bila umur kanak- kanak mereka semakin matang, mungkin dalam usia 9 atau 10 tahun,  itupun mereka masih tidak boleh lari dari dunia  main.

Justeru itu, jomlah  kita semua yang seharian  menghadap kerenah dunia kanak- kanak ini,  termasuklah para Ibu bapa, silalah  belajar bertenang...

jangan kalut, jangan stress dengan pencapaian akademik  semata anak awal usia ini.

Lagi, saya nak share..

Hari itu, saya terjumpa satu artikel mengenai perkembangan kanak- kanak yang ditulis oleh seorang Pakar Kanak- Kanak. Katanya,  kuatkan dulu perkembangan sosioemosi dan sensori  anak- anak,  diikuti pula dengan keperluan tahap perkembangan lain yang berkaitan dengan rutin persekitaran kehidupan seorang kanak- kanak. 

Sedangkan perkembangan intelektual atau pencapaian akademik itu adalah tahap perkembangan yang paling akhir sekali untuk digilap dan dicapai dalam diri anak- anak ini.

Lalu....setiap kali bila saya mengajar dalam kursus berkaitan kanak- kanak, saya akan selalu  highlight perkara ini.

Kerja hakiki kanak- kanak.

1. Main

2. Makan

3. Tidur 

Saya pesan pada Cikgu TASKA dan TADIKA dalam kursus kendalian saya, kena ingat perkara ini.

Dan kalau boleh cuba tulis besar- besar perkara itu lalu pamerkan untuk makluman Ibu bapa.

Kemudiañya......adalah seorang teacher TADIKA- tu beritahu saya, yang dia pun tulislah  3 perkara tersebut lalu ditepeknya kat status  FB profilenya. Tak lama selepas itu, seorang Ibu kepada anak di TADIKA nya pm tepi lalu marah- marah- dengan apa yang dikongsikannya tu. Cepat- cepat teacher tu padam status tersebut.

Bimbang agaknya.😶

Hmmm......kalau saya....😉

Lantak pi lah si Ibu nak marah sebab dia sebenarnya  tak faham langsung akar umbi tahap perkembangan seorang anak sebenarnya.

Dan tak pernah nak cuba mengerti...

Sebab itu jugalah cikgu- cikgu, teacher- teacher semua wajib ada ilmu untuk cantas  komen- komen berbau ketidakfahaman dari parents ini.🤗

Sudah sampai masanya , kita sebagai pendidik awal kanak- kanak memahami siapa itu kanak- kanak dan bagaimana kanak- kanak belajar mengenai sesuatu perkara. Kena ada ilmu bagaimana pendekatan yang paling sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang juga serasi dengan dunia sebenar kanak- kanak.

Ia mestilah berpusatkan kanak- kanak bukan melulu sekadar menurut kehendak teacher maupun Ibu bapa yang sikit- sikit asyik nampak pendidikan akademik sahaja. 

Maaf yer, bukan semua ibu bapa or teacher.

Walhal.....

Potensi setiap anak adalah pelbagai dan berbeza antara setiap anak. Andai kita nampak dan faham potensi awal yang cuba anak- anak tonjolkan (walaupun ia bukan potensi dalam bentuk akademik) ketika itulah kita perlu beri sokongan dan galakan supaya potensi  si anak dapat digilap dan dibimbing sebaiknya.

Paling penting sekali, sebelum sibuk nak anak- anak pandai yang bab- bab akademik ni,  pastikanlah anak ini mempunyai emosi yang sihat, tak der asyik nangis- nangis, mengamuk sana sini  atau asyik  buat drama ketika datang sekolah, taklah pendiam malu ya amat, mesti ada kendiri diri dan self esteem yang baik, ceria serta pandai bermain dan bergaul baik bersama rakan- rakan sebayanya.

Dari segi fizikalnya pula, anak ini adalah anak- yang aktif selalu dan boleh bermain pelbagai permainan aktif dengan penuh bersemangat. Menurut kajian Pakar otak, Permainan aktif dapat membantu mengaktifkan pula otak anak dengan cepat. Hah ....tu yang selalu disebut sel- sel otak sedang bercambah dan  berhubung tu 😊

Pastikan juga kemahiran moto halusnya supaya nantinya mereka mudah hendak belajar menulis bila sampai waktunya.

Lagi, dari segi Bahasa, memasuki tahap umur 3 ke 4 tahun dan seterusnya 5 ke 6 tahun, anak- anak perlu sudah boleh menggunakan bahasa pertuturan dengan lebih baik dan lancar. Mereka boleh bercerita dan berbual serta selalu yakin diri untuk nak tahu dan nak bertanya itu ini.

Nah.....kiranya dah bijak kan anak- anak ini.

Lagi yang sangat  penting juga ni...dari segi perkembangan sensori anak- anak. Bagaimana anak- anak menggunakan deria sensori mereka untuk dapat belajar memahami pelbagai perkara di dalam persekitaran mereka.

Adakah anak-anak.kita mempunyai masalah sensori?

Cuba lihat...

Adakah anak- anak kita geli bila pegang bahan- bahan yang basah atau lembik, geli nak pijak rumput, takut yang bukan- bukan, sangat cerewat bab makanan, masih trantrum, tak fokus bila kita bercakap dengan mereka, sukar dengar arahan, masih trantrum lagi, belum pass toilet training lagi?

Nah.....ketika ini, sila bimbang yer.

Buat sesuatu.

Jangan hanya risau bila anak- anak tak boleh baca jer setakat umur 5, 6 tahun tu.

Come on.....

Mereka hanya kanak- kanak yang sentiasa dalam kotak kepala mereka hanya nak merasa keseronokan mengharungi dunia kanak- kanak mereka.

Tolong faham.

Seorang  Cikgu atau Pendidik  di TASKA TADIKA maupun di peringkat Awal Alam persekolahan kanak- kanak, ANDA ADALAH pengamal Pendidikan Awal Kanak- Kanak Yang TULEN jika anda faham sefahamnya  bahawa MAIN, MAKAN Dan TIDUR itu adalah kerja hakiki kanak- kanak🤗

Saya faham, saya akur, saya setuju sangat- sangat 🥰

Anda, bagaimana?

#Norazura

Trainer Dan Fasilitator

Pengasuhan Dan Perkembangan Awal knak- Kanak.

Tingkahlaku kanak-kanak

 Tingkahlaku laku kanak- kanak vs tip menangganinya.

Pernah tak terjadi anak- anak di TASKA atau di TADIKA  kelihatan sukar fokus dalam sesuatu aktiviti yang pendidik sedang jalankan?.

Pernah tak anda rasa pening tengok ragam anak- anak yang  tak boleh duduk setempat@ sukar duduk diam seketika, terlalu hyperaktif hingga suka ganggu orang sana sini.

Pernah tak anda berhadapan dengan anak- anak yang sukar mengawal keinginan yakni anak tersebut sukar melambatkan apa yg dia mahu, kalau dia nak sesuatu dia nak dengan cepat dan segera. Kalau tak dapat, mulalah dia trantrum mengamuk sakan.

Pernah berlaku tak hal- hal begini tatkala kita bersama anak- anak kecil tak kiralah anak kita sendiri maupun anak didik anak asuh di TADIKA dan TASKA?

Ya, memang betul anak- anak kecil suka menunjukkan tingkahlaku yang pelbagai, sesetengahnya adalah tingkahlaku semulajadi mereka sebagai anak kecil. Tapi kalau tingkahlaku atau kerenah yang ditunjukkan itu sudah melebihi dos atau agak keterlaluan sehingga tidak endah akan pujukan dan nasihat, bagaimana?

Anda percaya tak  bahawa ada kajian menunjukkan anak- anak yang over dos perangainya itu adalah .tanda- tanda anak yang  ada isu@ masalah  di bahagian otak belakang dahinya.

Menurut kata pakar berkaitan, bahagian otak yang berada di belakang dahi seseorang  tugasnya adalah  ibarat CEO yang berfikir dengan waras untuk menyelesaikan setiap hal atau perkara.  Namun, oleh kerana anak anak sebenarnya tidak menggunakan otak CEO ini sebaliknya lebih banyak menggunakan otak emosi maka timbullah pelbagai ragam dan tingkahlaku tersebut.

Yup.. ..maka memang benar, itulah tingkahlaku seorang kanak- kanak yang selalu kita hadapi. 

Justeru itu,  sebagai pendekatannya kita bolehlah ambil langkah perlu bagi memastikan anak- anak ini mempunyai otak yang sihat dan cergas sambil boleh memgawal tingkahlaku yang keterlaluan yang boleh memeningkan kita. 

Apa caranya?

Ok, jom saya komgsikan maklumat  yang  saya juga perolehi dari mereka yang pakar. 

1. Bagi mengatasi anak yang ada masalah fokus,  bagi mereka  makan telur di waktu pagi, insyallah telur dapat  bantu fokus dan tumpuan anak- anak.

2. Ambil makanan seperti dark chocolate di mana 70 peratus bahannya adalah  terdiri dari coklat asli yang mengandungi   bahan yang boleh  membantu mengembalikan fokus dan kurangkan hyperaktif kanak- kanak.  Ada kajian berkaitan yang telah dilakukan.

3. Beri anak- anak makan fish oil atau minyak ikan yang ada omega 3 tu di mana ia baik sangat untuk otak, mata, kulit, sendi, rambut dan jantung anak- anak. PALING penting ialah kebaikannya terhadap kesihatan otak anak.

Akhir sekali, galakkan anak- anak ini melakukan senaman mudah yang  berkaitan otak. Cubalah Google, tentu ada banyak senaman otak atau brain gym yang mudah yang boleh dibuat bersama dengan kanak- kanak. Antara kelebihan senaman otak ini ialah ia dapat mententeramkan anak- anak yang hyper atau yang over sangat tak boleh duduk diam tu.

Justeru itu, kita nampak betapa terdapat  sesetengah bahan  dalam makanan yang dapat membantu otak kanak- kanak . Kita juga boleh dapat idea bahawa senaman dan pergerakan juga banyak membantu perkembanagn yang sihat dalam diri kaank- kanak.

Just sharing...

Jom fikir- fikirkan bersama,

#Norazura

#Trainerandfacilitator

Monday, 31 January 2022

Produk dan servis saya

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada kepada anda semua yang sempat singgah di blog saya ini.

Siapa saya?

Nama saya Nor Azura Ismail. Ibu kepada lapan orang anak berusia antara 10 hingga 25 tahun. Berkelulusan akademik dalam bidang perbankan dan insuran. Saya  juga berlulusan kemahiran dalam  bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dimana saya mempunyai Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Latihan Pegawai Vokasional dan juga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang pengurusan kemahiran (VTM). Saya sangat berpengalaman mengendalikan pengurusan latihan kemahiran antaranya ialah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Dalam industri kemahiran, saya sedang menimba lebih banyak pengalaman dalam mengendalikan latihan kemahiran. Disamping itu saya sering terlibat sebagai panel dan penilai dalam memastikan pelaksanaan sistem kemahiran mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Justeru itu, saya juga telah  didaftarkan sebagai  panel penilai  kemahiran pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf dalam Direktori Pakar Industri negara (DPIN).

Selain itu, saya juga merupakan seorang Jurulatih dan Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak. Saya juga sering terlibat dalam pengendalian pelbagai Bengkel berkaitan TASKA dan KSPK-TADIKA samada atas kendalian saya sendiri atau dijemput oleh agensi tertentu. Justeru, saya banyak terlibat dalam pelbagai program yang dikendalikan oleh agensi tertentu yang objektifnya untuk meningkatkan lagi kualiti kemahiran dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ini.

Saya juga pernah mengendalikan  perniagaan TASKA dan mengusahakan TADIKA sendiri di peringkat awal penglibatan saya dalam industri ini.
Pengalaman saya dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak memasuki 20  tahun. Hingga kini, saya masih menjalinkan kerjasama dengan industri TASKA TADIKA di luar sana.

Kini saya aktif mengurus, mengajar dan membimbing pelbagai latihan kemahiran termasuklah pendidikan awal kanak-kanak di samping aktif menulis di blog saya ini. Saya sangat meminati bidang penulisan, justeru itu saya banyak berkongsi artikel penulisan samada di blog ini ataupun di muka buku. Penulisan saya juga pernah dikongsi di beberapa media penulisan yang ada seperti di BERNAMA onlima, Pa&Ma, Keluarga dan Mingguan Wanita.
Saya turut  sering mengadakan bengkel@kursus berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah kendalian saya sendiri. 

Saya juga telah berjaya diiktiraf  sebagai Fasilitator pembangunan Standard  Pekerjaan Kemahiran Kebangsaan . Sebagai fasilitator tersebut, saya lebih terdedah kepada pelbagai perkara di dalam pelaksanaan program kemahiran di negara kita ini. terbaru, saya telah mendapat pengiktirafan sebagai Jurulatih dibawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (HRDF TTT).
 
Alhamdullillah. Maka, hasrat saya ialah untuk terus berkongsi dan memperolehi apa sahaja pengetahuan dan kemahiran baru yang berkaitan.  Matlamat saya juga  ingin terus maju dan meningkatkan kemahiran diri selain pengkongsian segala ilmu dan kemahiran dalam bidang yang sedang saya ceburi ini.

Sekiranya anda ingin bertanya sebarang soalan berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ataupun kekeluargaan , silalah hubungi saya kerana pasti saya akan cuba membantu anda.

Hasil dari kesemua pengalaman saya, saya juga tawarkan produk EBOOK  dan perkhidmatan  berikut kepada anda yang berminat dan memerlukannya.

Anda boleh hubungi saya:

Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
https://www.facebook.com/nor.azura.39794

*******************************************

Produk EBOOK, Buku & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :

Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy@ Words softcopy)

1. Ebook 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak

2. Ebook Panduan Perniagaan TASKA

3. Ebook Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA)

RM60

Koleksi Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang wajb disediakan oleh semua pengasuh@pendidik di TASKA.  TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai pelbagai  tema sebagai asas bagi pelaksanaan aktiviti kanak-kanak di TASKA.

4. PERKHIDMATAN 

 i. Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA 
ii. Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan TASKA TADIKA

5. Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA

6. Bimbingan Persijilan Kemahiran Malaysia

Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 

** Gambar : Hanya sebagai contoh sahaja

7. EBOOK Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA 

Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian ( sebelum, semasa, selepas) kanak-kanak di TASKA

RM 20

8. BUKU ASIHAN KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK

DAN

Anda boleh terus tempah EBOOK, BUKU dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com

Terima kasih.

Sunday, 5 December 2021

Main, Makan, Tidur, Kerja Hakiki Anak?

 Saya pernah kaut ilmu dan  dengar dari seorang OT (Child Occupational Therapist) kata nya, bahawa kerja hakiki kanak- kanak hanya ada 3 sahaja.

Betul ker....berikut adalah kerja hakiki seorang kanak- kanak?

1. Main

2. Makan

3. Tidur

Ehhh...mana pi kerja belajar.

Tak der ker....??

Dan memang tak der yer..

Anak- anak ni, tu jer yang mereka akan suka dan seronok serta rasa bahagia. Tapi jangan ingat anak- anak tak dapat apa- apa ilmu dan kemahiran jika mereka asyik main jer. 

Anak- anak bermain dan asyik main tu, sambil main sambil secara tidak langsung mereka dapat pengalaman meneroka dan menyelesaikan sesuatu masalah.  Hah kemudiañnya,  mereka akan dapatlah faham lalu mempelajari sesuatu secara santai, tanpa rasa stress dan dipaksa- paksa. 

Anak- anak makan  untuk sihat dan cergas selalu. Makanan yang baik membantu meningkatkan perkembangan otak kanak- kanak.

Mereka tidur pun supaya mereka cergas selalu dan untuk membantu tumbesaran mereka. Hanya itulah dunia kanak- kanak yang difikirannya sepatutnya 0 masalah dari memenuhi permintaan dan pengharapan tinggi dari  Ibu bapanya😅 yang tersasar dari tahap Pencapaian kebolehan anak yang sepatutnya diawal usia ini.