Sunday, 1 May 2016

BERIKAN APA YANG ANAK-ANAK PERLUKAN.

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com



Anak-anak adalah individu yang sangat unik. Mereka membesar dengan dunia  yang dipenuhi   sifat semulajadi mereka sebagai seorang kanak-kanak. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita sebagai ibu bapa, membantu menggalakkan perkembangan  anak-anak, antaranya  dengan berikan apa yang anak-anak perlukan.

Apakah yang anak-anak perlukan?
Perlulah diketahui, kanak-kanak adalah individu yang mempunyai pelbagai potensi dan kebolehan diri yang berbeza antara setiap kanak-kanak. 
Siapa diri kanak-kanak ketika mereka dewasa kelak adalah bagaimana kita sebagai orang dewasa menyediakan persekitaran tempat mereka membesar.

Malangnya kebanyakan ibu bapa tidak memahami kanak-kanak. Ramai kalangan ibu bapa membentuk anak-anak mengikut acuan yang mereka kehendaki sendiri dan kurang  memberi peluang kepada anak-anak untuk memperkembangkan kebolehan yang sedia ada dalam diri anak-anak.
Apa kah sebenarnya yang diperlukan serta tidak diperlukan oleh  kanak-kanak sepanjang tempoh pembesaran mereka? Jom, beri perhatian;

Kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan perkara berikut :

  •         Permainan yang mempunyai bateri dan bunyi.
  •      Gadget terkini seperti telefon bimbit, ipad, TAB. Play station
  •      Alat Permainan yang dijual, berkualiti dan mahal harganya
  •      Program perkembangan @aktiviti yang mahal yurannya
  •      Latih tubi dan paksaan belajar membaca dan mengira.
  •      Kelas tambahan atau tuisyen.



Kanak-kanak sepatutnya memerlukan perkara berikut :

  •       persekitaran yang dapat menggalakkan perkembangan fizikal kanak-kanak seperti ruang padang@ laman yang luas,  ruang aktiviti yang memudahkan mereka bergerak bebas
  •       permainan yang dapat merangsang minda dan fikiran serta imiginasi mereka,  tidak semestinya dibeli, cukup untuk kanak-kanak reka @ cipta sendiri seperti kotak, kertas, botol mineral  dan pelbagai bahan mudah dan selamat di persekitaran anak-anak.
  •       Pakaian yang mudah dipakai sendiri supaya mereka boleh belajar dan merasa seronok memakai dan menanggalkan pakaian sendiri. Ini dapat menggalakkan kemahiran urus diri kanak-kanak.
  •       Masa yang berkualiti bersama ibu bapa
  •       Kanak-kanak ingin mempunyai ruang untuk bertanya pelbagai soalan dan untuk mendapatkan jawapan.
  •       Kanak-kanak perlu meneroka secara bebas di persekitaran yang selamat
  •       Kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup
  •       Kanak-kanak sukakan bahan bacaan @buku besar yang berwarna warni serta tidak banyak mempunyai tulisan
  •       Kanak-kanak hanya suka bermain
  •       Kanak-kanak suka mencuba sesuartu dengan bebas




Oleh itu, sebagai ibu bapa, tanya pada diri sendiri, adakah kita telah memberikan apa yang anak-anak perlukan atau selama ini kita telah salah memberi.  
Berikan apa yang anak-anak perlukan.
Betulkan apa yang perlu, usah dirosakkan anak-anak, permata yang berharga ini semata-mata untuk kepuasan diri kita sendiri atau semata-mata kerana ingin berlumba menjadikan anak-anak seorang yang terpandai serta terhebat di awal usia mereka.

Ingatlah, anak-anak juga mempunyai hak untuk memiliih apa yang mereka ingini. Jadilah pembimbing bukan pemaksa.
Andalah wahai ibu bapa yang mencorakkan anak-anak anda sendiri.



**********************************************************************

Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




HUBUNGI SAYA, 016 7235080

No comments:

Post a Comment