Thursday, 27 April 2017

Menulis; pendidikan awal kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


InsyAllah, matlamat baru saya kini; saya akan mewarnai persada pendidikan awal kanak-kanak ini dengan penulisan berilmiah.

Suatu ketika dulu;
Hobi saya yang paling ketara ialah menulis. Saya memang suka menulis tetapi selalunya saya menulis untuk bacaan dan kepuasan diri sendiri sahaja. Ketika itu, saya boleh tulis apa sahaja yang saya boleh lihat di persekitaran saya.

Menulis sebenarnya merupakan satu terapi minda yang sangat berkesan , ia adalah medan meluahkan segala perasaan di atas helaian kertas.

Menulis di atas helaian kertas peribadi penuh dengan keikhlasan kerana kita berkongsi dengan diri sendiri luahan dan hasrat hati kita, berbeza dengan menulis di media sosial, di mana kita menulis supaya orang boleh membaca segera apa yang dikongsikan dalam tulisan tersebut.
Semasa zaman kegemilangan saya menulis untuk diri sendiri dulu, bukan tak pernah terfikir untuk hantar penulisan itu ke mana- mana tetapi sebenarnya saya memang tidak tahu di mana harus dituju. Lalu, semua hasil penulisan tersimpan erat di dalam buku yang disebut 'diary'. Paling tidak pun, saya menulis buat tatapan mata si dia yang setia menemani saya hingga ke hari ini. Menulis untuk si dia sahaja sudah boleh dibukukan dalam bentuk novel. Tetapi, cukuplah semua itu kini tersimpan dalam novel kehidupan kami bersama.

Masa berlalu, tatkala di ulit keluarga dan kerja harian di kiri dan kanan hingga akhirnya penulisan untuk tatapan diri sendiri itu pun terus sepi dan menyepi sedikit demi sedikit.
Alhamdullillah, kini saya akan kembali. Bakat kurniaan Allah itu rupanya masih tersemat erat dalam sanubari. Saya kembali rasakan  bahawa menulis adalah suatu kepuasan dalam hidup ini.
InsyAllah, saya bakal  tulis apa yang terfikir dan termampu.
Apatah lagi, saya baru sahaja dapat ilmu baru, rupanya buku boleh terbit sendiri.
2 perkara sahaja yang diperlukan untuk terbit buku sendiri iaitu pertama idea dan kedua modal duit.

Tiupan aura positif buat diri sendiri;
Katakan pada diri, jom mulakan langkah ini. Sangka baik pada diri ini, saya boleh dan saya mampu buat. InsyAllah.


Buku digital(ebook) tulisan saya,


Rancangan Pelaksaan Aktiviti yang perlu disediakan oleh Pendidik di TASKA








Langkah Pengendalian aktiviti rutin kanak-kanak di TASKA






No comments:

Post a Comment