Tuesday, 5 April 2016

BENGKEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Jika anda merupakan pendidik awal kanak-kanak, jom berbengkel bersama saya.

Bengkel Pendidikan Awal Kanak-Kanak khas untuk anda....
Saya bimbing anda menjadi  pendidik yang lebih kreatif....
Saya bimbing anda menjadi pendidik yang ceria dan mempunyai pelbagai idea menari dan bergerak bersama kanak-kanak

SERTAI BENGKEL INI, bersama saya;



BAYARAN BENGKEL CUMA RM 100 SAHAJA. 

BAYARAN RM 60 UNTUK PESERTA KEDUA DARI ORGANISASI YANG SAMA.

SEMUA BAHAN DISEDIAKAN.


ISTIMEWA UNTUK ANDA!

PERCUMA EBOOK  50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK



JUGA PERCUMA; EBOOK PANDUAN PENGENDALIAN SOP KANAK-KANAK DI TASKA



 HUBUNGI SAYA, NOR AZURA  016 7235080 /019 2115642, untuk keterangan lanjut.


Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak

Anak Pintar Cerdas


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Apakah yang dimaksudkan dengan anak pintar cerdas? Adakah mereka tergolong dalam kumpulan anak-anak yang normal dari segi tahap perkembangannya?

Anak pintar cerdas adalah anak-anak yang dikurniakan kecerdasan akal yang luar biasa dan lebih dari anak-anak lain yang sebaya usia dengannya. Anak-anak ini boleh juga  disebut anak-anak istimewa kerana kelebihan yang dimilikinya. Juga boleh disebut sebagai ‘anak-anak yang menerima pemberian dariNYa’ ( gifted)

Hakikatnya, kelebihan dan keistimewaan anak ini  tidak boleh terlalu dibanggakan atau dimegah-megahkan kerana jika tanpa bimbingan dan didikan yang betul,  kelebihan pada diri anak-anak ini mungkin kelak akan mendatangkan masalah kepada diri mereka sendiri maupun keluarga.
Antaranya,  dengan kelebihan dan kecerdasan akalnya, anak-anak ini boleh menjadi  anak yang nakal, melaksanakan idea yang keterlaluan  dan tidak mustahil juga mereka boleh menggunakan kelebihan mereka pada perkara-perkara lain  yang tidak bermanfaat.

Ini kerana walaupun mereka mepunyai kecerdasan akal dan kelebihan berbanding usia, secara normalnya akal mereka belum mampu berfikir secara waras . Maksudnya mereka belum mapu mempertimbangkan dari segi baik buruk sesuatu perkara itu.
Justeru ibu bapa yang  memiliki anak-anak pintar cerdas perlulah memberi perhatian kepada mereka dan memberi bimbingan serta rangsangan pada persekitaran pembesaran yang sihat dan sesuai. Jika ibu bapa terlalu fokus pada kelebihan anak ini  dan ingin mereka menonjolkan diri melalui kelebihan yang ada  sehingga dikenali ramai, dikhuatiri  nanti kesan yang buruk mungkin akan berlaku pada diri anak-anak bila dewasa kelak.

Mungkin kita boleh mengambil contoh dan iktibar pada beberapa kisah anak pintar cerdas di Malaysia. Lihatlah dan cuba selidik apa yang terjadi pada mereka bila telah dewasa?

Apakah ciri-ciri anak pintar cerdas ini ?
Saya kongsikan di sini utuk perhatian bersama.

  • Memiliki kecerdasan akdemik pada usia yang lebih awal dari kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, yakni mungkin boleh membaca dan menulis terlalu awal.
  • Memiliki perasaan ingin tahu yang keterlaluan serta terlalu banyak bertanya
  • Aktif dan memiliki tenaga yang banyak
  • Tidak suka duduk diam.
  • Mempunyai kendiri diri yang positif dan esteem diri yang  tinggi tetapi agak degil.
  • Boleh beri tumpuan yang lama pada sesuatu yang disukainya
  • Sangat cepat menguasai sesuatu ilmu dan kemahiran berbanding anak lain yang sebaya
  • Suka mencuba sesuatu yang mencabar dan baru.
  • Cepat memahami percakapan dan arahan orang berbanding anak seusia  dengannya
  • Adakalanya, nampak seperti ‘blur’ tetapi sangat bijak orangnya.
  • Tidak peduli dengan orang lain, hanya mengikut apa yang ingin dilakukannya.
  • Cepat jemu pada sesuatu dalam bentuk penghafalan
  • Sangat  kreatif dan sangat kuat berimiginasi
  • Bila ditanya soalan mereka boleh memberi pelbagai jenis jawapan yang berlainan
  • Mempunyai pandangan dan persepsi sendiri pada sesuatu perkara
  • Ada kalanya perangai mereka pelik dan sukar difahami
  • Tidak kisah jika tiada kawan yang ramai
  • Bila menelaah buku, tidak perlu lama kerana mereka akan cepat faham
  • Memahami sesuatu penerangan yang di dengar dengan mudah dan cepat
  • Pencapaian yang tinggi berbanding anak seusia dengannya.
  • Selalu buat sesuatu yang kita kurang faham mengapa dia melakukannya


Baiklah, sekarang saya nak kongsi sedikit mengenai anak saya yang mungkin boleh saya kategorikan sebagai anak pintar cerdas sebagai renungan bersama.



Nama dia Muhammad Tsaqif  Al Mukmin. Seorang yang sangat cerdik. Di usia 4 tahun, dia  sudah boleh membaca walaupun tidak di ajar secara latih tubi yang biasa dibuat oleh pihak TADIKA (konon nak bagi anak cepat baca) Perkataan pertama yang dibacanya ketika itu umurnya 5 tahun adalah perkataan ‘karbohidrat’

Sejak dari sekolah rendah,  tahun satu dia telah  menunjukkan kecemerlangan dalam kelas. Tetapi, memang jarang nampak  dia belajar. Perkara ini dijelaskan lagi oleh cikgu di sekolah bila cikgu memberitahu yang dia sering tidur dalam kelas, tidak fokus dan sering tidak buat kerja sekolah. Peliknya bila peperiksaan besar, dia menunjukkan kecemerangan yang di luar jangkaan.
Sehinggalah bila dia diterima masuk sekolah sekolah berasrama penuh,  dari tingkaatan satu hingga tingkatan lima,  ada saja hal pelik yang tak dijangka yang dilakukan nya di sekolah. Paling pelik bila keputusan PMR dan SPM diumumkan , dia mendapat A untuk kesemua matapelajaran yang diambil tetapi dapat mendapat D untuk satu matapelajaran yang tidak disukainya. Bila ditanya,  jawapannya; dia memang tak suka belajar subjek tersebut , jadi dia tidak berminat untuk menjawab dengan betul. Aduh, memang pelik anak ini.

Satu perkara lagi yang ingin saya kongsikan , disebabkan anak saya bersikap pelik sedikit, dia sering menjadi mangsa buli di sekolah ketika mula-mula memasuki sekolah berasrama penuh dulu.

Justeru itu, bila saya renungkan,  anak saya ini  boleh lah juga dikategorikan  sebagai anak pintar cerdas yang perlu diberi perhatian dan bimbingan berterusan .supaya dia  akan menjadi insan yang berguna pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat seterusnya kelak. Jika tidak diberi bimbingan dan rangsangan pada persekitaran yang sihat, sukar untuk dibayangkan apa yang akan berlaku nati.

Nasihat dan harapan tidak pernah saya lupakan disamping doa yang akan terus mengiringi perjalanan hidupnya. Mudahan anak saya menjadi insan berguna dunia dan akhirat. InsyALLAH.  

********************************************************************

Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak

Jika anda merupakan pendidik awal kanak-kanak, jom berbengkel bersama saya.


Datang berkumpulan untuk dapatkan bayaran diskaun.
PERCUMA, EBOOK tulisan saya.


atau pun , jika nak dapatkan EBOOK di atas, anda boleh hubungi saya terus.

Friday, 1 April 2016

Kasih sayang kepada anak-anak


Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Petang semalam cuaca memang boleh tahan panasnya. Saya ajak suami saya minum 'coconut shake' di sebuah gerai minuman bawah pokok. Sedap dan nyamannya menghirup air yang sejuk di waktu cuaca  panas ini. Sedang berbual, tiba-tiba terdengar seekor anak kucing datang mengiau di celah-celah kaki kami. Lapar agaknya. Kebetulan saya sedang makan kuih pau lalu saya cubit sedikit kuih pau tersebut lalu beri pada anak kucing tersebut. Memang dah agak , anak kucing tersebut cuma ambil bau sahaja, langsung tak dijamahnya pun kuih pau tersebut.
"Tentulah bukan makanan kucing dan tak sesuai dengan selera kucing tu," kata suami saya.

Oleh sebab anak kucing itu tidak mahu makan apa yang saya beri, saya pun tidak menghiraukannya lagi. Saya leka pula melayan panggilan telefon dari seorang pelanggan saya.
Sebaliknya, anak kucing itu terus mengiau lalu   tetiba ia naik ke atas peha suami lalu memanjat ke bahunya pula. Suami saya membiarkan sahaja aksi anak kucing itu. Dalam hati saya, kalau kucing itu buat begitu pada saya, tentu saya dah menjerit sebab saya bukan pengemar kucing.

Kucing itu terus mengiau-giau sambil memanjat badan suami saya. Suami saya tiba-tiba berkata, "Anak kucing ni lapar betul agaknya, kena bagi dia makan ni."
 Suami tiba-tiba bingkas bangun dari kerusi sambil berkata lagi, " Jom, abang nak belikan ayam KFC untuk anak kucing ni.

Aduh terkejut saya. Saya biarkan suami berlalu pergi sambil mendukung anak kucing itu. Saya pun tergesa-gesa  habiskan dulu minuman saya yang masih bersisa itu. Kebeltulan KFC berada di seberang gerai minuman itu.

Dari seberang jalan, saya lihat suami saya meletakkan anak kucing itu di luar KFC dan dia sendiri masuk untuk beli makanan.

Tahu tak apa yang suami saya beli, seketul ayam goreng KFC. khas untuk si anak kucing. Adik yang di kaunter tu sampai berkali tanya, "nak beli seketul jer ke bang',  "Ya, seketul saja", jawab suami saya dengan muka selamba.

Selepas beli ayam goreng yang hanya seketul itu, suami saya keluar dari KFC dan dia tengok anak kucing itu hilang seketika. Persis seperti anak sendiri yang hilang, suami saya mencari-cari lalu bertanya pada seorang kakak yang lalu di situ

"Kak, ada tak ternampak anak  kucing kat sini tadi"',  "Tu ada" , kata kakak tersebut sambil menunjukkan ke suatu arah.

Seolah seperti memahami ada orang nak beri ia makan, anak kucing tersebut meluru ke arah suami saya sambil mengiau bila ia ternampak suami saya berjalan ke arahnya.

Dengan beralaskan kotak makanan KFC tersebut, suami saya lalu meletakkan  seketul ayam goreng tersebut di atas atasnya. Apalagi, tak sempat mengiau pun, anak kucing tersebut terus makan dengan berseleranya. Puas hati suami saya dapat memberi makan pada si anak kucing yang kelaparan itu.


Kenapa saya kongsikan  cerita ini?
Sekadar untuk bersama-sama kita renungkan dan fikirkan,  jika dengan binatang , seorang manusia sanggup bersusah payah memastikan yang ia tidak kelaparan, apatah lagi kita dengan sesama makhluk yang bernama manusia lebih -lebih lagi kasih sayang kepada anak-anak.

Bagaimana hubungan kita dengan anak-anak kecil? Apatah lagi,  kita orang dewasa sangat perlu menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak kecil tanpa mengira samada mereka adalah anak sendiri, anak asuhan , anak didik maupun anak-anak yang ada di sekeliling kita atau yang tak nampak di mata kita.

Sesekali bila membaca kisah anak-anak dibuang begitu sahaja, alangkah sedihnya. Di manakah nilai kasih sayang seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan. Mati si anak dalam timbunan sampah persis seperti seekor binatang. Dimanakah nilai kasih sayang seorang lelaki yang bergelar ayah yang sepatutnya memberi nafkah dan kesempurnaan hidup kepada anak-anak.

Bagaimana pula dengan anak-anak yang di dera fizikal dan emosinya oleh orang dewasa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada mereka? Dimanakah nilai kasih sayang kepada anak-anak kecil?

Terkenang pula saya pada kisah anak-anak di bumi Palestin maupun anak-anak di Syria. Sedih dan pilu melihat nasib mereka yang saban waktu didendangkan dengan bunyi letupan jerit pekik yang menganggu emosi dan perasaan. Usahkan dikata untuk melalui tahap demi tahap perkembangannya dengan sempurna, asal dapat meneruskan kehidupan pun sudah cukup bermakna buat anak-anak ini. Kasihan sungguh, nyawa mereka seumpama di hujung tanduk sedangkan apalah yang mereka tahu mengenai perselisihan orang dewasa dalam kehidupan.
Jelas sama sekali tiada belas dan kasihan  orang dewasa walau sedikit buat  mereka, anak-anak syurga ini. Kasih sayang kepada anak-anak tandus dan hilang dalam kekejaman orang dewasa.


Pada kita yang mempunyai anak, membesarkan anak perlu dengan kasih sayang yang benar-benar suci dan ikhlas. Kasih sayang bukan sekadar beri kemewahan dan kesenangan pada anak-anak tapi kasih sayang perlu lebih dari itu. Bukan kasih sayang jika kita sebagai ibu bapa sentiasa dan semata momokkan anak-anak dengan hiburan melalaikan atau dengan teknologi yan mengkhayalkan. Mari belajar memahami hakikat pengertian kasih sayang yang sebenarnya yakni   kasih sayang yang lahir dari hati  dan jiwa yang sempurna berteraskan keimanan.

Kasih sayang itulah yang mempunyai  nilai yang tidak terhingga. ia perlu lahir dari hati dan sanubari. Kasih sayang yang bermakna dan ternilai juga akan lahir dari nilai keimanan yang tinggi dalam diri seseorang. Petuanya senang sahaja,  berkasih sayang lah dahulu dengan ALLAH nescaya kasih sayang sesama makhluk terutamanya pada anak-anak kecil akan terpancar penuh ikhlas dalam hati-hati kita. Kasih sayang kepada anak-anak kita.

Sayangi anak-anak kerana mereka amanah kita paling penting yang perlu kita laksanakan sebagai makhluk tuhan di atas muka bumi ALLAH ini.

Wahai Tuhan, kurniakan kami anak-anak penenang jiwa dan penyejuk mata. Izinkan kami menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak dengan kasih sayang yang bermakna dan tidak ternilai.


**********************************************************************************************************


Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak

Jika anda merupakan pendidik awal kanak-kanak, jom berbengkel bersama saya.


Datang berkumpulan untuk dapatkan bayaran diskaun.
PERCUMA, EBOOK tulisan saya.



Sunday, 20 March 2016

Idea aktiviti pendidikan seni untuk anak-anak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Salam sejahtera semua,
Lagi saya masih ingin berkongsi idea aktiviti pendidikan seni untuk anak-anak terutamanya anak-anak dibawah 6 tahun yang sememangnya sangat kreatif dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.

Kali ini saya ini kongsi mengenai beberapa teknik menghasikan lukisan seni yang mudah dan menarik. Sangatlah sesuai diprakktikkan kepada anak-anak awal usia, sekitar umur 4 hingga 6 tahun.

Berikut adalah antara teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan lukisan:


Tajuk : Menghasilkan gambar secara resis

Objektif :

1. Kanak-kanak boleh menghasilkan corak  melalui cara resis mengikut idea dan kreativiti mereka sendiri ( Perkembangan Kreativiti & Estetika)

2. Kanak-kanak boleh menghargai hasil aktiviti mereka  sendiri. (Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian)

3. Kanak-kanak boleh memegang lilin dengan betul (Perkembangan Fizikal)



Bahan -bahan yang digunakan sangat mudah dan senang diperolehi.

Lilin atau boleh guna krayon warna putih
Warna air
Kertas Lukisan
Berus lukisan@span

Di bawah ini saya kongsikan juga cara bagaimana aktiviti ini boleh dilaksanakan bersama kanak-kanak.

Langkah aktiviti.

1. Ambil kertas lukisan warna putih dan sebatang lilin@krayon warna putih.
2. Dengan menggunakan lilin, minta kanak-kanak samada menconteng , melakar atau melukis objek tertentu pada kertas lukisan tersebut. ( ikut umur dan kebolehan kanak-kanak)
3. Minta kanak-kanak lihat pada kertas lukisan tersebut, tiada terdapat sebarang corak ataupun bentuk.
3. Beitahu pada anak-anak yang sebentar lagi mereka akan dapat melihat dengan jelas apa yang telah mereka conteng, lakar atau lukis tadi.
4. Minta kanak-kanak celup warna yang  gelap dengan menggunakan span dan kemudian gosok lembut di atas lukisan tadi. Boleh juga menggunakan berus lukisan.
5. Beri bimbingan dan galakan pada kanak-kanak
6. Tanya pada kanak-kanak apa yang mereka lihat pada kertas tulisan tersebut. 
7. Minta mereka ceritakan hasil yang mereka lihat pada kertas lukisan.
8. Untuk mendidik kanak-kanak hargai hasil kretaiviti mereka, tampal kertas aktiviti tersebut di dinding.



Sekiranya anda ingin dapatkan lebih banyak idea kreativiti lagi jom dapatkan melalui EBOOK saya



Apa yang istimewa dalam EBOOK ini:

- koleksi idea bahan permainan kanak-kanak yang saya kumpulkan dari pelbagai sumber
- koleksi tambahan idea aktiviti dan bahan permainan yang saya skumpul melalui bengkel2 yang saya kendalikan.
contoh-contoh RPA aktiviti.



Atau saya beri EBOOK ini secara percuma jika anda sertai bengkel saya di bawah.

Datang berkumpulan untuk dapatkan harga diskaun.
Tempat terhad.
Hubungi saya 0167235080 / 0192115642
pnnorazuraismail@gmail.com

Anak ramai , rezeki atau beban?

Catatan oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Beberapa hari lepas, hari itu hari Sabtu, saya dan suami pergi makan tengahari di luar. Jarang dapat makan tengahari di luar bersama kerana pada hari biasa , masing-masing sibuk dengan kerja. Kami berdua sahaja tanpa anak-anak,  kesempatan ini digunakan untuk berbual-bual mesra sambil makan tengahari. (nak romantik di usia –usia 40 an ini)

Ketika sedang makan,  saya terlihat seorang ibu muda yang sedang sarat mengandung memegang tangan anaknya yang berusia lebih kurang setahun lebih. Disekeliling ibu muda itu juga kelihatan anak-anaknya yang lain seramai 3 orang yang mungkin berumur antara 3 ke 6 tahun. Semuanya berpimpinan tangan antara satu sama lain menuju ke meja makan. Mana pula  ayah kepada anak-anak tersebut,  tanya saya di dalam hati.  Oh rupanya si ayah sedang memesan makanan di kaunter makanan. Mata saya terus memandang gelagat ibu  tersebut dan juga anak-anaknya. Dia kelihatan begitu sabar melayan anak-anaknya.  Kelihatan sebelah tangan memegang perutnya yang memboyot manakala sebelah lagi  tangannya  lagi memimpin tangan si anak kecil, wanita tersebut  terus mengarahkan anak-anak yang lain duduk di meja yang telah dipilhnya.

Semua anak-anak kecil itu patuh mengikut  arahan ibunya. Si kakak yang paling tua membantu mendudukkan adik yang mungkin berumur hampir  3 tahun itu di kerusi yang disediakan. Yang lain-lain telah pun duduk sendiri.  Tiada pun kelihatan mereka berlari-lari sementara menunggu si ayah membawa makanan. Aduhai pandai sungguh si ibu mendidik anak-anaknya yang ramai itu berdisplin di tempat awam, detik saya di dalam hati.. Tidak terdengar sekali bunyi si ibu marah atau bersuara tinggi.

Kemudian kelihatan pula si ayah datang berturut – turut  dua  ke  tiga  kali sambil membawa dulang berisi makanan yang telah dibeli. Setelah selesai membahagi- bahagikan makanan kepada semua anak-anak, lalu si ayah dengan tenangnya pula duduk makan. Anak-anak yang lain juga makan dengan sendirinya. . Hanya anak yang paling kecil didudukkan dalam troli pasaraya dan  disuap makan oleh ibunya. Peliknya tiada kedengaran anak-anak membuat kerenah ketika makan. Maka si ibu dengan tenang dan sabar terus menyuap anak yang  bongsu  manakala si ayah terus menjamah makanannya dengan berseleranya. Terkedu melihat situasi seterusnya, setelah selesai semua makan barulah si ibu yang sarat mengandung itu terakhir sekali makan.

Saya sempat menjeling ke wajah wanita tersebut. Penuh wajah keibuan dan penuh dengan riak ketenangan dan kesabaran.  Si ibu dan si ayah kelihatan masih muda persis seperti umur di awal 30an telah mempunyai empat orang anak –anak yang kecil2 dan bakal mendapat anak yang ke lima pula.
Sukarnya hari ini melihat keluarga orang muda mempunyai anak yang ramai. Kebiasaannya bilangan anak-anak mereka cuma dalam satu, dua dan paling ramai tiga orang, masuk sahaja yang keempat , dah dikata ramai.

Pernah serorang kawan sekerja saya berkata, bahawa jika dia berkahwin nanti, dia tidak mahu mempunyai mempunyai anak. Katanya mempunyai anak menyusahkan dan sukar baginya nanti untuk mengejar kejayaan dalam kerjayanya nanti.  Benarkah kenyataan itu? Agak-agaknya kalau semua orang berpandangan begitu, tiadalah kesinambungan generasi dan keturunan. Bukahkah salah satu hikmah dari perkahwinan itu ialah  untuk melahirkan zuriat keturunan yang bakal mewarisi kehidupan seterusnya di atas muka bumi ini.

Berbalik kisah ibu, ayah dan anak-anak nya tadi, saya sempat  mencuit lengan suami saya dan menyuruhnya melihat ke arah keluarga tersebut. Hmmm seperti apa yang ada dalam minda saya, suami saya terus berkata, “ sama macam kita dulu”
Bila melihat keluarga tersebut, memang sangatlah persisi saya dan suami suatu ketika dulu membesarkan anak-anak. Ketika saya berumur 30 tahun, anak-anak sudah pun seramai 5 orang. Ya, memang  betul, itulah saya dan suami suatu ketika dulu ketika anak-anak masih kecil dan semuanya memerlukan pemerhatian dan penjagaan rapi. Saya mempunyai lapan orang anak yang berusia antara 6 tahun lebih  hingga 21 tahun.Suatu masa dahulu , memang letih dan penat menguruskan anak-anak yang kecil dan rapat antara satu sama lain. Seingat saya dulu, sepanjang tempoh kelahiran dan membesarkan  mereka semua, saya sentiasa berada dalam dua keadaan samada sedang mengandungkan anak ataupun sedang menyusukan anak. Setiap tahun bila  bulan Ramadhan , saya sentiasa berada dalam kategori wanita uzur, boleh berbuka puasa jika keadaan memudharatkan. Tapi, selalunya saya gagahi juga untuk berpuasa penuh.

Teringat dulu dulu, memang bersusah payah menjaga dan memantau anak-anak yang kecil. Masih saya ingat lagi, ketika anak saya yang sulung berumur 7 tahun, dia sudah pun mempunyai adik seramai 4 orang . Semuanya masih kecil. Waktu itu saya mengusahakan TADIKA sendiri. Disamping ingin meraih pendapatan daripada perniagaan TADIKA ( ketika itu saya bekerja sendiri sebab ramai anak yang masih kecil), di TADIKA yang saya usahakan sendirilah anak-anak mendapat pendidikan awal. Bila saya ke TADIKA , saya bawa anak-anak bersama termasuk yang masih menyusu hingga adalah yang mengatakan saya tak professional dalam mengendalikan TADIKA sebab saya bawak anak bersama. Kalau di rumah pula, jiran-jiran kata anak saya bising sebab biasalah anak-anak, mana reti duduk diam, keluar masuk longkang depan rumah dah jadi rutin mereka.

His, memang susah mata yang melihat sebab mungkin mereka tidak memahami orang-orang yang mempunyai anak yang ramai.  Akhir sekali, bila nak beli rumah, saya dan suami rancang beli tanah di kawasan kampong dan bina rumah. Biar anak-anak yang ramai ini dapat meneroka persekitaran dengan bebas dalam kawasan yang selamat. Hem,  kalau nak kata anak-anak saya sewaktu kecil, kalau tak jatuh memang tak sah namanya. Biasalah, kanak-kanak belajar dari sesuatu pengalaman.

Saya juga masih ingat lagi ada seketika , ketika saya dan suami membawa anak-anak keluar berjalan-jalan ke pasaraya atau pergi bercuti, saya memegang tangan 2 orang anak, manakala suami pula mendukung yang paling kecil ( tentunya masih bayi) . Anak yang besar sedikit saya suruh pimpin tangan adiknya dan jalan berdekatan dengan kami. Bimbang betul  jika bawa anak-anak ke  tempat awam , takut hilang dari pandangan. Terasa agak sukar juga waktu itu mengawal semua anak-anak.

Sewaktu sudah memasuki fasa anak ke 7, ketika itu anak yang sulung baru masuk tingkatan 1, jika bawa mereka ke tempat ramai orang, saya selalu secara tiba-tiba akan mengira bilangan anak , khuatir  ada yang tercicir pula. Memang pernahlah saya dan suami melalui pengalaman anak hilang di pasaraya dan dijumpai semula di kaunter pertanyaan pasaraya setelah pengumuman dibuat di corong pembesar suara.
Kini, jika terdengar pengumuman seperti itu di pasaraya, saya akan tersenyum teringat pengalaman saya sendiri. Tapi bila difikirkan di zaman sekarang ini, memang bahaya anak-anak hilang di tempat awam apatah lagi ada  manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengasihani anak-anak, menculik anak untuk cepat kaya.

Berbalik lagi kisah tadi, saya meneruskan perbualan bersama suami. Kata suami saya,  sekarang ini zaman orang itu ( ibu dan ayah tadi), zaman kita telah pun berlalu.

Anak saya memang lapan orang tetapi sekarang ini kalau kemana-mana, sukar orang percaya jika saya sebut anak saya lapan orang. Bila keluar makan bersama-sama sekeluarga, ada yang kata anak saya yang no 1, 2 dan 3 itu adalah adik beradik saya atau suami.

Kini, anak-anak dah semakin remaja. Anak-anak saya terdiri dari dua generasi iaitu Y dan Z. Generasi Y yang telah meningkat remaja sedang sibuk dangan dunia mereka mengharungi tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Manakala si generasi Z , yang berumur antara 6 hingga 10 tahun sedang sibuk meneroka dan terus dengan dunia bermain mereka.
Sekarang, semua anak-anak saya sedang belajar. Baru-baru ini setelah keputusan SPM dan STPM dikeluarkan ( anak no  2 dan no 3 antara calonnya), banyak hari jugaah suami saya, sambil saya mencelah-celah sibuk sama-sama mengisi borang UPU anak. Ada masanya seperti kami pula yang beria-ria hendak  masuk universiti. Anak-anak saya kelihatan rilek saja. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit , belum lagi dikira keperluan harian kami sekeluarga. Tapi, sesungguhnya saya bahagia dan bangga  mempunyai anak-anak yang ramai  Rupanya bila anak-anak sudah remaja, mereka persis seperti kawan-kawan pula terutamanya suami saya sangatlah prihatin dengan perkembangan semasa anak-anaknya. Oh ya , lupa nak cerita, anak-anak saya kebanyakannya lelaki.

Anak-anak  semua tidak banyak kerenah samada yang telah remaja maupun si adik yang bersekolah rendah itu. Tidak sukar pun menguruskan mereka semua. Cuma, memanglah tidak saya nafikan seperti yang saya katakan tadi,   keluarga besar belanja pun besar juga. Namun saya yakin dan saya pernah dengar bahawasanya Allah akan mencukupkan keperluan hambaNYa mengikut keperluan hambaNYA samada sedikit ataupun banyak.
Sudahpun tamat zaman  membesarkan anak-anak yang kecil dulu.  Walau masih ada yang kecil tapi anak-anak saya sangat berdikari. Manakala si abang dan si kakak sangat membantu dan ringan tangan dalam urusan rumah maupun menjaga adik-adiknya.

Saya selalu  bersyukur kepada Allah, anak-anak kurniaan dariNya yang tidak ternilai dan sangat berharga. Biar mungkin pada pandangan sesetengah orang tidak relevan lagi  untuk mempunyai anak-anak yang ramai antaranya kerana faktor terbesar ialah dari segi kemampuan keperluan  kewangan yang diperlukan. Tapi sekali lagi bagi saya, rezeki itu Allah yang tentukan. Walaupun tidak kaya,  rezeki saya dan suami tidak pernah putus untuk anak-anak. Walau tidak banyak tetapi anak-anak sendiri sentiasa belajar untuk hidup secara sederhana dan tidak bermewah dalam perbelanjaan harian mereka sendiri. Insyallah rezeki anak-anak tetap ada.

Bersyukur memiliki anak-anak yang ramai kerana merekalah penghibur hati. Manakan tidak jika selalunya ada  beberapa orang  anak-anak bersekolah dan tinggal di asrama, saya seolah seperti terasa ada kekurangan di rumah saya.

Pada saya dan suami, yang penting pendidikan yang diberi kepada mereka perlulah betul dan sesuai dengan potensi anak-anak. Hanya doa yang terbaik sentiasa mengiringi mereka. Biar kuatiti dan kualiti sama hebatnya.  Paling tidak boleh dinafikan ialah memberi   keutamaan kepada pendidikan akhirat, ajar, bimbing dan pantau anak-anak  supaya mereka jadi orang-orang yang sentiasa menjaga solat, puasa dan sentiasa memperelokkan akhlak.  Mudahan  kelak  apabila mereka dewasa , mereka tidak akan lupa pada saya dan suami dan akan jadi anak-anak yang beriman, soleh dan  solehah yang bakal menyelamatkan saya dan suami  di negeri abadi kelak.  InsyAllah.

Doa dari saya untuk anak-anak setiap masa....
Wahai Tuhan, jadikanlajh anak-anak ku yang ramai ini anak-anak yang soleh solehah,  bukan sekadar untuk disebut  tetapi jadilkanlah ianya realiti dalam kehidupan mereka. Kurniakan kejayaan hidup duna akhirat kepada mereka. Permudahkanlah segala  urusan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.
Wahai Tuhan, jadikanlah anak-anakku  ini sebagai anak-anak yang mampu mendoakan aku ketika aku telah tidak  mampu lagi dan akhirnya  ketika aku berada di alam barzakh nanti. Hanya doa dari merekalah yang akan menyelamatkan diriku.
Amin

***********************************************************************************************



Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak

Jika anda merupakan pendidik awal kanak-kanak, jom berbengkel bersama saya.


Datang berkumpulan untuk dapatkan bayaran diskaun.
PERCUMA, EBOOK tulisan saya.


Sunday, 13 March 2016

AKTIVITI KREATIVITI TASKA TADIKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com


Kanak-kanak dan kreativiti adalah 2 perkara yang tidak boleh dipisahkan. Kanak-kanak awal usia secara semulajadinya merupakan individu yang penuh dengan imiginasi dan sangat kreatif. Ada sahaja perkara yang boleh dilakukannya sekiranya kita sebagai pengasuh, pendidik atau ibu bapa memberi kanak-kanak ini peluang untuk mencuba.

Aktiviti kreatif TASKA TADIKA  pula adalah antara salah  satu aktiviti utama yang perlu dijalankan di TASKA TADIKA disamping aktiviti-aktiviti lain.

Anda mungkin  merupakan pengasuh@pendidik di TASKA.
Anda juga mungkin seorang guru di TADIKA.
Dah banyak aktiviti kreatif yang anda jalankan kepada kanak-kanak di TASKA TADIKA dan kini anda sedang mencari pelbagai idea baru.
Anda sedang berfikir, apakah aktiviti menarik lain  yang ingin anda jalankan dengan kanak-kanak di TASKA TADIKA.

Aktiviti Kreativiti TASKA TADIKA, disini saya kongsikan satu idea aktiviti yang ringkas dengan penggunaan bahan yang minima serta mudah didapati. JOM CUBA BUAT







TAJUK AKTIVITI : CORAK WARNA BERMINYAK

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kertas Putih A4 atau kertas lukisan
Minyak masak
Warna air
Straw





CARA BUAT :
i. Dengan menggunakan straw, titikkan warna air pelbagai warana sebanyak yang diingini di atas kertas putih.



ii. Dengan menggunakan straw yang berlainan pula, titikkan minyak masak di atas setiap titik air warna air  tadi.


iii. Tekap titik airdan minyak tadi dengan sehelai kertas putih lain dan gosok di atasnya.



iv. Beginilah corak yang akan terhasil






Hah, cuba buat dengan kanak-kanak di TASKA TADIKA, tentu mereka akan teruja.

Dah siap aktiviti ini, cuba pula aktiviti di bawah ini.



Senang sahaja, lukis gambar muka dan dengan menggunakan straw tiup warna untuk menghasilkan corak rambut yang kreatif.


LAIN-LAIN AKTIVITI KREATIVITI  TASKA TADIKA

Biar kanak-kanak menunjukkan hasil kreativiti mereka sendiri, siapkan doh buat sendiri dan mula buat PELBAGAI OBJEK DARIPADA DOH





UNTUK MENGETAHUI LEBIH BANYAK LAGI AKTIVITI KREATIF TASKA TADIKA, JOM IKUTI BENGKEL DI BAWAH:





Sunday, 6 March 2016

Anak-anak cemerlang dan berjaya


OLEH : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




STPM , dapat  3.50 ++
SPM  dapat 7 A, 8 A, 9 A +++
Adakah anak-anak anda antara yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM yang diumumkan baru-baru ini?
Tahniah anak-anak. Anda memang genius, bijak dan cemerlang.

Memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan suatu ganjaran dan kelebihan untuk anak-anak yang bijak, cerdik dan rajin berusaha. Rasa syukur diiringi segunung kegembiraan menjadikan hari kecemerlangan anak-anak sebagai lakaran sejarah indah dalam kehidupan mereka. Tidak sia-sia usaha dan doa sepanjang tahun, inilah hasilnya.

Lalu, semua ibu bapa berkaitan,  pasti akan turut  menzahirkan kesyukuran, kegembiraan, rasa bangga dan teruja dengan kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh anak-anak cemerlang ini. Anak-anak ini akan dipuji, diberi penghargaan dan diberi ganjaran atas kecemerlangan mereka. Hasil usaha dan kerajinan, anak-anak ini berjaya membuktikan kecemerlangan mereka melalui peperiksaan. Itulah hakikat anak-anak yang cemerlang dalam STPM dan SPM yang diumumkan baru-baru ini. Sekali lagi, tahniah buat anak-anak.


Antara yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM baru-baru ini ialah dua daripada lapan orang anak-anak saya.
Si kakak dengan STPM nya dan si adik dengan keputusan SPM nya. Keduanya , alhamdullillah berjaya dengan cemerlang. Dan seperti anak-anak lain yang beroleh kecemerlangan , mereka berdua turut dirai oleh kami sekeluarga. Saya menjadikan mereka berdua contoh kepada adik-adik lain yang masih belajar.

Namun sesekali saya terfikir dan berfikir........
Hakikatnya, kejayaan yang terzahir sekadar kejayaan akademik.
Bagaimana pula dengan anak-anak lain yang kurang berjaya?
Adakah mereka perlu dikategorikan sebagai anak-anak yang malas atau tidak rajin berusaha atau pelbagai kriteria negatif dilabelkan kepada mereka.
Apakah mereka tidak boleh berjaya juga kelak?
Dan adakah cemerlang akademik membuktikan anak-anak ini telah berjaya dididik menjadi  insan sempurna di atas muka bumi ini?

Saya tidak sama sekali berpandangan sedemikian.

Pada saya setiap anak-anak ada kelebihan dan potensi serta kelebihan mereka masing-masing. Semua anak-anak tidak sama. Semua anak-anak mempunyai minat dan kecenderungan yang tentunya tidak  sama dan paling penting kita sedari, tidak semua anak-anak dilahirkan dengan IQ dan kecerdikan yang sangat baik.
Tidak semua yang cerdik itu akhirnya berjaya dalam kehidupannya kelak.

Cerdik dan pandai sahaja tidak cukup untuk anak-anak. Mereka perlu diterapkan juga dengan nilai-nilai kemahiran kehidupan dan pengurusan diri serta pengamalan nilai-nilai ketuhanan  dan kerohanian dalam diri. Mereka juga perlu diterapkan dengan sikap, azam , matlamat untuk berjaya dalam kehidupan walaupun bukan melalui jalan kecemerlangan dalam akademik. Mereka perlu sentiasa bersikap positif dalam kehidupan dan tidak boleh sama sekali merasa selesa sekadar dengan keputusan akademik yang baik.

Saya sendiri mempunyai lapan orang anak yang mempunyai pelbagai kecenderungan dan minat yang berbeza. tak semua pun antara mereka sangat bijak dalam akademiknya. Saya mengikuti , menilai, mencari dan mengenalpasti potensi-potensi yang ada dalam diri mereka, anak-anak saya sendiri.


Lalu kesimplanya, pada anak-anak yang tidak berjaya atau yang kurang cemerlang, usah sesekali berputus asa. Ibu bapa sendiri perlu bersikap terbuka dan jangan sesekali merendahkan kemampuan anak-anak ini.  Ibubapa sekalian, belajar melihat potensi lain dalam diri anak-anak. tentu mereka juga ada keistimewaan dan kelebihan kurniaan Tuhan.

Perlu sangat diketahui bahawa,  akademik cuma satu cabang ilmu. Banyak lagi ilmu lain antaranya melalui bidang kemahiran yang boleh diikuti oleh anak-anak.
Atau mungkin anak-anak ada bakat yang anda sebagai ibu bapa tidak menyedari. Lalu, perhatikan mereka, Beri galakan  dan bimbingan serta sokongan terhadap minat , bakat serta kecenderungan mereka.

Sekali lagi saya sangat yakin, untuk berjaya , tidak  semestinya melalui pencapaian akademik yang cemerlang,  tapi paling penting sikap untuk ingin berjaya itulah yang paling penting.


Buat anak-anak saya..

Nabil, teruskan minat mendalam mu dalam bidang lukisan animasi
Siti Sarah dan Tsaqif,  teruskan kecemerlangan akademikmu dan jadilah insan berguna satu hari nanti.
Naqib,  mudahan menjadi anak yang perlu dengan ilmu dan amalan agama.
Naufal, kemahiran yang diminati bakal membawa dirimu cemerlang jua nanti
Wafiah, anak istimewa saya, mudahan menjadi anak yang solehah dan sejuk mata memandang
Salman dan aqil , mereka sedang belajar melalui bermain kerana bermain masih lagi menjadi kerja hakiki dan rutin utama mereka.


Untuk anak-anak ku, apapun samada bakat, minat, akademik dan kemahiran, jangan lupa satu perkara, jadilah anak-anak cemerlang berjaya yang soleh dan solehah serta jangan lupa untuk  sentiasa mendoakan kedua ibu dan bapa kalian nanti.

Sekian.

******************************************************************


JOM SERTAI.......


Bengkel Seni kreatif  Kanak-Kanak

24 APRIL 2016,  ( 09.30 AM - 04.30 PM) 
di TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642