Wednesday, 22 May 2019

Produk dan servis saya


Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada kepada anda semua yang sempat singgah di blog saya ini.

Siapa saya?

Nama saya Nor Azura Ismail. Ibu kepada lapan orang anak berusia antara 7 hingga 23 tahun.
Berkelulusan akademik dalam bidang perbankan dan insuran serta juga berlulusan kemahiran dalam  bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dimana saya mempunyai Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Latihan Pegawai Vokasional dan juga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang pengurusan kemahiran (VTM). Saya sangat berpengalaman mengendalikan pengurusan latihan kemahiran dalam bidang pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak.

Saya telah  didaftarkan sebagai  pakar pengajar kemahiran pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf dalam Direktori Pakar Industri negara (DPIN).
Selain itu, saya juga merupakan seorang Jurulatih dan Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak. Selain itu saya juga sering terlibat dalam pengendalian Bengkel KSPK-TADIKA.

Saya juga pernah mengendalikan  perniagaan TASKA dan mengusahakan TADIKA sendiri di peringkat awal penglibatan saya dalam industri ini.
Pengalaman saya dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak lebih daripada  18 tahun. 

Kini saya aktif mengajar dan membimbing kemahiran pendidikan awal kanak-kanak di samping aktif menulis di blog saya ini. Saya sangat meminati bidang penulisan, justeru itu saya banyak berkongsi artikel penulisan samada di blog ini ataupun di muka buku. Penulisan saya juga pernah dikongsi di beberapa media penulisan yang ada seperti di BERNAMA onlima, Pa&Ma dan Mingguan Wanita.
Saya turut  sering mengadakan bengkel@kursus berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah kendalian saya sendiri. 

Terbaru, saya telah berjaya diiktiraf juga sebagai Fasilitator pembangunan Standard  Kemahiran Kebangsaan . Sebagai fasilitator tersebut, saya lebih terdedah kepada pelbagai perkara di dalam pelaksanaan program kemahiran di negara kita ini. 
Alhamdullillah. Maka, hasrat saya ialah untuk terus berkongsi dan memperolehi apa sahaja pengetahuan dan kemahiran baru yang berkaitan. 

Matlamat saya juga  ingin terus maju dan meningkatkan kemahiran diri selain pengkongsian segala ilmu dan kemahiran dalam bidang yang sedang saya ceburi ini.
Sekiranya anda ingin bertanya sebarang soalan berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ataupun kekeluargaan , silalah hubungi saya kerana pasti saya akan cuba membantu anda.

Hasil dari kesemua pengalaman saya, saya juga tawarkan produk EBOOK  dan perkhidmatan  berikut kepada anda yang berminat dan memerlukannya.




Anda boleh hubungi saya:




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.

3 comments:

  1. Kak.. tarikh dah laju ke depan... 2017 yer...

    ReplyDelete
  2. Saya sekarang study diploma pendidikan awal kanak2.suka baca blog akak.byk information saya dapat.

    ReplyDelete