Thursday 21 May 2015

Perkembangan Fizikal bayi 0 - 2tahun

Nama & Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Rujukan Teks : Buku Modul PERMATA
Foto : carian google

Entri 35




Bayi adalah individu yang berkembang  dan membesar  dengan begitu cepat dari bulan ke bulan. Jika anda memang sentiasa bersama dengan bayi anda, anda akan dapat melihat  kebolehan, perbezaan perkembangan bayi (apa yang bayi sudah boleh lakukan) juga tumbesaran fizikal bayi dari bulan ke bulan. Tentu anda seronok melihatnya, contoh dari sekadar baring, bayi sudah boleh mengiring badannya ke kiri@ke kanan,  kemudian meniarap dan seterusnya bayi  cuba pula untuk mengangkat kepalanya.

Perkembangan Fizikal Bayi 0 – 2 tahun  merupakan satu aspek  perkembangan yang menekankan asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran moto-fizikal bayi . Berikut dikongsikan tahap (milestones) perkembangan fizikal bayi  berumur 0 – 2 tahun dimana  ia menunjukkan apa yang bayi sudah  sepatutnya boleh lakukan dari aspek fizikal mereka.

Bayi 0 – 2 tahun sudah boleh;

Angkat kepala bila diletakkan di bahu


Angkat kepala dan dada bila meniarap
Pusing kepala ke kiri & ke kanan bila meniarap


Ikut objek bergerak@manusia dengan mata
Mengenggam tetapi tak kemas
Akan menggengam kelentong yang diberi
Wiggle & menendang – tangan & kaki
Duduk dengan bantuan


Duduk dengan tegak


Bangun dan berpaut pada perabut
Berdiri dengan sendiri
Berjalan sendiri
Berjalan turun tangga
Melompat@menendang bola


Membina bangunan dengan 2 kiub
Tegak kepala jika duduk-dengan bantuan


Mencapai objek


Main dengan kaki


Pegang botol sendiri semasa minum susu


Meneroka dengan memasukkan objek ke mulut
Mengetok-ngetok objek
Mengalihkan mainan dari satu tangan ke satu tangan yang lain
Mengoncang kelentong
Boleh didudukkan jika ada orang yang tarik tangannya
Boleh duduk sendiri dengan bantuan yang kurang
Boleh duduk atas bangku tinggi
Menggolekkan badan
Melompat(bounce) apabila dididrikan
Minum menggunakan cawan dengan bantuan
Suap sendiri dengan jari ketika makan makanan yang boleh dipegang, contoh; kismis
Mengenggam objek kecil menggunakan ibujari dan jari telunjuk/kelingking
Guna jari untuk tunjuk/cucuk sesuatu
Masukkan objek dalam bekas & keluarkan semula
Mengetuk dua blok serentak
Duduk sendiri tanpa sokongan
Merangkak menggunakan lutut dan kaki


Berdiri sambil meemgang kerusi/perabut
Berdiri sekejap tanpa sokongan


Berjalan dengan tangan dipegang (dgn bantuan)
Bekerjasama semasa memakai baju (suakan tangan/kaki)
Suka tarik/tolak dan longgokkan/buang objek
Buka topi, stoking sarung tangan sendiri


Buka helaian buku
Susun binaan blok ( 2 blok)
Dokong mainan (anak patung, teddy bear dll)
Menconteng menggunakan krayon
Berjalan tanpa sokongan
Berlari tetapi masih tak kompeten (masih tak begitu kuat – mata ke tanah)
Minum menggunakan straw
Makan dengan menggunakan sudu
Cuci tangan dengan bantuan
Masukkan tangan ke lengan baju
Buat binaan 3 – 4blok
Baling@golekkkan bola yang besar.
Buka laci, almari dan kotak
Baling atau golekkan bola yang besar
Membongkak apabila nak kutip sesuatu tanpa jatuh
Naik tangga dengan bantuan
Melangkah ke belakang

Apakah peranan Ibubapa/pengasuh/pendidik dalam membantu menggalakkan perkembangan fizikal bayi 0-2 tahun ini?

Apabila anda telah tahu dan faham apa yang bayi 0 – 2tahun boleh buat, maka anda perlulah menyediakan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan anak-anak. Paling penting sediakan persekitaran yang sesuai dan selamat untuk apa jua aktiviti yang dapat menggalakkan perkembangan  fizikal bayi 0- 2 tahun.

Nak tahu apakah aktivit yang sesuai, anda boleh lihat kebolehan bayi pada usia bulan tertentu dan rancang aktiviti yang sesuai.
Contohnya;
Bayi  3 bulan sudah boleh ikut objek bergerak, jadi anda boleh gerakkan alat permainan di depan bayi ke kiri dank e kanan. Bati akan mengikut pergerakan mainan tersebut.

Anda perlu sentiasa beri peluang kepada bayi meneroka ruang yang luas serta menggunakan kesemua anggota pergerakannya.Oleh itu, perlu  elakkan dari membiarkan  bayi berbaring lama dalam buaian @ sekadar main dalam kot bayi, membedung bayi walaupun bayi  tidak tidur@ membedung bayi yang sudah berumur 4 bulan dan  memasukkan bayi ke dalam walker. Kurangkan pemakaian sarung tangan dan sarung kaki pada bayi di bawah 4 bulan kecuali pada situasi tertentu seperti sejuk. Jika anda terus lakukan perkara diatas kepada bayi, anda hanya akan membantutkan perkembangan fizikal bayi dimana perkara di atas tentu sekali membataskan pergerakan bayi anda.
Bayi anda insan baru yang unik. Berikan mereka hak untuk meneroka, membina pengalaman dan mencuba sesuatu.

Walker membataskan bayi untuk meneroka


Dapatkan tip mendidik anak ini melalui ebook


Klik BORANG TEMPAHAN utuk tempahan anda


No comments:

Post a Comment