Friday, 17 April 2015

Sijil Kemahiran Malaysia ‘Senior Childcare Provider’ – catatan peperiksaan amali akhir


Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi Peribadi

Entri 18

Bersedia mendengar taklimat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengabadikan catatan saya hari ini khas buat semua pelajar saya  yang mengambil program Persijilan  Kemahiran Malaysia(SKM)  dalam bidang  Senior Childcare Provider (Tahap 3)  yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir  teori dan amali pada 13 & 14 April 2015 baru-baru ini.
Contoh portfolio pelajar

Tahniah saya ucapkan pada semua pelajar kerana telah berjaya mengharungi suka duka penat lelah bersama saya sepanjang satu tahun ini. Terimakasih kerana memberi ruang berkualiti untuk menyiapkan semua tugasan dan kerja amali  yang saya beri.  Walaupun tugasan banyak tapi akhirnya anda berjaya juga menyiapkannya. Sebenrnya pengalaman anda semua dalam menyiapkan portfolio disamping kena pula menjalani sesi amali dan duty kerja  di TASKA  amatlah berharga dan bernilai untuk anda bawa dalam menjana masa depan anda yang seterusnya.





Tahniah juga atas kesungguhan anda menyiapkan bahan-bahan untuk sesi amali akhir tersebut.  Saya suka dan teruja kerana tak sangka anda semua bakal pendidik dan penyelia TASKA yang  kreatif.




Baiklah,untuk pembaca semua,  nak tahu apa kaitannya saya dengan  pelajar SKM Senior Childcare Provider  di atas?  Saya merupakan pengajar mereka dimana di pusat bertauliah kami saya dipanggil Pegawai Penilai kepada pelajar ini. Saya bukan cikgu tetapi saya lebih kepada fasilitator ataupun pemudahcara . Peranan saya bukan  mengajar seperti guru di sekolah maupun  pensyarah di Universiti  tapi lebih kepada membimbing dan menunjukajar pelajar-pelajar ini.
Sebelum tu, saya kenalkan dulu bidang yang diceburi oleh pelajar-pelajar ini atau kekadang boleh juga dipanggil pelatih. Tapi disini saya akan gunakan perkataan pelajar . Program SKM  Senior Childcare Provider merupakan satu bidang kemahiran yang berkaitan dengan penyeliaan di TASKA atau pusat jagaan. Bidang  in dijalankan hanya di Pusat Bertauliah yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dimana  cara pelaksaan program ialah melalui  30% kelas teori dan 70% kelas amali.

Sebelum ini, pelajar tersebut telah menghabiskan masa selama 6 bulam untuk mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) ini di tahap 2 iaitu Childcare Provider. Pada tahap 2 ini pelajar didedahkan kemahiran mengasuh da n mendidik kanak-kanak di bawah 4 tahun. Mereka belajar memahirkan diri dalam pengasuhan kanak-kanak di bawah 4 tahun . Mereka juga belajar mengenalpasti serta memahami setiap tahap perkembangan kanak-kanak di bawah 4 tahun. Matlamat program ialah untuk melahirkan tenaga kerja yang professional, mahir dan beretika sebagai seorang pengasuh, pendidik atau penyelia TASKA.

 Seterusnya jom ikuti sedikit rentetan  kisah  sebahagian pelajar saya menjalani peperiksaan akhir dimana saya fokuskan kepada peperiksaan amali mereka.

Untuk peperiksaan amali ini mereka kena pilih soalan , kemudian demo dan beri penerangan . Sebelum itu mereka telah pun menduduki peperiksaan akhir teori yang mengandungi 60 soalan objektif.


Ini Najaa, telah  memilih tajuk Pelaksaan Aktiviti Kanak-Kanak 3 – 4 tahun. Tahniah kepada Najaa kerana menjadi pelajar pertama yang volunteer untuk menjalani peperiksaan amali tersebut. Tahniah  juga kerana telah menjalankan ujian amali ini dengan baik walaupun nampak risau di awalnya. Saya perasan sepanjang amali, Najaa dok asyik memandang wajah saya. Ada jawapan kut kat muka saya ni.




Yang ini Nini, juga memilih tajuk Pelaksaan Aktiviti kanak-Kanak 3-4 tahun. Aktiviti yang dijalankan oleh Nini sangat menarik dan boleh dijadikan contoh pada Taska yang ingin menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak. Penerangan yang diberi oleh Nini juga jelas menunjukkan Nini faham dengan apa yang disampaikannya.Tahniah Nini.



Norlida pula memilih tajuk pemakanan kanak-kanak di Taska. Juga tahniah pada norlida kerana telah menjalankan amali dengan baik dan jayanya. Norlida membuat demo tentang makanan yang disediakan di Taska untuk bayi dan juga kanak-kanank. Selain itu ada aktiviti mengenai tingkat aras dalam piramid makanan. Norlida juga antara pelajar yang menggunakan slide show untuk sesi penerangannya. Menarik, hiasan pada roti itu.




Yang ini pula Mimi Amira. Dari sebelum peperiksaan dah nampak macam tak sabar-sabar untuk masuk bilik amali. Tajuk yang dipilih ialah Pelaksanaan Aktiviti 1 – 2 tahun di Taska. Bahan penerangan dari Mimi sangat kreatif dan menarik. Tahniah juga  pada mimi atas kesungguhan menyiapkan bahan untuk amali. Mimi juga menjalankan demo penerangan dan demo aktiviti kanak-kanak dengan baik. Saya suka.



Untuk makluman semua, pelajar yang lulus dalam peperiksaan ini disebut  telah  Terampil. Maknanya mereka telah mahir untuk menjalankan tugasan sebagai penyelia di TASKA. Mereka bukan sahaja boleh menjadi penyelia TASKA bahkan sangat terampil dalam mengasuh serta mendidik kanak-kanak TASKA. Inilah hasil kemahiran yang telah mereka perolehi melalui program ini.

Buat yang kurang terampil sila cuba lagi ya.  Apapun, buat semua, sekalung tahniah atas kesungguhan dan keterampilan anda. Di harap selepas ini anda semua akan meneruskan kerjaya anda dalm bidang pendidikan awal kanak-kanak ini. Biarlah walau bermula dari bawah sebagai seorang pengasuh@pandidik TASKA  tapi anda boleh belajar dari pengalaman. Saya doakan satu hari nanti anda semua  akan berjaya samada sebagai pengusaha Taska atau sebagai pengajar ,@juralatih kepada bidang kemahiran ini. Ingat pesan saya, sekali lagi , pada yang belum terampil, ulang lagi ya. Ingat juga pesan saya  pada anda semua sebelum ini, anda dapat ilmu dan kefahaman bila anda belajar teori mengenai sesuatu tetapi anda akan  jadi mahir dan berpengalaman bila anda mula buat apa yang anda telah tahu.
Sekian. Semoga sukses seterusnya.




Pada sesiapa  yang ingin belajar SKM Childcare Provider  ini atau sekiranya ada mengenali sesiapa yang ingin belajar kemahiran ini, jangan segan-segan bertanya atau terus pm sya . Boleh juga bertanya melalui emel.

Hubungi:
**fanpage facebook Nor Azura /Norazura childcare practitioner.

**pnnorazuraismail@gmail.com

1 comment:

  1. Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
    memanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
    seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
    dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)

    ReplyDelete