Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Carian Google
Entri 17
Kanak-kanak asuhan TASKA mengalami penderaaan emosi? Betulkah kenyataan
ini?
Bagi saya, kurang bersetuju
dengan kenyataan di atas kerana sebagai
salah seorang yang pernah berpengalaman menggendalikan TASKA , saya rasa di TASKAlah kanak-kanak melahirkan
keseronokan melalui pelbagai aktiviti yang ada kalanya tidak diperolehi di
rumah. Bermain bersama, bercerita , meneroka,
mencuba sesuatu, bergembira, mendapat pengalaman dan segala-galanya
boleh diperolehi di TASKA yang berdaftar
dan tentunya para pengasuhnya memahami perkembangan kanak-kanak. Cuba lihat kanak-kanak di TASKA, biasanya mempunyai sifat yang berani, yakin diri, pandai berkawan dan
pandai pula berbual serta bercerita. Jadi, mana betulnya kenyataan tadi?
Pihak TASKA yang mengikuti peraturan dan memahami setiap
perkembangan kanak-kanak menyediakan persekitaran serta kemudahan khas untuk untuk anak-anak bagi merangsang perkembangannya.
Tapi yang sedihnya apabila ada ibubapa sendiri terlepas pandang dengan menyerahkan
segala urusan anak kepada pihak Taska. Maksudnya ada ibubapa yang bersikap lepas
tangan dan mahu pihak Taska sendiri yang memastikan asuhan, kebajikan dan
perkembangan anak mereka.
Jom ikuti rentetan situasi anak-anak setiap hari di Taska.
Awal pagi (adakalnya sebelum pukul 7 pagi) ibubapa telah
bergegas, ada kalanya kelihatan kelam kabut menghantar anak ke TASKA dek kerana mengejar masa untuk punch card awal ke tempat kerja. Anak-anak yang di hantar dalam
keadaan belum dimandikan ini, menjadi kebiasaan pihak TASKA menerima dengan hati
yang terbuka dan bertanggungjawab. Akan tetapi ada masanya anak itu dihantar dalam
keaadaan lampin pakai buangnya telah penuh atau penuh najis. Dengan selamba, alasan
ibubapa tak sempat nak tukar dari rumah. Kesian anak, manakala tanggungjawab
menukarkan kain lampin buang yang penuh sejak dari rumah itu beralih tangan kepada
para pengasuh di TASKA.
Siap anak dimandikan, maka bermulalah rutin harian
kanak-kanak di TASKA. Semua anak di TASKA dalam situasi yang sama iaitu
masing-masing ditinggalkan sementara oleh ayah dan ibu yang sibuk keluar bekerja mencari
nafkah untuk keluarga. Pada siapa tempat mereka mengadu dan berkasih sayang? Jawapannya
tentulah para pengasuh menjadi pengganti sementara ibubapa mereka. Kawan-kawan
pula menjadi tempat untuk mereka merasa seronok bermain hingga tidak disedari
lamanya mereka ditinggalkan oleh ibubapa di TASKA. Dengan penuh rasa
tanggungjawab pula, para pengasuh ini mengasuh anak, menjaga kebajikan anak.
melayani setiap kerenah anak,bermain bersama dan menjalankan pelbagai aktiviti sehinggalah
tiba waktu kanak-kanak balik.
Saya akui, para
pengasuh sememangnya seorang yang tabah kerana jika dilihat nisbah pengasuh dengan
anak-anak, saya memang cukup tabik dengan pengasuh-pengasuh yang telah menjalankan
amanah yang baik di TASKA.
Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak
1 pengasuh : 3 bayi
1 pengasuh : 5 kanak-kanak berumur 1- 2 tahun
1 pengasuh : 10 kanak-kanak berumur 3-4 tahun
1 pengasuh : 10 kanak-kanak transit ( 5/6 tahun)
Kebiasaanya kanak-kanak akan berada di TASKA sehingga pukul 6 petang, barulah mula dijemput oleh ibubapanya. Hah,
itu belum termasuk lagi anak-anak yang diambil lewat, pukul 7 dan kekadang ada
yang sampai malam berada di TASKA. Kesimpulannya, sebahagian waktu siang anak-anak
ialah di TASKA.
Aduh, memang pening kepala nak jaga anak-anak ini. Tak sama sekali
dengan bekerja di pejabat . Yelah, berhadapan dengan anak-anak yang sedang aktif membesar
ini. Cukuplah kita menghadapi kerenah
anak-anak kita sendiri di rumah, itu pun sudah cukup menguji kesabaran dan
memenatkan. Bagaimana pula jika terpaksa menjadi ramai anak? Sekali lagi, para
pengasuh telah memikul peranan yang besar dan sungguh murni. Tidaklah benar
sama sekali jika kanak-kanak asuhan TASKA mengalami penderaaan emosi ketika di asuh di
TASKA.
Pernah saya bertanya pada anak-anak yang di Taska yang
pernah saya kendalikan,
“ Suka tak datang Taska’
ada anak akan menjawab,
“ Suka dan seronok
sebab dapat main dan jumpa kawan, kat
rumah tak dapat main sesuka hati,
nanti mama marah”.
Begitulah lebih
kurang apa yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak dengan ayat kanak-kanaknya. Jadi,
sekali lagi saya tak bersetujulah dengan kenyataan bahawa kanak-kanak asuhan
TASKA mengalami penderaan emosi.
Bagaimana sebenarnya
anak-anak asuhan Taska boleh mengalami
penderaan emosi? Ini akan berlaku
sekiranya pihak TASKA mengambil
alih peranan hakiki bubapa. Mengapa terjadi demikian? Ini pula boleh berlaku
bila ibubapa tidak melaksanakan peranan mereka yang sebenarnya sebagai ibubapa.
Mungkin cuma segelintir sahaja yang bersikap sedemikian tetapi tetap memberi impak dan kesan yang besar
dalam pembentukan generasi akan datang.
Nak tahu apa kesannya kepada anak-anak jika pihak ibubapa
menyerahkan tanggungwab mereka kepada pihak TASKA serta mengendahkan pula peranan hakiki mereka
sebagai ibubapa? Bagaimana pula dikatakan anak-anak ini mengalami penderaan
emosi kerana sikap ibubapa mereka sendiri?
Perkara di bawah ini mungkin penyebabnya:
ANAK-ANAK AKAN KURANG MENDAPAT KASIH-SAYANG
Kesibukan seharian ibubapa, hingga tiada masa menzahirkan
kasih sayang kepada anak-anak yang memang memerlukan belaian dan sentuhan dari
ibubapanya. Bila telah seharian di TASKA, pada waktu malamlah anak-anak
rindukan kasih sayang dari ibubapanya. Anak-anak tidak meminta tetapi mereka tunjukkan mungkin
dengan membuat pelbagai kerenah@ragam. Semuanya untuk mendapatkan perhatian
dari ibubapa. Sebaliknya anak-anak mungkin dimarahi pula.
Dikuatiri kelak bila anak-anak
ini mula meningkat remaja, mereka akan mencari dan mendapatkan kasih sayang daripada
kawan-kawan atau dari mereka yang tidak sepatutnya. Mereka juga mungkin akan
menjadi seorang yang pemarah dan suka berdendam.
ANAK-ANAK AKAN MERASAI KURANG DIHARGAI.
Bila waktu malam anak-anak ingin bercerita atau menunjukkan
hasil aktiviti mereka ketika di TASKA, ibubapa yang kepenatan tidak dapat memberi
ruang yang berkualiti untuk memberi ganjaran atau penghargaan kepada cerita
atau hasil aktiviti anak-anak tersebut. Dikuatiri anak-anak akan membesar
dengan rasa rendah diri dan tiada keyakinan.
KURANG KEMESRAAN DAN DAN KURANG MELAKUKAN AKTIVITI BERSAMA
Penat dan letih seharian bekerja. Tiada masa untuk bergurau
dan bermesra dengan anak-anak yang seharian dijaga di TASKA. Dengan anggapan
anak-anak suka menganggu ibubapa yang ingin berehat, anak-anak disuruh pula
duduk diam sambil menonton tv sendiri atau lebih teruk lagi ibubapa akan beri
anak-anak leka bermain dengan gajet. Kesannya nanti anak-anak akan membesar dalam
suasana ikatan kekeluargaan yang longgar dan rapuh.
KURANG MENGAMBIL TAHU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Alasan tiada masa juga menyebabkan ibubapa menyerahkan
segalanya kepada pihak TASKA untuk memantau perkembangan anak-anak mereka. Amat
kasihan kerana ibubapa ini tidak langsung mahu ambil peduli apa jua hasil
pembelajaran yang telah diperolehi oleh
anak-anak . Bila di rumah mereka tidak peka untuk sama-sama membantu merangsang serta menggalakkan perkembangan
anak-anak mereka.
TIDAK MAHU MEMAHAMI KERENAH KANAK-KANAK
Bila penat, cepat sahaja ingin merasa marah. Kerenah anak-anak
yang tidak tahu duduk diam atau
tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal menyebabkan anak-anak ini sering dimarahi.
Ada juga yang menjadi mangsa penderaan fizikal seperti dipukul atau dicubit. Padahal semua itu adalah sifat semulajadi
kanak-kanak. Ibubapa harus belajar memahami dan menangganinya.
TIADA KESINAMBUNGAN AKTIVITI TASKA DI RUMAH
Saya mengambil contoh kanak-kanak 3-4 tahun dimana pihak TASKA amat prihatin mengasuh anak-anak
ini tentang kemahiran urus diri. Apabila
ibubapa tidak ambil kisah maka mereka tidak akan memastikan apa saja kemahiran yang anak-anak
belajar di TASKA diteruskan dan dipantau
pula oleh ibubapa di rumah. Contohnya
latihan ke tandas yang diajar di TASKA sukar diaplikasikan oleh anak-anak berterusan
kerana tiada kerjasama dan kesinambungan
di rumah.
KURANG KEMAHIRAN MENDIDIK ANAK YANG BETUL
Ibubapa yang sibuk, tentu sekali juga tiada masa untuk
memahirkan lagi ilmu keibubapaan mereka samada mengikuti seminar atau membaca
buku-buku berkaitan. Mungkin merasa tidak begitu penting untuk mengetahui tahap
perkembangan anak-anak mereka.Kesannya begitu banyak berlaku kesilapan dalam
mendidik anak-anak tanpa disedari.
Semua perkara di atas sangat memberi kesan kepada
pembentukan peribadi, sahsiah dan emosi kanak-kanak.Penderaan emosi boleh
berlaku bila kanak-kanak mula merasa kurang disayangi, kurang dihiraukan serta
tidak dihargai oleh ibubapa mereka sendiri. Ibubapa mungkin tidak menyedari
kerana mereka merasakan mereka telah memenuhi keperluan kebajikan anak-anak.
Walhal lebih daripada itu yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak. Adalah diharapkan
perkara sedemikian tidak berlaku kepada kebanyakan daripada ibubapa yang
terpaksa menghantar anak-anak ke TASKA dek kerana tuntutan mencari rezeki.
Mencari rezeki adalah penting untuk kewangan dan ekonomi keluarga
yang stabil. Tetapi, tidak boleh hingga amanah yang telah dikurniakan Tuhan
terabai. Mendidik anak bukan sekadar hanya memberi makan, minum dan pendidikan
sahaja bahkan lebih dari itu. Anak adalah amanah untuk dididiik mengikut cara
didikan yang betul.
Andai hari ini kita semua telah tersilap langkah, jom sama-sama kita perbaiki lagi kemahiran didikan kita
kepada anak-anak yang suci bersih ini. Mudah-mudahan mereka membesar menjadi
generasi berkualiti dan membesar menjadi anak penyejuk mata ibubapanya. Sekian.
**Sekadar berkongsi , untuk anda yang tinggal berdekatan
kawasan Seremban 2, jika sedang tercari-cari TASKA berkualiti untuk menghantar anak , apakata singgah sebentar ke
Taska Dual Permataku, Garden City Homes.
**Khas untuk anda yang ingin tahu dan belajar tahap-tahap perkembangan menyeluruh
kanak-kanak, tempah dari saya ebook TAHAP-TAHAP
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI BAYI
HINGGA 6 TAHUN DAN AKTIVITI YANG SESUAI.
Buat tempahan sekarang.
**Juga untuk anda yang ingin menambahkan lagi ilmu mendidik anak pula, dapatkan ebook
Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
ReplyDeletememanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)