Monday 31 January 2022

Produk dan servis saya


Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada kepada anda semua yang sempat singgah di blog saya ini.

Siapa saya?

Nama saya Nor Azura Ismail. Ibu kepada lapan orang anak berusia antara 10 hingga 25 tahun. Berkelulusan akademik dalam bidang perbankan dan insuran. Saya  juga berlulusan kemahiran dalam  bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dimana saya mempunyai Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Latihan Pegawai Vokasional dan juga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang pengurusan kemahiran (VTM). Saya sangat berpengalaman mengendalikan pengurusan latihan kemahiran antaranya ialah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.


Dalam industri kemahiran, saya sedang menimba lebih banyak pengalaman dalam mengendalikan latihan kemahiran. Disamping itu saya sering terlibat sebagai panel dan penilai dalam memastikan pelaksanaan sistem kemahiran mengikut garis panduan yang ditetapkan.


Justeru itu, saya juga telah  didaftarkan sebagai  panel penilai  kemahiran pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf dalam Direktori Pakar Industri negara (DPIN).


Selain itu, saya juga merupakan seorang Jurulatih dan Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak. Saya juga sering terlibat dalam pengendalian pelbagai Bengkel berkaitan TASKA dan KSPK-TADIKA samada atas kendalian saya sendiri atau dijemput oleh agensi tertentu. Justeru, saya banyak terlibat dalam pelbagai program yang dikendalikan oleh agensi tertentu yang objektifnya untuk meningkatkan lagi kualiti kemahiran dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ini.


Saya juga pernah mengendalikan  perniagaan TASKA dan mengusahakan TADIKA sendiri di peringkat awal penglibatan saya dalam industri ini.
Pengalaman saya dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak memasuki 20  tahun. Hingga kini, saya masih menjalinkan kerjasama dengan industri TASKA TADIKA di luar sana.


Kini saya aktif mengurus, mengajar dan membimbing pelbagai latihan kemahiran termasuklah pendidikan awal kanak-kanak di samping aktif menulis di blog saya ini. Saya sangat meminati bidang penulisan, justeru itu saya banyak berkongsi artikel penulisan samada di blog ini ataupun di muka buku. Penulisan saya juga pernah dikongsi di beberapa media penulisan yang ada seperti di BERNAMA onlima, Pa&Ma, Keluarga dan Mingguan Wanita.
Saya turut  sering mengadakan bengkel@kursus berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah kendalian saya sendiri. 



Saya juga telah berjaya diiktiraf  sebagai Fasilitator pembangunan Standard  Pekerjaan Kemahiran Kebangsaan . Sebagai fasilitator tersebut, saya lebih terdedah kepada pelbagai perkara di dalam pelaksanaan program kemahiran di negara kita ini. terbaru, saya telah mendapat pengiktirafan sebagai Jurulatih dibawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (HRDF TTT).
 
Alhamdullillah. Maka, hasrat saya ialah untuk terus berkongsi dan memperolehi apa sahaja pengetahuan dan kemahiran baru yang berkaitan.  Matlamat saya juga  ingin terus maju dan meningkatkan kemahiran diri selain pengkongsian segala ilmu dan kemahiran dalam bidang yang sedang saya ceburi ini.


Sekiranya anda ingin bertanya sebarang soalan berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ataupun kekeluargaan , silalah hubungi saya kerana pasti saya akan cuba membantu anda.

Hasil dari kesemua pengalaman saya, saya juga tawarkan produk EBOOK  dan perkhidmatan  berikut kepada anda yang berminat dan memerlukannya.




Anda boleh hubungi saya:



Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
https://www.facebook.com/nor.azura.39794

*******************************************


Produk EBOOK, Buku & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy@ Words softcopy)


1. Ebook 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak





2. Ebook Panduan Perniagaan TASKA





3. Ebook Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA)

RM60


Koleksi Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang wajb disediakan oleh semua pengasuh@pendidik di TASKA.  TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai pelbagai  tema sebagai asas bagi pelaksanaan aktiviti kanak-kanak di TASKA.



4. PERKHIDMATAN 

 i. Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA 
ii. Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan TASKA TADIKA


5. Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA


6. Bimbingan Persijilan Kemahiran Malaysia

Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 



** Gambar : Hanya sebagai contoh sahaja


7. EBOOK Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA 

Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian ( sebelum, semasa, selepas) kanak-kanak di TASKA

RM 20


8. BUKU ASIHAN KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK



DAN

Anda boleh terus tempah EBOOK, BUKU dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com




Terima kasih.

6 comments:

  1. Kak.. tarikh dah laju ke depan... 2017 yer...

    ReplyDelete
  2. Best lh tajuk2 ebook puan...

    ReplyDelete
  3. Saya sekarang study diploma pendidikan awal kanak2.suka baca blog akak.byk information saya dapat.

    ReplyDelete
  4. Strange "water hack" burns 2lbs overnight

    At least 160k men and women are losing weight with a simple and secret "water hack" to lose 1-2lbs each night in their sleep.

    It is proven and works with anybody.

    This is how to do it yourself:

    1) Get a glass and fill it with water half the way

    2) Then do this strange hack

    you'll become 1-2lbs skinnier when you wake up!

    ReplyDelete
  5. 3ply Disposable Face Mask ‼️
    Face Mask.
    We have CE certificate ✅ Please do not hesitate to contact us for more info.

    ReplyDelete
  6. Casinos Near Me - Mapyro
    Find your perfect spot for 김제 출장마사지 gaming, featuring restaurants, bars, 양주 출장안마 and a casino 안성 출장안마 at your next event. 광주 출장안마 Find your ideal spot for 부산광역 출장안마 gaming and hotel stays.

    ReplyDelete