Saturday, 2 May 2015

Kesan televisyen kepada anak-anak

Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Entri 27


Kanak-kanak yang dibiarkan menonton televisyen melebihi 2 jam sehari boleh menganggu tumpuan @konsentrasi anak terutamanya dalam pembelajaran. Benarkah begitu ? Saya jumpa fakta ini melalui satu artikle yang saya  terjumpa baru-baui ini. Terlupa pula sumbernya.

Tidak mengapa, samada benar atau tidak fakta di atas,  pada pandangan saya sendiri penggunaan  televisyen oleh anak-anak  tanpa  pengawasan anda sebagai ibubapa lebih banyak memberi impak yang negatif berbanding yang positif.  Bukan tidak boleh membenarkan anak menonton televisyen tetapi tidak boleh beri kebabasan kepada anak malah sangat perlu ada pemantauan dari anda sebagai ibubapa.

Mengapa saya katakan demikian?
Cuba perhatian pelbagai rancangan yang disiarkan di televisyen melalui pelbagai rangkaian, memang betul  ada banyak   rancangan berbentuk positif tetapi  banyak sekali juga siaran yang berbentuk negatif kepada anak-anak anda.  Walaupun sekadar rancangan kartun yang sememangnya diminati oleh anak-anak tetapi auranya  berjaya mempengaruhi sedikit sebanyak peribadi anak-anak. Contohnya kartun-kartun yang nampak simple tetapi ada elemen keganasan seperti   kartun Tom & Jerry atau kartun yang seolah mengagungkan sesuatu karektor seperti power rangers @ spiderman. Hah, sebab itu  anak-anak di rumah suka berlawan sesama adik beradik malah karektor  power rangers lebih popular daripada mengenali peribadi Nabi Muhammad SAW. Betul tak?

Selain rancangan kartun , anak-anak juga turut menonton bersama –sama dengan anda drama atau rancangan berbentuk hiburan. Sebab itulah generasi kita hari ni tak boleh lari daripada berhibur dan ber entertainment  sedangkan ada banyak hiburan cara lain yang lebih positif dan  tidak melalaikan.

Antara kesan lain televisyen vs rancangan yang ditonton ialah :

  • ·        Rancangan unsur ganas = kanak-kanak akan meniru gaya tersebut walaupun hanya sekadar       bermain.
  • ·        Rancangan yang ada uncur seks yang sederhana seperti adegan bercium@ berpeluk  @               yang menunjukkan moral yang rendah seperti berpegangan tangan antara bukan muhrim =         kanak-kanak akan meniru dan boleh menyebabkan kemerosotan pada akhlak jika anda               tidak membimbing anak semasa mereka tertonton adegan tersebut.
  • ·         Menonton TV tidak kira masa dan terlalu lama = akan mengurangkan waktu berkualiti               bersama keluarga bahkan boleh mengurangkan tumpuan anak pada pembelajaran.


Pada pandangan saya, sangat tidak salah ada televisyen di rumah kerana banyak juga rancangan televisyen yang berbentuk pengajaran dan pendidikan . Sekurang-kurangnya jika anak perlu menonton televisyen mereka akan mendapat sesuatu faedah yang baik dari rancangan  tv tersebut.

Di rumah saya sendiri misalnya, anak-anak telah dididik untuk meminta kebenaran daripada samada saya atau suami sebelum boleh menonton televisyen. Kami juga akan pastikan televisyen tidak dibuka ketika waktu solat. Kami juga  tidak melanggan apa-apa rangkaian TV tambahan, cukuplah dengan apa yang ada. Bukan apa, semuanya kerana mengenangkan anak-anak yang sedang membesar dan ada tanggungjawab sebagai seorang pelajar  selain sentiasa terdedah kepada pelbagai persekitaran. 

Kesimpulannya, disinilah peranan anda sebagai ibubapa sangat penting untuk mengawal keperluan menonton televisyen pada anak-anak anda dan sekaligus menentukan rancangan apa yang sesuai ditonton oleh anak-anak. Memang betul sekarang banyak rancangan yang berfaedah dan sesuai ditonton bersama seisi keluarga.

Teknolog memang membawa kebaikan yang banyak tetapi jangan dilupa teknologi tanpa pengawasan dan tanpa kepekaan kita sebagai ibubapa bakal membina peribadi yang kurang sihat pada diri anak-anak kita.

Oleh itu, awasi anak-anak semasa menonton TV. Beri penerangan yang jeals kepada anak-anak tentang  sesuatu adegan @ isu di TV. Pantau masa mereka menonton dan hadkan menonton, semuanya bukan untuk mengongkong anak daripada teknologi tetapi untuk kebaikan mereka juga. Pilihan di tangan anda maka fikir-fikirkan bersama.


No comments:

Post a Comment