Thursday, 27 April 2017

Menulis; pendidikan awal kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


InsyAllah, matlamat baru saya kini; saya akan mewarnai persada pendidikan awal kanak-kanak ini dengan penulisan berilmiah.

Suatu ketika dulu;
Hobi saya yang paling ketara ialah menulis. Saya memang suka menulis tetapi selalunya saya menulis untuk bacaan dan kepuasan diri sendiri sahaja. Ketika itu, saya boleh tulis apa sahaja yang saya boleh lihat di persekitaran saya.

Menulis sebenarnya merupakan satu terapi minda yang sangat berkesan , ia adalah medan meluahkan segala perasaan di atas helaian kertas.

Menulis di atas helaian kertas peribadi penuh dengan keikhlasan kerana kita berkongsi dengan diri sendiri luahan dan hasrat hati kita, berbeza dengan menulis di media sosial, di mana kita menulis supaya orang boleh membaca segera apa yang dikongsikan dalam tulisan tersebut.
Semasa zaman kegemilangan saya menulis untuk diri sendiri dulu, bukan tak pernah terfikir untuk hantar penulisan itu ke mana- mana tetapi sebenarnya saya memang tidak tahu di mana harus dituju. Lalu, semua hasil penulisan tersimpan erat di dalam buku yang disebut 'diary'. Paling tidak pun, saya menulis buat tatapan mata si dia yang setia menemani saya hingga ke hari ini. Menulis untuk si dia sahaja sudah boleh dibukukan dalam bentuk novel. Tetapi, cukuplah semua itu kini tersimpan dalam novel kehidupan kami bersama.

Masa berlalu, tatkala di ulit keluarga dan kerja harian di kiri dan kanan hingga akhirnya penulisan untuk tatapan diri sendiri itu pun terus sepi dan menyepi sedikit demi sedikit.
Alhamdullillah, kini saya akan kembali. Bakat kurniaan Allah itu rupanya masih tersemat erat dalam sanubari. Saya kembali rasakan  bahawa menulis adalah suatu kepuasan dalam hidup ini.
InsyAllah, saya bakal  tulis apa yang terfikir dan termampu.
Apatah lagi, saya baru sahaja dapat ilmu baru, rupanya buku boleh terbit sendiri.
2 perkara sahaja yang diperlukan untuk terbit buku sendiri iaitu pertama idea dan kedua modal duit.

Tiupan aura positif buat diri sendiri;
Katakan pada diri, jom mulakan langkah ini. Sangka baik pada diri ini, saya boleh dan saya mampu buat. InsyAllah.


Buku digital(ebook) tulisan saya,


Rancangan Pelaksaan Aktiviti yang perlu disediakan oleh Pendidik di TASKA








Langkah Pengendalian aktiviti rutin kanak-kanak di TASKA






Kemahiran pendidikan awal kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Khas buat pendidik TASKA.
Tingkatkan  keprofesionalan anda dengan memiliki ebook - ebook di bawah ini.
Miliki EBOOK di bawah untuk .meningkatkan kemahiran pendidikan awal kanak-kanak.

Minggu ini, sempena cuti Hari Pekerja pada 01 Mei nanti, saya ingin berikan tawaran istimewa harga ebook saya khas buat semua personel di TASKA.

Dapatkan EBOOK Pelaksanaan RPA TASKA, Ebook 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak dan juga Ebook Pengendalian  SOP Kanak-Kanak di TASKA.

Harga promosi bermula hari ini hingga
01 Mac 2015, hanya RM 55 sahaja.
(Harga biasa untuk semua ebook RM90).

Jika ada yang berminat, sila bank in terus RM 55 ke acc ;
Nor Azura Ismail,
Maybank 155126919215 @
CIMB 7612806903
CEPAT, promosi hanya hingga 01 Mei - 6 hari sahaja)

Whatapp bukti bayaran dan alamat emel ke 0167235080 atau 0192115642 (sms sahaja)

Pendidik Profesional, TASKA berkualiti.


#Norazurachildcarepractitioner
#Norazuratrainingandconsultancy
#Norazuraskmpractitioner









Langkah-Langkah Pengendalian rutin dan aktiviti kanak-kanak di TASKA




Rancangan Pelaksanaan Aktiviti yang perlu disediakan oleh Pendidik TASKA


Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Perkhidmatan lain
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA








Wednesday, 26 April 2017

Kerjaya Pilihan Anak-Anak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Halatuju bidang pembelajaran pilihan anak-anak.
Kerjaya pilihan anak-anak.

Adakah perlu ikut pilihan anak-anak atau ikut pilihan ibu bapa?
Zaman dan masa telah berubah.  Sealiran itu, cara ibu bapa berfikir juga harus berubah 100%  dalam memastikan jenis pendidikan dan laluan kerjaya yang terbaik untuk anak-anak yang sedang meningkat dewasa ini.  

Memang betul, ibu bapalah paling berhak memutuskan sesuatu yang dirasakannya sendiri baik untuk masa depan anak,-anak. Namun, zaman ini bukan zaman memaksa anak-anak mengikuti sesuatu yang dihajati oleh ibu bapa semata. Zaman ini bukan segalanya perlu berkait dengan pencapaian akademik semata. Anak~anak generasi Y dan Z ini adalah anak~anak  yang berhak diberi pilihan arah tuju masa depan pilihan mereka.

Sokonglah kerjaya pilihan anak-anak.
Peranan ibu bapa adalah  sebagai pembimbing bukan pembuat keputusan mandatori. Samada anak~anak ingin dan sesuai meneruskan bidang pembelajaran akademik atau memilih mana-mana aliran kemahiran@ teknikal@ vokasional, lihat pada potensi diri dan minat anak~anak ini.
Galakkan mereka  belajar setinggi mana  yang boleh jika anak-anak memang mampu menguasai pendidikan akademik dalam sesuatu bidang. 

Sebaliknya, bantulah anak melebarkan  minat dan potensi diri mereka jika memang benar mereka nampak terserlah dalam sesuatu kemahiran itu. Tak rugi pun mengilap potensi yang ada dalam diri anak-anak kita. Yang nak belajar atau yang nak melakar masa depan bukan ibu bapa tetapi anak-anak.
Ibu bapa jangan rasa segan atau malu untuk sebut atau bercerita yang anaknya sedang mengikuti program tertentu di mana-mana kolej kemahiran . Ibu bapa kena belajar buang sikap hanya rasa bangga untuk sebut anak sedang belajar di Universiti.  Samada belajar di U atau belajar kemahiran, berikan mereka galakan dan dorangan berterusan yang menepati potensi diri mereka.
Realitinya, belum tentu yang keluar U itu dapat meneruskan kerjaya bidang mereka dengan selesa dan mudah. 

Tapi anak- anak yang berjaya menggarap sesuatu kemahiran itu,  anak- anak yang tahu dan boleh buat kerja itu, insyAllah mereka yang lebih mudah mendapat pelbagai peluang kerjaya yang baik.
Apapun, sekadar pandangan peribadi saya, hidup untuk berjaya bukan sekadar perlu ada ilmu tetapi paling penting perlu memiliki sesuatu kemahiran dan boleh buat kerja dengan baik.
Sudah sampai masanya, perlu lah membina keterampilan ,( tahu dan bokeh buat) dalam menguasai sesuatu bidang.

Semoga minda ibu bapa masa. kini lebih terbuka dan positif dalam menentukan arus pembelajaran yang perlu dikuti oleh anak- anak.
InsyAllah, DIA  lah yang memudahkan segalanya.

Kerjaya pilihan anak-anak
Aliran Kemahiran antara  pilihan terbaik.
Sijil Kemahiran Malaysia dan
Diploma Kemahiran Malysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak.
Terbaik.
Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu(PPT)


#Norazurachildcarepractitioner
#Norazuraskmpractitioner


Saya kongsikan, sekitar majlis konvokesyen anak sulung saya. 

Bidang: Seni dan Reka Bentuk, Pengkhususan ; Media Digital, Animasi.
Belajar di Kolej kemahiran Tinggi MARA.

Belajar atas minat sendiri.
Tamat belajar, terus dilamar kerja dan disamping itu terlibat dengan pelbagai projek sendiri seperti upah iklan digital,  design T'shirt, Lukisan mural dan lukisan animasi.

Kini bertugas sebagai 'Designer Kulit Buku'




Anda boleh hubungi saya:

Nama :  Nor Azura Ismail
Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************

Friday, 14 April 2017

Positif dalam berfikir

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Mari berfikir sejenak bersama saya.
Belajar positif dalam berfikir.

Kenapa ada orang suka mengeluh, suka kata susah atau tidak boleh buat. Kenapa, ada orang suka mencari alasan. Lalu, lihatlah, dia terus berada di tahap itu sahaja. Bertahun-tahun tiada kejayaan dan perubahan dalam hidup.
Kawan-kawan, setiap orang ada masalah sendiri. Ia adalah suatu dugaan dari Allah dalam kehidupan ini.

Kata Hukum Tarikan,
Apa yang kita fikir, kita akan menarik apa yang kita fikirkan itu. Maksudnya, Jika kita fikir susah@sukar@tidak boleh, kita menarik ciri-ciri negatif itu semua datang kepada kita.

Lagi, baru sebentar tadi saya dengar seorang ilmuan berkata,
Allah memberi sesuatu mengikut apa yang kita sangkakan.

Positif dalam berfikir.

Benar sekali hikmah '
THE POWER OF HUSNUZON'

Jadi , fikikan yang positif, fikir yang baik. Bersangka positif pada keupayaan diri sendiri dan sangka baik juga pada orang lain.

Mudahan hidup kita semua dirahmati dan dipermudahkan Allah.

#Norazurachildcarepractitioner



SIAPA SAYA
Anda boleh hubungi saya:



Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)












PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

Bisnes TADIKA, suka dan duka

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Catatan cerita 2.
Pelbagai ragam, perencah pengalaman.

Dunia pendidikan awal kanak-kanak, bermulalah episod suka dan duka.
8 tahun meniti sebuah perjalanan dalam perniagaan TADIKA ini,  saya gagahi jua hingga ke hujungnya.  8 tahun perasaan ini bercampur baur, antara suka, gembira, duka dan nestapa tetap saya harungi jua.

Mengapa hanya 8 tahun sahaja? Mungkin itulah tempoh pembelajaran kehidupan yang telah ditetapkan untuk saya.
Siapalah yang tahu dan yang memahami selama 8 tahun saya berada di persada industri TADIKA ini. Tidaklah pernah sesekali saya mensiakan hasrat dan harapan setiap ibu bapa yang menghantar anak ke TADIKA saya. Sebolehnya saya pastikan semua anak- anak menjadi pandai lalu tercapailah hasrat si ibu si bapa.
Ketika itu minda saya juga berkata, pendidikan awal  ialah mendidik anak-anak awal usia menjadi cepat pandai. Saya sama juga seperti ibu bapa yang lain, teruja untuk melihat anak-anak TADIKA cepat pandai baca, tulis dan kira.

Hakikatnya saya juga kurang faham definisi pendidikan awal kanak-kanak yang sebenarnya lalu saya gagal juga fahamkan ibu bapa yang tidak sabar-sabar melihat anak cepat pandai. Lalu, jadilah matlamat TADIKA saya sama seperti TADIKA lain, bersaing menunjukkan TADIKA mana yang cepat menjadikan anak pandai.
Sememangnya bila anak pandai, sebakul pujianlah yang akan diterima. Jika sebaliknya, kelulah lidah untuk menjawab;
'kenapa ya cikgu, dah 4 bulan di TADIKA, anak saya masih tak pandai baca, cikgu ajar apa ya?'
Tertekan betul dengan jangkaan ibu bapa terhadap prestasi anak-anak awal usia ini.

Saya juga tidak lari dari masalah dan cabaran semasa sebagai seorang usahawan TADIKA. 
Saya dan keluarga hampir selalu menjadi perhatian masyarakat sekitar TADIKA. Rimasnya bila mereka sibuk nak tahu mengapa saya perlu memiliki anak yang ramai , sibuk lihat saya tinggal di mana, saya bawa kereta jenama apa, di mana anak saya bermain, apa pekerjaan suami saya dan macam-macam lagi. Macam pelik tetapi itulah hakikatnya.
Saya tidak boleh lari dari melayan pelbagai kerenah ibu bapa yang ada sahaja komen negatif yang tidak mampu saya tangkis berbekalkan ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang agak cetek dalam diri saya ketika itu.

Bergelumang pula dengan masalah pekerja; ada yang lari membuka TADIKA sendiri sambil membawa lari bersama pekerja lain dan anak-anak TADIKA.  Pekerja ini ibarat madu dan racun; menjadi madu kerana mereka tulang belakang TADIKA. Boleh juga menjadi racun yang menghancurkan majikannya.

Sungguh banyak emosi saya yang terganggu oleh kerana terlalu sangat ingin menuruti kehendak pekerja dan pandangan ibu bapa. Teringat kata seorang pakar motivasi, jika hendak jadi orang berjaya abaikan kata-kata dan pandangan negatif orang lain. Pandang dan lihat dalam diri sendiri dan belajar hargai kebolehan serta kelebihan diri kita sendiri.

Ketika ini saya suka membuat kesimpulan, untuk mengharungi cabaran bisnes dalam TADIKA atau TASKA,  yang mana produk kita adalah hasil kanak-kanak dan pelanggan kita adalah ibu bapa yang pelbagai ragam, kita sebagai pengusaha perlu ada pengetahuan dan kemahiran yang mendalam berkaitan pendidikan awal kank-kanak. Kita sama sekali tidak boleh ambil mudah sesuatu perkara berkaitan.

Kesimpulannya juga, saya belajar menjadi orang bisnes kini hasil dari ketandusan ilmu dan kegagalan masa lalu. Kata bijak pandai, kegagalan adalah guru terbaik buat kita.

Apa pun, cukuplah pengalaman lalu mengendalikan TADIKA  menjadi modul pengalaman kehidupan yang bermakna buat saya.  Saya tidak mungkin akan mengusahakan TADIKA lagi, bukan kerana serik tetapi kerana saya ingin gali dan sedang menyusur ebih jauh lagi ke dalam industri ini.

Kita perlu belajar dan terus belajar untuk berjaya. Jadilah insan berilmu dan berkemahiran dalam industri yang sedang kta ceburi ini.

Pendidikan dan penjagaan awal kanak,-kanak, suatu kerjaya yang mulia. Mari kita teruskan.


#Catatanbukupengalaman
#Norazurachildcarepractitioner


SIAPA SAYA

Anda boleh hubungi saya:




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)












PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642





Tuesday, 11 April 2017

Memulakan Perniaaan TADIKA, satu permulaan pengalaman

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com



Dunia Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Memulakan Perniagaan TADIKA, satu permulaan pengalaman.
Bermulanya perjalanan ini. 

18 tahun yang lalu, ketika bergelar surirumah yang diulit dengan anak-anak yang masih kecil lagi yang menjadikan faktor utama saya mendapat gelaran ini.
Tetiba, ketika itu, hati meronta-ronta ingin bekerja semula. Tetapi, kerja apa yang boleh dilakukan dengan keadaan anak-anak kecil sekeliling pinggang ini. Puas difikir, akhirnya Allah memberi ilham untuk saya memulakan perniagaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. Tepat sekali label ini, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, satu permulaan pengalaman kehidupan bagi seorang insan bernama saya. Ketika itu, saya berumur 29 tahun dan berkelulusan dalam bidang Perbankan, memang kosong pengetahuan formal berkaitan industri pendidikan awal kanak-kanak ini.

Dengan.penuh tekad, saya mula dengan mengusahakan sebuah TADIKA yang hanya berbekalkan pengalaman mendidik anak sendiri dan dengan usaha mencari sendiri sedikit ilmu asas awal yang diperlukan dalam bisnes ini. Tanpa menoleh ke belakang, saya mula mengorak langkah, memulakan Perniagaan TADIKA , satu permulaan penglaman dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini.

Dengan perasan teruja, penuh semangat, seronok dan berkobar- kobar saya rancang dan atur perjalanan  bisnes ini bersama harapan dan cita - cita besar. Paling penting ketika itu, anak- anak kecil saya seramai 4 orang itu, masih tetap bersama saya di mana sahaja saya berada. 

Alhamdullillah, Dia Allah, mengizinkan saya meneruskan cabaran demi cabaran awal dalam bisnes ini. Namun, disebalik keterujaan menjadi seorang usahawan TADIKA, saya diuji dengan pelbagai kerenah samada dari badan penguatkuasa, pekerja, ibu bapa dan juga persekitaran. Saya yang ketika itu, hakikatnya agak kurang ilmu berkaitan bisnes dan juga agak cetek ilmu serta kemahiran mengenai pendidikan awal kanak kanak, Lalu, saya sering teruji dan terusik dengan masalah dan cabaran semasa. Saya menjadi kurang tabah, sesekali menjadi lemah dan lemas dengan persekitaran perjalanan awal bisnes ini. 

Aduhai bukan mudah sebenarnya mengharungi segalanya. Inilah titik tolak saya mula melangkah masuk ke dunia penuh cabaran, mendidik anak- anak awal usia. Sempatlah saya merasa indahnya menjadi usahawan TADIKA. Panggilan cikgu yang dilantunkan dari mulut anak-anak maupun ibu bapa laksana butiran permata sebuah penghargaan. Bangga sesekali terasa acapkali melihat perkembangan anak-anak didik saya. Segalanya dari ALLAH jua.

Sesungguhnya pengalaman awal ini, biar pun penuh dugaan yang sesekali kelihatan perit dan pahit, namun ia tetap menjadi titik tolak untuk saya terus maju ke depan. Sering dulu, saya rasakan, siapalah saya ketika itu, seorang insan, seorang usahawan baru yang mula berjinak -jinak dalam industri ini. 

Kesimpulannya, untuk terjun dalam industri pendidikan awal kanak- kanak ini bukan boleh dibuat mudah semudah menulis abc. Segala persedian awal dari setiap sudut perlu sempurna, lengkap lagi mencukupi. 

Allah lah perancang kehidupan yang terbaik. Setiap jalan kehidupan tersirat pelbagai pengalaman dan pengajaran bagi setiap insan yang menyedari dan menghargainya.
Setakat ini dulu cerita 1 saya.
InsyAllah, Tunggu cerita seterusnya.



SIAPA SAYA,
Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)












PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya di sini - BORANG TEMPAHAN

atau terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642



Terima kasih.