Wednesday 20 May 2015

Rahsia pergerakan semulajadi bayi


Nama & Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Simpanan Peribadi/google
Sumber rujukan ; Buku Modul PERMATA


Entri 35




Bayi adalah insan yang unik. Sejak di dalam kandungan lagi bayi telah pun mempunyai keistimewaan tertentuyang dikuriakan oleh Allah. Catatan kali ini saya ingin kongsikan mengenai pergerakan semulajadi yang sering ditunjukkan oleh bayi sebaik saja seseorang bayi dilahirkan ke dunia. Pergerakan ni disebut Pergerakan Pantulan  Bayi atau Reflex dimana bayi akan menunjukkan pergerakan semulajadi secara otomatik tanpa berfikir. Maksudnya pergerakan ini bersifat tidak terkawal pada mulanya dan sering berlaku secara tidak sengaja@ secara tiba-tiba. Pada dasarnya pantulan ini banyak membantu bayi menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan seterusnya dapat membantu bayi dalam meningkatkan tahap perkembangannya. Sesetengan gerakan pantulan ini akan kekal pada bayi hingga dewasa dan setengahnya pula cuma berlaku pada umur tertentu bayi dan beransur-ansur akan hilang sendiri.


Apakah jenis pantulan semulajadi yang ada pada bayi? Sebelum itu, jika anda mempunyai bayi, cuba anda lihat bayi anda seketika dalam tempoh tertentu. Kenalpasti beberapa pergerakan secara tiba-tiba yang bayi tunjukkan?


Baiklah dibawah ini saya senaraikan jenis pantulan semulajadi bayi.


1.       Mengelip mata – Perhatikan bayi anda, bayi akan mengelip mata secara tiba-tiba. Ini berlaku apabila bayi terkejut@ ada sesuatu benda bergerak di hadapan bayi. Mengelip mata adalah pergerakan yang akan kekal pada bayi sehingga dewasa.

2.       Mencari pangkal – Bila bibir atau mula bayi terasa disentuh, bayi akan memusingkan kepalanya mencari sentuhan tersebut. Contoh ia berlaku apabila bayi di bawa ke dada ibunya,  bayi dengan sendirinya akan cuba mencari puting susu ibunya. Pantulan ini akan berhenti pada umur bayi 3- 4 bulan.



3.       Menghisap – Apabila sesuatu dimasukkan ke dalam mulut bayi secara otomatik bayi akan mula  menghisap. Contoh puting susu ibunya atau bila anda masukkan jari anda ke dalam mulut bayi. Pantulan ini juga akan berhenti sendiri pada umur bayi 3- 4 bulan.

4.       Berenang – Tahukah anda bahawa bayi anda sebenarnya  secara semulajadi boleh berenang. Cuba anda letakkan bayi di dalam air, lihat, bayi akan mula mengayuh tangannya dan menendang kakinya bila terusik dalam air. Sebab itulah kita biasa dengar orang barat mengajar bayinya berenang. Cuma masyarakat  kita belum biasa perkara tersebut. Gerakan kaki dan tangan ini akan berhenti pada usia 6 – 7 bulan . Jadi kalau nak anak pandai berenang, mulakan sebelum usia ini.


5.       Pantulan Moro -  Apabila  terkejut, bayi akan mengembangkan tangannya seolah-olah berkepak dan seterusnya bayi akan terus memeluk sesiapa atau apa sahaja di depannya. Ini selalu dapat dilihat pada bayi yang dalam hari. Mereka sangat mudah terkejut. Pantulan ini berhenti pada usia bayi 3 – 4 bulan.

6.       Menggenggam – Letakkan jari anda di dalam tangan bayi. Bayi anda akan spontan menggenggam jari anda . Ini adalah asas permulaan bayi bayi belajar menggenggam dan cuba memegang benda . Oleh itu, jika bayi kecil sentiasa dipakaikan sarung tangan, ini akan membantutkan perkembangan genggaman pada bayi. Genggaman ini akan beransur kurang pada usia bayi 3 bulan dan berhenti sendiri pada usia bayi 1 tahun. Bantu bayi dengan memberikan permainan yang lembut untuk digenggam. Ini dapat menguatkan moto halus bayi yang membantunya belajar menulis bila tiba waktunya nanti.



7.       Menguatkan leher – Apabila anda tiarapkan bayi anda, bayi akan cuba untuk mengangkat kepalanya, memanjangkan leher dan mengangkat  dada.  Gerakan ini berhenti pada umur bayi 4 bulan. Sangat membantu bayi mencuba mencapai sesuatu di hadapannya dalam posisi meniarap.



8.       Melangkah – Cuba dirikan bayi andadi atas permukaan rata. Bayi akan mengangkat kaki bergilir-gilir seolah-olah melangkah. Ini adalah asas untuk bayi belajar berjalan nanti. Gerakan ini berhenti pada umur bayi 3 -4 bulan.

9.        Pantulan Babinski – Bila anda usik tapak kaki bayi, jari kakinya akan mengembang dan meringkuk sendiri. Bayi belajar mengesan respon dari saraf. Gerakan ini berhenti pada usia bayi 8 – 12 bulan.

Jadi sekarang anda telah tahu rupanya banyak pergerakan yang ada pada bayi yang baru lahir hingga lebih kurang 4 bulan sebenarnya  berfungsi membantu perkembangan bayi dalam aspek tertentu apabila dia melalui setiap tahap pekembangannya kelak.
Oleh itu, sangat digalakkan  anda sebagai ibu atau pengasuh di TASKA perlu peka dan memahami setiap  jenis pantulan pada bayi dan seterusnya membantu bayi untuk dalam meningkatkan tahap  perkembangannya.

Jika anda ingin tahu lebih mengenai perkembangan bayi anda, dapatkan melalui ebook ini 

PANDUAN MENDIDIK ANAK. (klik untuk lihat isi kandungan ebook)


Untuk tempahan, klik BORANG TEMPAHAN ini.








No comments:

Post a Comment