Tuesday, 6 July 2021
ANAK YANG SENSITIF
Tingkahlaku kanak- kanak
Tingkahlaku laku kanak- kanak vs tip menangganinya.
Pernah tak terjadi anak- anak di TASKA atau di TADIKA kelihatan sukar fokus dalam sesuatu aktiviti yang pendidik sedang jalankan?.
Pernah tak anda rasa pening tengok ragam anak- anak yang tak boleh duduk setempat@ sukar duduk diam seketika, terlalu hyperaktif hingga suka ganggu orang sana sini.
Pernah tak anda berhadapan dengan anak- anak yang sukar mengawal keinginan yakni anak tersebut sukar melambatkan apa yg dia mahu, kalau dia nak sesuatu dia nak dengan cepat dan segera. Kalau tak dapat, mulalah dia trantrum mengamuk sakan.
Pernah berlaku tak hal- hal begini tatkala kita bersama anak- anak kecil tak kiralah anak kita sendiri maupun anak didik anak asuh di TADIKA dan TASKA?
Ya, memang betul anak- anak kecil suka menunjukkan tingkahlaku yang pelbagai, sesetengahnya adalah tingkahlaku semulajadi mereka sebagai anak kecil. Tapi kalau tingkahlaku atau kerenah yang ditunjukkan itu sudah melebihi dos atau agak keterlaluan sehingga tidak endah akan pujukan dan nasihat, bagaimana?
Anda percaya tak bahawa ada kajian menunjukkan anak- anak yang over dos perangainya itu adalah .tanda- tanda anak yang ada isu@ masalah di bahagian otak belakang dahinya.
Menurut kata pakar berkaitan, bahagian otak yang berada di belakang dahi seseorang tugasnya adalah ibarat CEO yang berfikir dengan waras untuk menyelesaikan setiap hal atau perkara. Namun, oleh kerana anak anak sebenarnya tidak menggunakan otak CEO ini sebaliknya lebih banyak menggunakan otak emosi maka timbullah pelbagai ragam dan tingkahlaku tersebut.
Yup.. ..maka memang benar, itulah tingkahlaku seorang kanak- kanak yang selalu kita hadapi.
Justeru itu, sebagai pendekatannya kita bolehlah ambil langkah perlu bagi memastikan anak- anak ini mempunyai otak yang sihat dan cergas sambil boleh memgawal tingkahlaku yang keterlaluan yang boleh memeningkan kita.
Apa caranya?
Ok, jom saya komgsikan maklumat yang saya juga perolehi dari mereka yang pakar.
1. Bagi mengatasi anak yang ada masalah fokus, bagi mereka makan telur di waktu pagi, insyallah telur dapat bantu fokus dan tumpuan anak- anak.
2. Ambil makanan seperti dark chocolate di mana 70 peratus bahannya adalah terdiri dari coklat asli yang mengandungi bahan yang boleh membantu mengembalikan fokus dan kurangkan hyperaktif kanak- kanak. Ada kajian berkaitan yang telah dilakukan.
3. Beri anak- anak makan fish oil atau minyak ikan yang ada omega 3 tu di mana ia baik sangat untuk otak, mata, kulit, sendi, rambut dan jantung anak- anak. PALING penting ialah kebaikannya terhadap kesihatan otak anak.
Akhir sekali, galakkan anak- anak ini melakukakan senaman mudah yang berkaitan otak. Cubalah Google, tentu ada banyak senaman otak atau brain gym yang mudah yang boleh dibuat bersama dengan kanak- kanak. Antara kelebihan senaman otak ini ialah ia dapat mententeramkan anak- anak yang hyper atau yang over sangat tak boleh duduk tu.
Justeru itu, kita nampak betapa terdapat sesetengah bahan dalam makanan yang dapat membantu otak kanak- kanak . Kita juga boleh dapat idea bahawa senaman dan pergerakan juga banyak membantu perkembanagn yang sihat dalam diri kaank- kanak.
Just sharing...
Jom fikir- fikirkan bersama,
#Norazura
#Trainerandfacilitator
Sunday, 20 June 2021
CIRI=CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK
Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
1. CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK
i.
Kanak-kanak jenis visual
Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;
Mereka suka menggambarkan sesuatu
yang mereka fahami. Kanak-kanak ini akan menggambarkan sesuatu imej jika dia
ingat pada sesuatu perkara. Sukakan gambar yang besar dan cepat merasa bosan
jika tiada perancangan. Sebaliknya kanak-kanak visual cepat belajar sesuatu
yang baru kerana mereka cepat fokus dan memahami gambaran yang diberikan serta
mempunyai banyak idea. Kelemahan kanak-kanak jenis visual ialah mereka cepat
rimas dengan perubahan masa, kurang minat membaca sesuatu perincian dan kurang
minat mendengar taklimat atau arahan secara terperinci.
Cara
mengendalikannya :
v Elakkan dari memberi banyak
maklumat serentak.
v Beritahu dia tempoh masa untuk
menyiapkan sesuatu.
v Ajak berbincang.
v Menggunakan banyak warna dan
bahan bergambar dalam mengendalikan aktiviti bersamanya.
v Beri barangan atau permainan yang
berwarna-warni
v Berikan banyak buku bergambar
ii.
Kanak-kanak jenis Auditori
Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;
Kanak-kanak ini akan cepat ingat apa yang didengari satu persatu. Mereka banyak belajar melalui mendengar. Kanak-kanak ini suka bercerita dan bercakap sendiri. Mereka juga mempunyai banyak idea, boleh diajak berbincang dan suka menulis@menconteng serta menghasilkan tulisan kreatif. Kelemahan kanak-kanak jenis Auditori ini ialah mereka suka mengulangi ayat yang sama dan suka mendengar suaranya sendiri serta mudah marah jika ideanya tidak didengari. Mereka juga suka melompat dari satu idea kepada idea yang lain.
Cara
mengendalikannya :
v Berikannya langkah demi langkah
dalam menyiapkan sesuatu aktiviti.
v Tanya samada dia dengar atau
tidak apa yang diperkatakan kepadanya.
v Tanya pendapat dia tentang
bagaimana dia harus membuat aktivitinya.
v Jangan beri arahan yang panajng
lebar kerana boleh membuatkannya hilang fokus.
v Banyakkan pujian dan dorongan.
v Banyakkan aktiviti berasaskan
bunyian @ muzik
iii.
Kanak-kanak jenis Kinestetik
Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;
Kanak-kanak jenis ini biasanya suka
bercakap dengan perlahan dan memerlukan banyak masa untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan yang baru. Kanak-kanak ini juga sukakan aktiviti luar yang
mencabar dalam keadaan yang selesa.
Mereka banyak belajar melalui pengalaman. Mereka mempunyai kelebihan sukakan
kerja berpasukan, pandai menjaga hati dan perasaan orang lain serta pandai
menghiburkan dan menyenangkan orang di persekitarannya. Kelemahan kanak-kanank
jenis Kinestatik ini pula ialah mereka sangat mudah terasa jika dipinggirkan
dan suka mengelak. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjaga hati orang
lain dan gemar menarik perhatian orang. Kanak-kanak ini juga sukakan keadaan yang
berselerak.
Cara
Menggendalikannya :
v Elakkan daripada memberi terlalu
banyak pilihan kepadanya.
v Berikan sesuatu aktiviti dengan
cara tersendiri dan menyeronokkan.Tanyakan samada dia selesa dengan cadangan
aktiviti yang dinyatakan.
v Tanyakan jika dia perlukan
bantuan atau pertolongan.
v Banyakkan pelukan dan sentuhan
dan berikan dia kejutan
v Banyakkan aktiviti fizikal
v Buat aktiviti dalam kumpulan
iv.
Kanak-kanak jenis Digital
Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;
Kanak-kanak jenis ini sukakan
butiran secara terperinci tentang sesuatu dan mereka suka berfikir secara
mendalam serta menghafal. Kanak-kanak ini suka merasa bermakna bagi orang
disekelilinginya. Mereka juga perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu
maklumat baru. Kelemahannya pula ialah sukar memberi kepercayaan kepada orang
yang baru dikenali dan juga perlukan lebih masa untuk membuat keputusan. Mereka
perlu diberi ulasan logik supaya mereka lebih faham.
Cara
Mengendalikannya:
v Tanya apa yang dia akan buat,
bukannya memberi arahan.
v Bila memintanya melakukan
sesuatu, terangkan kenapa.
v Tunjukkan yang pengasuh
mempercayainya
v Bagi dia masa yang secukupnya
ketika membuat sesuatu aktiviti bersama.
v Tanyakan samada dia faham apa
yang diperkatakan oleh pengasuh.
v Berikan penghargaan selalu
DUNIA KANAK-KANAK AWAL USIA
Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
DUNIA KANAK-KANAK AWAL USIA
1. PENGENALAN
Sejauh mana kita orang dewasa memahami dunia kanak-kanak awal usia?
Dunia kanak-kanak awal usia banyak merujuk kepada bagaimanakah kanak-kanak awal usia bertingkahlaku dan sejauh mana kita memahami tingkahlaku dalam dunia kanak-kanak awal usia ini.
Kanak-kanak
yang berumur 0 – 4 tahun mempunyai pelbagai kerenah dan tingkahlaku. Tanpa
kepelbagaian tingkahlaku atau kerenah, kanak - kanak belum dikira menghayati
dan meneroka sepenuhnya dunia mereka sebagai seorang kanak-kanak. Kebanyakan
tingkahlaku dan kerenah kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran di
mana mereka berada atau persekitaran tempat mereka membesar. Seperkara lagi,
kebanyakan tingkahlaku kanak-kanak adalah untuk menarik perhatian mereka yang
berada di sisinya yakni ibu bapa, orang sekeliling atau pengasuh jika
kanak-kanak berada di TASKA.
Ada antara tingkahlaku kanak-kanak
merupakan tingkahlaku semuajadi yang telah ada sejak lahir dan ada juga
tingkahlaku kanak-kanak dibentuk melalui persekitarannya. Tingkahlaku juga
boleh disebabkan oleh faktor baka yang berasal dari kedua ibu bapa kanak-kanak.
Tingkahlaku atau kerenah kanak-kanak boleh merangkumi tingkahlaku yang positif@
baik dan tingkahlaku yang negatif. Tingkahlaku yang baik perlu dipupuk dan
diberi galakan seterusnya oleh orang dewasa. Manakala tingkahlaku yang negatif
memerlukan bimbingan sepenuhnya juga daripada orang dewasa. Tingkahlaku yang
negatif perlu diubah secara perlahan-perlahan supaya menjadi tingkahlaku yang lebih
positif.
Sepertimana di TASKA, tugas dan peranan
pengasuh sangat besar dalam mengendalikan tingkahlaku dan kerenah pelbagai
kanak-kanak ini. Justeru itu, pengasuh memerlukan ilmu dan kemahiran yang baik dalam
mengendalikan dan menanggani setiap tingkahlaku kanak-kanak. Seorang pengasuh
perlu mengetahui dan memahami tingkahlaku kanak-kanak supaya mudah untuk
menguruskan kanak-kanak ketika melaksanakan rutin harian dan rutin aktiviti
mereka di TASKA. Dengan mengetahui dan
memahami setiap tahap perkembangan kanak-kanak di setiap tahap umur, dapat
membantu pengasuh memahami tingkahlaku yang biasa di kalangan kanak-kanak. Apabila
seorang pengasuh tahu setiap tahap perkembangan kanak-kanak maka pengasuh juga
boleh menerima pelbagai kerenah kanak-kanak dengan berlapang dada serta
rasional dan tahu pula bagaimana untuk mengendalikan kerenah tersebut dengan
berkesan.
Orang dewasa seperti ibu bapa maupun
pengasuh di TASKA seringkali rasa stress dan merunggut jika berhadapan dengan
masalah kanak-kanak yang suka menunjukkan tingkahlaku yang negatif. Disinilah
pentingnya mereka perlu menerapkan kepercayaan dan keyakinan bahawa segala
tingkahlaku kanak-kanak adalah perkara biasa dan semulajadi bagi seseorang
kanak-kanak. Justeru, pengasuh di TASKA khasnya perlu yakin bahawa mereka boleh
mengendalikan kanak-kanak dengan cara yang berkesan. Pengasuh mesti berkata di
dalam hati bahawa mereka mampu untuk melaksanakan tugas dan peranan mereka
sebagai seorang pengasuh di TASKA. Jika pengasuh ingin kanak-kanak mengubah
kerenah negatifnya menjadi positif, antara cara yang utama ialah pengasuh dulu
mesti mengubah cara dan corak asuhan dan didikannya supaya sesuai dan berkesan.
Pengasuh sendiri wajib menjadi contoh ikutan yang baik kepada kanak-kanak yang
diasuhnya.
Pengasuh
juga perlu tahu bahawa ibu bapa adalah contoh ikutan yang paling baik kepada
anak-anaknya sendiri. Ibu bapa adalah model semulajadi kepada anaknya sendiri.
Jangan terkejut jika sebahagian dari tingkahlaku yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak, dipelajarinya dari ibu bapanya sendiri.
Justeru
itu, sangatlah penting untuk pengasuh juga perlu selalu menjalinkan komunikasi
yang baik dan mengadakan perbincangan berkaitan secara berterusan dan berhemah bersama
ibu bapa.
Kanak-kanak
sering mempunyai persepsi atau anggapan yang kadang-kadang jauh berbeza dari
pandangan kita sebagai seorang pengasuh di TASKA. Mungkin kita suka dan kita
hendak kanak-kanak banyak terdedah kepada bahan bacaan ringan di TASKA namun
bagi kanak-kanak pula, mereka lebih suka hanya membelek gambar-gambar yang
berwarna- warni. Mendengar bacaan sangat membosankan bagi kanak-kanak tetapi
seolah suatu kemestian pula bagi kita orang dewasa. Pengasuh sepatutnya mesti
cuba duduk di dalam kasut kanak-kanak untuk memahami sesuatu yang disukai atau
diperlukan oleh kanak-kanak pada satu-satu masa. Put yourself in their shoes. Bab ini akan menerangkan lebih lanjut
mengenai tingkahlaku kanak-kanak dan bagaimana pengasuh perlu belajar
memahaminya.
2. CIRI-CIRI
SEMULAJADI KANAK-KANAK
Untuk memahami tingkahlaku kanak-kanak, seseorang
pengasuh perlu tahu apakah tingkahlaku semulajadi atau normal yang ada pada
kanak-kanak dan bagaimana cara mengendalikannya.
i.
Sangat
aktif
Kanak-kanak yang normal selalunya aktif dan tidak boleh duduk diam. Dia akan bergerak atau melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengenal letih dan jemu. Di fikiran kanak-kanak, mereka hanya tahu dan peka pada keinginan untuk bermain dan melakukan apa sahaja aktiviti yang dirasakan menyeronokkan. Jadi, jika kanak-kanak memang tak reti duduk diam - diam, maka biarkan sahaja. Kita cuma perlu pantau atau jika di TASKA, pengasuh boleh bimbing aktiviti kanak-kanak sambil berikan peraturan yang sesuai mengikut tahap umur dan kebolehannya.
ii. Suka meniru perbuatan orang lain
Pada peringkat awal usia kanak-kanak, mereka akan mudah
mengikut atau meniru apa yang selalu dilihatnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh
orang yang yang selalu berada di persekitaran kanak-kanak akan mudah ditiru
oleh kanak-kanak yang melihatnya. Bukan itu sahaja, bahkan kanak-kanak mudah meniru
apa yang dilihat di dalam televisyen atau skrin telefon bimbit. Justeru itu,
pengasuh perlu sentiasa memastikan apa sahaja yang dilihat oleh kanak-kanak
adalah sesuatu yang baik yang boleh memberikan pula impak yang baik kepada
kanak-kanak. Pengasuh di TASKA maupun ibu bapa di rumah merupakan role model utama ikutan kanak-kanak.
iii. Belum mampu membezakan antara yang betul dan yang
salah
Kanak-kanak merasakan mereka bebas berbuat apa
sahaja yang dikehendaki. Ini kerana tahap kefahaman mereka belum begitu
sempurna. Kanak-kanak berbuat apa sahaja tanpa dapat memahami yang betul atau
sebaliknya. Pada pemahaman kanak-kanak, semua yang dibuatnya adalah betul dan
dia tetap berhak melakukan sesuatu yang disukainya. Tahap kebolehan untuk kanak-kanak
awal usia membezakan apa yang betul dan apa yang salah bergantung kepada umur
dan kebolehan perkembangannya. Justeru itu, para pengasuh perlu sentiasa
memberi bimbingan berkaitan apa yang baik dan sebaliknya secara sedikit demi
sedikit kepada kanak-kanak. Jalankan sesi aktiviti yang memberi yang pengajaran
yang baik. Bimbing kanak-kanak memahami kenapa sesuatu perkara itu tidak baik.
iv. Suka bertanya soalan
Secara semulajadinya, kanak-kanak suka banyak
bertanya soalan itu dan ini. Dia akan bertanyakan soalan berdasarkan apa yang
dilihatnya atau apa yang difikirkannya. Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan
emosi yang sihat akan terus bertanya sesuatu soalan dalam usaha untuk dia
memahami sesuatu perkara baru yang dilihatnya. Justeru, setiap persoalan
kanak-kanak perlu dijawab segera oleh pengasuh menggunakan bahasa dan gaya yang
mudah difahami oleh kanak-kanak.
Pengasuh tidak boleh menunjukkan sikap menepis dan menafikan kerenah kanak-kanak yang suka bertanya soalan. Dengan suka bertanya banyak soalan, kanak-kanak sedang cuba belajar banyak perkara di persekitarannya juga.
v. Ingatan yang tajam
Kanak-kanak
akan sentiasa ingat apa sahaja yang diberitahu kepadanya oleh orang dewasa atau
oleh pengasuh di TASKA. Pengasuh boleh memberitahu adap dan perkara yang baik
selalu kepada kanak-kanak kerana mereka akan ingat. Setiap perkara yang
dijanjikan oleh pengasuh kepadanya juga akan diingatinya dan dituntutnya. Oleh itu, pengasuh perlu menunaikan
setiap perkara yang telah dijanjikan kepada kanak-kanak. Misalnya jika
kanak-kanak berbuat sesuatu yang baik dan pengasuh berjanji untuk memberikan
ganjaran maka pengasuh perlu tunaikan segera.
vi. Suka ganjaran dan sokongan.
Kanak-kanak sangat sukakan ganjaran dan pujian dari
orang dewasa atau pengasuh di TASKA. Kanak-kanak akan lebih bersemangat
melakukan sesuatu aktiviti jika ada sokongan, galakan, pujian dan juga
ganjaran. Mereka suka dipuji dan
diberikan ganjaran atas apa yang dilakukannya. Kanak-kanak seolah sangat merasa
dihargai jika dia diberikan ganjaran atau hadiah. Justeru itu, untuk membentuk
sikap yang baik atau untuk menggalakkan sesuatu perkembangan dalam diri
kanak-kanak, jadikan galakan, sokongan, pujian, ganjaran dan seumpamanya
sebagai suatu perkara yang wajib pengasuh lakukan dalam mengendalikan
kanak-kanak.
vii.
Suka
bermain
Bermain adalah kerja hakiki seorang kanak-kanak.
Main dan kanak-kanak tidak boleh dipisahkan sama sekali. Sebaik celik dari
tidur, pastinya dalam kepala kanak-kanak
hanya ada perkataan main. Hakikatnya kanak-kanak belajar pelbagai perkara baru
di persekitarannya hanya melalui bermain. Oleh itu, pengasuh perlu merancang
pelbagai aktiviti bermain yang menyeronokkan.
Pengasuh mesti senantiasa memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk bermain dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk tujuan
tersebut. Jangan sesekali menafikan hak
kanak-kanak untuk terus bermain.
viii.
Suka
bersaing bersama rakan sebaya atau adik beradik
Kanak-kanak suka menunjukkan kebolehannya. Dia akan
terdorong untuk merasakan dan menunjukkan yang dia boleh buat lebih baik
berbanding orang lain. Jadi, bimbing kanak-kanak untuk bersaing secara positif.
Elakkan dari perkara yang menyebabkan kanak-kanak bergaduh.
ix. Mempunyai daya sensitiviti yang tinggi
Kanak-kanak mempunyai perkembangan emosi yang
pelbagai bergantung kepada persekitarannya. Kanak-kanak akan mudah marah, mudah
merajuk dan juga memberontak. Daya sensitiviti mereka terhadap sesuatu perkara
yang berlaku adalah sangat tinggi. Justeru, pengasuh perlu sentiasa peka dan
faham serta bertindak segera kepada
sebarang perubahan emosi kanak-kanak.
x.
Mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi
Secara semulajadinya kanak-kanak memang mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi. Bersesuaian dengan umur dan tahap kebolehan
mereka, kanak-kanak akan cuba meneroka dan menguji serta memanupulasi sesuatu
sekadar untuk ingin tahu kenapa, mengapa dan bagaimana. Dengan pengalamannya melalui sesuaitu
aktiviti, kanak-kanak dapat jawapan kepada perasaan ingin tahu tersebut. Mereka
akan terus belajar dan belajar pelbagai perkara baru asbab dari perasaan ingin
tahu tersebut. Oleh itu adalah menjadi tugas pengasuh untuk menrancang dan
membimbing pelbagai aktiviti menarik kepada kanak-kanak.
xi. Mempunyai daya imiginasi dan kreativiti yang tinggi
Kanak-kanak sangat kreatif. Mereka sentiasa
mempunyai idea untuk melakukan sesuatu. Jika kanak-kanak diberi bahan yang
minima atau jika tiada bahan sekali pun, kanak-kanak masih boleh menggunakan
imiginasinya untuk melakukan sesuatu menghasilkan sesuatu aktiviti. Oleh itu,
pengasuh perlu memberi peluang untuk kanak-kanak menterjemahkan daya imiginasi
dan kreativiti yang tinggi tersebut melalui pelbagai aktiviti kreatif yang
menarik di TASKA.
xii.
Perkembangan
bahasa yang cepat
Kanak-kanak sangat mudah mempelajari bahasa tertentu
dengan cepat merujuk kepada bahasa pertuturan apa yang didengarinya setiap
hari. Jadi, untuk kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan mudah,
pengasuh hendaklah menggunakan bahasa yang betul dan sesuai kepada kanak-kanak.
Ibu bapa di rumah juga berperanan membentuk perkembangan bahasa dikalangan
kanak-kanak berdasarkan bahasa apa yang mereka gunakan sebagai pertuturan di
rumah.
Rujukan Tingakahlaku semulajadi kanak-kanak -
Modul Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak PERMATA
Sunday, 6 June 2021
SKM PPT mengiktiraf kemahiran anda
😊![]() |
| CONTOH |
Seseorang diiktiraf secara rasmi bagi kepakaran atau kemahiran yang diperolehinya melalui pengalaman kerja berdasarkan National Occupational Skills Standards (NOSS) untuk dipersijilkan dengan :
SKM Tahap 1, 2 dan 3
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Lanjutan kemahiran Malaysia.
PENJAGAAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PUSAT JAGAAN
KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS
MENGAPA ANDA PERLUKAN SKM MELALUI PPT DALAM BIDANG DI ATAS?
Anda akan memperolehi Sijil dalam masa yang singkat tanpa perlu menghadiri kelas/latihan/menduduki ujian. ( proses 2 ke 4 bulan)
Peluang peningkatan diri dan imej dalam bidang di atas.
Kemahiran yang anda ada akan diiktiraf dan diperakui.
- Berumur 17 tahun ke atas
- Mempunyai pengalaman dalam industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak lebih dari 3 tahun.
- Mempunyai sijil KAAK @ KAP @ KSPK suatu kelebihan.
- Pengusaha TASKA
- Pengusaha TADIKA
- Pengusaha PUSAT JAGAAN
- Jurulatih @ Fasilitator Pendidikan awal kanak-kanak
- Pengasuh TASKA
- Pendidik@guru TADIKA
- Penjaga@guru PUSAT JAGAAN
- Guru2 pra sekolah
CALL 019 2115642 ATAU WHATAPP SAYA DI 016 7235080

