Entri 2
Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Carian google
Pernahkah anda berhadapan dengan anak yang suka menggigit kawan-kawannya? Kebiasaannya anak yang suka menggigit ini ialah anak-anak yang berumur sekitar 1 -2 tahun.
Atau mungkin anak anda sendiri suka menggigit? Bagaimanakah cara anda perlu kendali anak yang suka menggigit ini? Saya akan cuba kongsikan bersama anda beberapa tip kendali anak suka menggigit. Sebelum tu, cuba anda baca situasi di bawah ini.
Amir adalah seorang kanak-kanak yang berumur 2 tahun, dihantar oleh ibunya untuk diasuh dan dididik di sebuah Taska yang berhampiran dengan rumahnya. Beberapa hari kebelakangan ini, ada beberapa kali ketika mengambil Amir di Taska, cikgunya akan memberitahu bahawa Amir telah digigit oleh Faiz. Kebiasaannya cikgu Taska tersebut akan memohon maaf atas perkara tersebut. Lebih memeranjatkan lagi bila cikgunya memaklumkan bahawa Amir telah digigit oleh kanak-kanak yang sama iaitu oleh Faiz. Pada mulanya ibu Amir tidaklah marah kerana menganggap perkara tersebut adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak kecil. Akan tetapi apabila telah beberapa kali digigit tambahan pula kesan gigitan tersebut sehingga melukakan bahagian luar kulitnya, mulalah timbul perasaan tidak puas hati pada ibu Amir. Akhirnya ibu Amir berjumpa dengan pihak pengurusan Taska bagi memaklumkan ketidakpuasan hatinya. Nak tahu apa soalan utama yang ditujukan kepada pengusaha Taska tersebut.
"Macamana anak saya asyik kena gigit dan kenapa cikgu tak betul-betul pantau anak yang bernama Faiz itu supaya dia tidak menggigit kawan-kawannya? Kenapa cikgu tak peka dengan anak-anak di Taska? Kenapa cikgu Taska tidak ambil apa-apa langkah yang perlu untuk mengatasi masalah gigit menggigit ini? Aduh, bertalu-talu soalan dari ibu Amir. Pening pihak pengurusan Taska nak menjawabnya.
Pernah berlaku di satu Taska kawan saya, disebabkan masalah gigit menggigit yang kronik telah berlaku, maka ibubapa kepada si anak yang menjadi mangsa gigitan telah mengambil keputusan memberhentikan anaknya daripada Taska kawan saya itu , itupun setelah bertekak melahirkan ketidakpuasaan hatinya dengan pengusaha Taska tersebut.
Jadi, macamana cara untuk kita kendalikan anak yang suka menggigit ini samada di rumah ataupun di Taska? Sudah beberapa cara anda lakukan supaya dia tidak menggigit lagi tapi nampaknya anak masih terus suka menggigit? Macam kes tadi, yang digigit ialah kawan-kawan yang bermain bersamanya di Taska? Aduh, memang pening dibuatnya, dahlah anak yang kena gigit meraung menangis sakit kena gigit, cikgu di Taska pula pening nak cari idea macamana nak berhadapan dengan ibubapa kepada anak yang telah digigit tadi. Tambahan pula, seperti kes kedua di atas, bukan semua ibubapa memahami kerenah kanak-kanak dan mudah menerima situasi tersebut. Kalau sekali mungkin tak mengapa, tapi dah beberapa kali pulak anak yang sama kena gigit. Cuba anda perhatikan macamana pula reaksi yang menggigiit itu, aduhai dia nampak rilek sahaja macam tak bersalah sahaja.
Jadi, sebelum saya kongsi tip kendali anak yang suka menggigit ini, saya akan kongsi dahulu mengenai kaitan tabiat suka menggigit dengan perkembangan kanak-kanak. Mengapa kanak-kanak sekitar umur 1 - 2 tahun ini suka menggigit? Menurut kajian dari seorang ahli teori perkembangan kanak-kanak, Sigmun Freud, beliau mengatakan bahawa personaliti manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.
- Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.
- Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.
- Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya. Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.
Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat. Saya hanya sentuh di sini peringat yang pertama iaitu peringkat Oral ( lahir- 18 bulan ). Pada peringkat ini kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan) dan menggigit ( selepas 18 bulan ). Anda mungkin biasa dengar orang berkata, kanak-kanak yang suka menggigit itu adalah kerana gusinya terasa gatal dan hendak tumbuh gigi. Jadi,kesimpulannya menggigit itu adalah tabiat semulajadi kanak-kanak sejak lahir. Cuma bagaimana cara ibubapa atau pengasuhnya memberikan aktiviti yang sesuai dengan tabiat menggigit tersebut serta bagaimana mengawalnya daripada memudaratkan orang lain bahkan mungkin diri kanak-kanak itu sendiri. Seperti yang saya nyatakan tadi, tabiat mula menggigit orang lain ini akan mula kelihatan sekitar usia 1 - 2 tahun.
Mungkin, anda boleh mencuba tip kendali anak suka menggigit yang saya berikan di bawah ini :
- Berikan anak aktiviti yang sesuai dengan perkembangan tersebut. Anda boleh berikan dia alat permainan lembut yang mudah digigit dan tidak mencederakan bahagian mulut kanak-kanak.
- Pantau anak ketika bermain dengan kawan-kawannya.
- Sekiranya didapati anak menggigit, cuba pisahkan anak sebentar dari kawan-kawannya.
- Selalu beritahu pada anak yang suka menggigit bahawa menggigit adalah sikap yang tidak baik. Tapi, bukan perkara mudah untuk anak faham. Perlulah beritahu secara konsisten dan sabar.
- Jangan memarahi kanak-kanak tersebut, kerana mereka sebenarnya mungkin inginkan perhatian dari anda sebagai ibubapa atau pengasuh di Taska.
- Jadi, sentiasa berikan perhatian dan kasih sayang kepada anak ini.
Ya, anda mungkin boleh cuba tip di atas ini. Saya ingin tambah tips lagi dimana baru sebentar tadi saya terjumpa dan terbaca sebuah blog berbahasa Inggeris mengenai antara cara berhadapan dengan anak suka menggigit yang dikongsi melalui blog tersebut. Mungkin anda juga boleh ambil idea tesebut.
Penulis blog tersebut telah bertanya samada anda pernah dengar cadangan atau cara@idea yang mengatakan jika anak menggigit orang lain, kita orang dewasa perlu gigit dia pula. Teori atau pandangan itu mengatakan bahawa tujuan menggigit semula anak itu ialah supaya dia sendiri faham bahawa digigit adalah menyakitkan, jadi dia tidak boleh ulangi perbuatan itu terhadap orang lain, dia harus berhenti menggigit. Seperti penulis blog itu, saya juga macam tak setuju dengan cadangan menggigit semula anak yang telah menggigit kawannya itu. Ia seperti membuat anak berasa keliru. Kita beritahu anak jangan menggigit sebab kena gigit tu sakit rasanya akan tapi kita sendiri pula yang menggigit anak kita. Ini akan menyebabkan anak boleh jadi keliru dengan arahan kita. Kata orang melayu cakap tak serupa bikin.
Akhirnya penulis blog telah mencadangkan supaya anak yang menggigit itu, minta dia gigit tangannya sendiri sehingga berbekas. Selepas itu, tanya pada anak 'sakit tak kena gigit?' Apa agaknya jawapan anak?
Menurut penulis blog itu, dia mempunyai anak berusia 2 tahun yang kuat menggigit. Satu hari sedang anak tersebut bermain di tepi kaki ibunya, tiba-tiba tanpa disedari dia telah menggigit kaki ibunya. Si ibu tak marah sebaliknya dia meminta anaknya itu gigit pula tangannya sendiri. . Bila anak itu menggigit tangannya sendiri sehingga meninggalkan bekas, sambil merasa hairan, dia memandang bekas gigitan tersebut. Kemudian dipandangnya pula kepada ibunya dengan pandangan seperti dan seolah berkata , "ibu, memang sakitnya saya gigit tangan saya sendiri"
Selepas mencuba beberapa kali menggigit tangannya sendiri, dia mula sedar akan keburukan menggigit orang lain. Sakit juga kena gigit ini rupanya, akhirnya sebagai 'option' lain, si ibu telah memberi si anak pilihan untuk mengunyah benda lain sebagai ganti menggigit tersebut. Si ibu juga akan berkali-kali ingatkan anak bahawa kena gigit itu sakit rasanya. Selang beberapa hari, anak tadi telah menggigit semula lalu si ibu mengulangi cara di atas dengan perasaan sabar.
Jadi, bagaimana? Mungkin kepada anda yang ada anak suka menggigit, bolehlah cuba idea di atas. Biasalah, seperti yang saya nyatakan tadi, menggigit adalah sebahagian daripada kerenah semulajadi kanak-kanak.
Kepada cikgu di Taska pula, berbincanglah dengan ibubapa kepada anak yang suka menggigit tersebut. Mungkin anda boleh cadangkan idea di atas. Kerjasama di antara pihak Taska dan juga ibubapa adalah penting untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai ibubapa pula, anda perlu belajar memahami perkembangan anak anda.
Ok, setakat ini dulu. semuga perkongsian di atas dapat memanfaatkan anda.

No comments:
Post a Comment